Sentuhan Nurita Harith telah dipakai oleh ramai jelitawan terkemuka di negara ini. Berikutan kejayaan koleksi beliau sebelum ini yang menampilkan bentuk seni bina, “FLOW” by nh oleh Nurita Harith menampilkan pergerakan dan sifat perubahan artistik.

Kemuncak koleksi ini adalah kerjasama antara Nurita Harith dan ilustrator kontemporari terkenal dan artis abstrak D.U.R.A Mereka bekerja bersama-sama untuk membentangkan koleksi edisi terhad yang benar-benar merangkumi idea "seni" yang memenuhi "fesyen".

Palet warna yang digunakan dalam koleksi ini masih turut menggunakan warna pilihan Nurita Harith seperti sebelumya seperti Lilac, Mauve dan Beige yang turut menonjolkan keunikan pada cetakan yang direka khusus untuk kolaborasi ini. Satin adalah fabrik utama yang digunakan di seluruh koleksi. Nurita Harith masih setia dengan gaya beliau yang dikenali sebagai bersih dan moden dan mempamerkan 2 pasang pilihan pakaian dalam koleksi.

"FLOW" by nh oleh Nurita Harith bermula daripada RM650.00
0I0A9290.jpg0I0A9281.jpg0I0A9271.jpg0I0A9263.jpg0I0A9266.jpg