awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu

Bernama
Bernama
28/08/2023
22:45 MYT
Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu
Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, pada Isnin secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini. - Foto fail/BERNAMA
BANGKOK: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, pada Isnin secara rasmi menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.
Pejabat bekas Perdana Menteri itu, dalam kenyataan memaklumkan, penubuhan kursi itu diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis, di sini, pada Isnin.
"Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.
Sementara itu, Ismail Sabri, bekas Perdana Menteri (Ogos 2021 hingga November 2022), mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.
Beliau berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara berkenaan.
"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.
"Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kursi Ismail Sabri
#kolej Thailand
#Bahasa Melayu
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan