[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Kolaborasi Malaysia Airlines, Farah Khan: Apa kata netizen?

Syafique Shuib 11/05/2016 | 04:58 MYT
MAB mengumumkan perkongsian strategik bersama jenama Farah Khan bagi mereka semula kebaya yang begitu ikonik
Nampaknya netizen berbelah bahagi terhadap laporan mengenai seragam syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang akan diberi sentuhan oleh jenama fesyen, Farah Khan.
Pada Selasa, MAB mengumumkan perkongsian strategik bersama jenama Farah Khan bagi mereka semula kebaya ikonik yang dipakai oleh kru dan juga pakaian seragam lain.
Jenama Farah Khan yang diasaskan oleh pengarah kreatif Datuk Seri Farah Khan terkenal dengan penggunaan labuci, dan pernah dipakai oleh selebriti antarabangsa.
Meletuplah uniform baharu nanti… penuh dengan labuci,” seloroh Abu Hurairah di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada pula yang berkata sudah tiba masanya kru Malaysia Airlines mempunyai seragam baharu, malah tidak sabar untuk melihat hasilnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun tidak semua bersetuju dengan cadangan tersebut.
Ada yang berkata bahawa aspek yang penting ketika ini adalah mengatasi masalah kewangan MAB dan juga menambah baik mutu perkhidmatan demi keselesaan penumpang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial MAB berkata rekaan semula ini akan melibatkan pelbagai jawatan.
“Dengan kerjasama ini, kami berharap untuk mengambil langkah seterusnya mewujudkan koleksi baharu yang bergaya dan berfungsi,” katanya dalam satu kenyataan.
#Farah Khan #Kini Trending #MAB #Malaysia Airlines Berhad