MALAYSIA
[KOLUMNIS] Agenda Iklim: Malaysia melangkah, dunia jangan alpa
Pastinya cabaran merealisasikan agenda Perjanjian Paris 2015 tidak boleh diintepretasikan kepada tindakan sekiranya ada negara yang tidak berupaya memenuhi hasrat serta aspirasi ini. FOTO: Reuters
KUALA LUMPUR: PADA saat dunia berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan disebabkan krisis geopolitik yang semakin meruncing, ditambah kewujudan kuasa multipolar, tumpuan global lebih terarah kepada isu-isu utama melibatkan konflik peperangan, tarif timbal balik dan pengukuhan pakatan-pakatan baharu dalam menjayakan agenda masing-masing.
Ringkasan AI
Hakikat yang paling nyata, dunia ketika ini berdepan dengan satu lagi cabaran jangka panjang yang semakin meruncing melibatkan isu perubahan iklim.
Aktiviti manusia, terutamanya pembakaran sumber tenaga seperti arang batu, minyak dan gas, menjadi pemacu utama kepada kenaikan suhu bumi, sekali gus membebaskan gas pemerangkap haba yang dikenali sebagai gas rumah kaca.
Disebabkan perkara ini, suhu bumi dijangka meningkat sehingga 2.7 darjah Celsius menjelang akhir abad ini.
Kesan besar daripada perubahan iklim ini perlu diatasi. Sekiranya tidak difokuskan sepenuhnya, maka dunia akan terus berdepan masalah kenaikan paras laut akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan, peningkatan cuaca ekstrem seperti taufan, banjir dan kemarau berpanjangan.
Selain itu, ketidaktentuan iklim juga menggangu ekosistem yang boleh mengancam hidupan dan mengakibatkan kepupusan spesis.
Pada saat masyarakat terus terbuai dengan agenda pengukuhan kuasa dan peluasan pengaruh yang semakin rencam, usul terhadap agenda perubahan iklim perlu kembali diletakkan sebagai kompas utama global dalam memastikan naratif yang dibina, terutama menerusi perjanjian Paris 2015, diteruskan dan direalisasikan.
Mengimbas kembali detik satu dekad lalu, Perjanjian Paris 2015 dibangunkan sebagai usaha membendung peningkatan suhu purata dunia dan mengurangkan kesan perubahan iklim.
Untuk itu, selaras dengan visinya, kesemua 196 negara perlu terus berusaha dalam memastikan isu terkait dengan masalah perubahan iklim seperti mengehadkan peningkatan suhu global, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan keupayaan adapatasi dan menyediakan sokongan kewangan dapat dijayakan sebaiknya.
Ini kerana, menurut data National Oceanic and Atmospheric Administration, suhu bumi meningkat secara purata sebanyak 0.06 celsius setiap dekad sejak tahun 1850, atau kira-kira 1.1 celsius secara keseluruhan dan kadar pemanasan sejak tahun 1982 adalah lebih tiga kali ganda lebih pantas, iaitu 0.20 celsius setiap dekad.
Data sama juga melaporkan, tahun 2024 merupakan tahun paling panas sejak rekod global bermula pada tahun 1850 dengan perbezaan yang ketara. Suhu purata pada tahun lalu adalah 1.18 celsius lebih tinggi berbanding purata abad ke-20 iaitu 13.9 celsius.
Malaysia dan ASEAN perkukuh agenda kemampanan, tangani perubahan iklim
Malaysia yang juga merupakan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak pernah meninggalkan aspirasi ini, malah terus berusaha menerusi pelbagai agenda dan inisiatif antaranya melibatkan peralihan tenaga, dalam usaha membendung kesan perubahan iklim yang melampau.
Selaku Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema Keterangkuman dan Kelestarian, Malaysia memainkan peranan besarnya dalam menjayakan agenda Asean Power Grid (APG).
Komitmen ini ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof awal Jun lalu, dan ia merupakan teras utama dalam mencapai keterjaminan tenaga, kelestarian dan integrasi ekonomi serantau yang lebih kukuh.
Teras kepada pengukuhan perolehan tenaga di peringkat serantau merupakan inisiatif membina rangkaian yang menghubungkan tenaga serantau yang menghubungkan negara-negara blok Asia Tenggara, bermula dengan kerjasama dua hala rentas sempadan.
Ia kemudian akan berkembang secara berperingkat kepada peringkat sub-serantau, seterusnya menuju kepada sistem grid tenaga yang bersepadu sepenuhnya di Asia Tenggara.
Di peringkat nasional sendiri, Malaysia juga memainkan peranan utamanya dalam menerajui agenda peralihan tenaga, termasuk usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, serta penerokaan penyelesaian inovatif ke arah ekonomi rendah karbon.
Pelbagai inisiatif dibangunkan dalam memastikan usaha ini berjaya dibangunkan dan pada masa sama membolehkan masyarakat turut sama bergerak ke hadapan dan tidak terbeban dengan inisiatif yang diusahakan secara kolektif ini.
Bagi memastikan keperluan tenaga untuk pembangunan pusat data dapat dipenuhi, kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang.
Langkah ini juga bertujuan memastikan bekalan tenaga keseluruhan tidak terjejas serta memberi implikasi kos yang minimum kepada semua pengguna.
Selain itu, usaha ini merangkumi peningkatan komposisi bekalan elektrik hijau yang dijana daripada sumber TBB secara beransur-ansur kepada 31 peratus pada 2025, (dan seterusnya) 40 peratus pada 2035 dan 70 peratus menjelang 2050.
Pada masa sama, PETRA yakin bahawa usaha bagi meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh dicapai melalui pelaksanaan pelbagai program seperti Solar Berskala Besar (LSS), Tarif Galakan (FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), Perjanjian Penghantaran Dipertingkat Baharu (NEDA), Kegunaan Sendiri (Selco), Program Tarif Elektrik Hijau (GET) serta Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).
Di samping itu, bagi memudahkan syarikat korporat termasuk pusat data mendapatkan akses bekalan elektrik hijau secara terus daripada penjana tenaga boleh baharu (TBB), Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu (CRESS) turut diperkenalkan.
Program tersebut menawarkan pilihan kepada pusat data untuk memperoleh bekalan elektrik hijau secara langsung daripada penjana tenaga boleh baharu (TBB) melalui penggunaan perkhidmatan rangkaian grid utiliti.
Ini antara inisiatif konkrit dalam memastikan Malaysia bergerak seiring dengan aspirasi global dalam memastikan rencana menangani masalah perubahan iklim dapat didepani dengan sebaiknya.
Biarpun usaha memerlukan garis masa yang panjang untuk dapat diadaptasi sepenuhnya, usaha jitu kerajaan dalam mengembling usaha ini wajar didukung sebaiknya bagi memastikan kita semua menerima kesan dan limpahannya di masa akan datang.
Negara kuasa jangan tinggalkan Selatan Global
Pastinya cabaran merealisasikan agenda Perjanjian Paris 2015 tidak boleh diintepretasikan kepada tindakan sekiranya ada negara yang tidak berupaya memenuhi hasrat serta aspirasi ini.
Ini kerana banyak negara membangun berdepan kesukaran mendapat bantuan daripada aspek kewangan dan sumber dalam memulakan langkah membendung dan mendepani krisis perubahan iklim.
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Perjanjian Paris pada Januari lalu, merupakan satu tamparan hebat kepada global kerana negara Uncle Sam itu dikenali sebagai pengeluar gas karbon terbesar dalam sejarah moden.
Tindakan Trump yang menyifatkan usaha kolektif itu sebagai mensabotaj pembangunan industri dalam negaranya, tidak lain tidak bukan merupakan satu kenyataan sinis yang memberi impak besar kepada kegagalan merealisasikan agenda ini.
Hujahnya di sini, sekiranya negara besar tidak mampu akur kepada tuntutan global, apakah negara-negara Selatan Global akan mampu menerajuinya tanpa bimbingan daripada mereka?
Bagaimana pula dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 akan mampu tercapai sekiranya banyak negara terus menuding jari ke arah satu sama lain tanpa perbincangan meja bulat dan rundingan yang berkesan?
Ya, banyak perbincangan dan persetujuan disepakati namun mampukah ia dipenuhi?
Untuk itu, negara-negara besar lain harus lebih tekad dalam usaha ini, kurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, atur langkah yang berkesan dan realistik, beralihlah kepada penggunaan tenaga alternatif dan jangan biarkan kerana nila setititk, rosak susu sebelanga.
Justeru, langkah kecil yang dimainkan banyak negara seperti Malaysia perlu terus disokong, rakyat wajar berganding bahu, bagi memastikan krisis perubahan iklim dapat didepani dengan sewajarnya.
________________________________________________________________________________________
* Syafik Shukri Jalil merupakan wartawan penyiaran di Astro AWANI dan lulusan Sarjana dari School of Art and Media, University of Brighton, United Kingdom.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ringkasan AI
- 1) Perubahan iklim semakin kritikal: Aktiviti manusia meningkatkan suhu bumi dan memberi kesan seperti kenaikan paras laut, cuaca ekstrem, dan ancaman kepada ekosistem. 2) Malaysia komited dalam agenda iklim: Malaysia memperkukuh inisiatif tenaga boleh baharu dan menerajui projek seperti ASEAN Power Grid untuk menangani perubahan iklim secara serantau. 3) Negara kuasa perlu bertanggungjawab: Negara besar seperti Amerika Syarikat tidak boleh mengabaikan peranan mereka kerana sokongan mereka penting bagi membantu negara membangun menghadapi krisis iklim global.