MALAYSIA

Kolej kediaman UMS antara tiga lokaliti dikenakan PKPD di Sabah bermula esok

Umavathi Ramayah 04/04/2021 | 11:00 MYT
Tiga kolej kediaman di UMS itu adalah Kolej Kediaman Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.
KUALA LUMPUR: Tiga lokaliti di Sabah termasuk tiga kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga kolej kediaman itu adalah Kolej Kediaman Tun Mustapha, Tun Fuad dan Tun Pengiran Ahmad Raffae.

Menurut beliau, dua lagi lokasi yang dikenakan PKPD adalah Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan Kampung Kalindukan, Nabawan.

"Pelaksanaan PKPD di kesemua tiga lokaliti itu dijadualkan berakhir pada 18 April ini," katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.

Berikut adalah perincian lanjut mengenai PKPD di ketiga-tiga lokaliti itu.

Kolej Kediaman di UMS, Kota Kinabalu, Sabah
Kampung Pagalungan Ansip, Keningau, Sabah
PKPD di Kampung Kalindukan, Nabawan, Sabah

#ismail sabri yaakob #Kota Kinabalu #Keningau #kes positif #perintah kawalan pergerakan #ujian saringan #PKPD #Kementerian Kesihatan #UMS #COVID-19 #program vaksinasi