MALAYSIA
[KOLUMNIS] Cerita tular: Siapa yang kita percaya hari ini?
Jika kita tidak mula mendidik diri menjadi pengguna maklumat yang matang dan kritikal, kita semua samada media, masyarakat atau individu akan terus terperangkap dalam kitaran sensasi, manipulasi dan ketakutan. - Imej Janaan AI
SEJAK Khamis lalu, media sosial Malaysia kecoh dengan pendedahan tentang sebuah program motivasi yang dikatakan telah ‘melampaui batas.’
Ringkasan AI
Program ini, pada asalnya bertujuan membantu pasangan dan individu yang menghadapi tekanan dalam perhubungan, dikatakan melibatkan amalan tidak bermoral termasuk aktiviti memuaskan diri sendiri secara terbuka sebagai satu bentuk ‘terapi.’
Pendedahan ini tidak datang dari saluran berita atau siaran rasmi.
Sebaliknya, ia meletup selepas beberapa figura berpengaruh di media sosial mula berkongsi klip dan tangkap layar program berkenaan, disertakan dengan reaksi terkejut, jijik, dan amaran.
Ia kemudian menjadi tular, mencetuskan perbincangan panas dalam kalangan netizen dan akhirnya menarik perhatian pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM), Mufti Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ramai menganggap pendedahan ini sebagai ‘bukti’ bahawa program berkenaan adalah sesat atau berniat menyeleweng.
Namun sebagai wartawan dan pemerhati rapat dunia media sosial, saya melihat situasi ini dari sudut yang lebih kompleks yang tidak ramai mahu persoalkan kerana emosi sudah pun mengambil alih.
Apa Sebenarnya Yang Kita Tahu?
Dalam dunia pasca-kebenaran (post-truth), satu video pendek atau satu status tular boleh menentukan nasib seseorang tanpa perlu siasatan, konteks, mahupun keadilan.
Pertama, kita tidak dapat memastikan secara tepat sejauh mana sahihnya maklumat tentang program ini.
Setakat ini, tiada laporan rasmi atau dokumen kukuh yang menunjukkan apa sebenarnya berlaku sepanjang sesi program tersebut.
Semua maklumat hanya disampaikan melalui naratif individu tertentu, yang mempunyai pengaruh besar di media sosial tetapi tidak mempunyai tanggungjawab editorial seperti organisasi berita.
Kedua, walaupun kita tidak menolak bahawa program ini mungkin benar-benar bermasalah, kita juga perlu akui terdapat ruang manipulasi yang sangat besar dalam era digital.
Hari ini, imej perniagaan atau individu boleh ranap hanya melalui satu video yang disunting secara kreatif, melalui ‘caption’ provokatif atau satu tuduhan yang ‘bunyi macam betul.’
Kita hidup dalam zaman di mana “persepsi” lebih kuat daripada fakta.
Ketiga, ini adalah contoh jelas bagaimana algoritma dan budaya viral boleh mengubah cara kita berfikir.
Ramai pengguna media sosial tidak lagi bertanya, “Apa bukti?” tetapi terus bertindak balas dengan soalan, “Kenapa tak ada tindakan lagi?”
Kita Semakin Percaya Tanpa Meneliti
Menerusi satu sesi meja bulat di Standford University, Bill Gates pernah menyuarakan kerisauannya berkaitan hal berkaitan perubahan cara manusia menggunakan kandungan.
“Dunia digital kini membolehkan manusia berkumpul dan melayani hal yang tidak benar dan ini amat merisaukan,” katanya.
Kenyataan itu bukan sekadar satu pandangan kosong ia kini terbukti dengan data.
Menurut Laporan Digital News Report 2025 oleh Reuters Digital Institute, semakin ramai pengguna berita mendapatkan informasi mereka daripada media sosial dan platform video seperti TikTok dan YouTube, bukan lagi daripada organisasi berita tradisional.
Yang lebih membimbangkan, majoriti pengguna ini tidak menyemak kesahihan kandungan yang mereka tonton atau baca.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa personaliti media sosial dan ahli politik populis kini mampu memintas peranan wartawan dalam menyampaikan berita.
Biasanya, mereka tidak tertakluk kepada prinsip editorial, tidak melalui proses semakan fakta, dan tidak mempunyai akauntabiliti yang sama seperti wartawan di bilik berita namun mereka dipercayai lebih ramai orang.
Ini bukanlah satu kesalahan mutlak. Kita harus akui, ramai individu berpengaruh hari ini menjalankan tugas penceritaan dengan penuh tanggungjawab.
Tetapi apabila sistem ini tidak dikawal dan bergantung kepada ‘trust capital’ seseorang tanpa semakan, ia membuka ruang kepada manipulasi emosi dan penciptaan realiti palsu.
Salah Siapa?
Kita tidak boleh menyalahkan pengguna semata-mata. Algoritma digital dibina untuk memberi ganjaran kepada kandungan yang menimbulkan reaksi emosi seperti marah, takut dan terkejut.
Kandungan yang tenang, seimbang dan penuh konteks jarang sekali menjadi viral. Maka tidak hairanlah apabila kisah-kisah ekstrim lebih mudah mendapat perhatian, walaupun tidak semestinya benar.
Dalam kes program motivasi ini, kebanyakan netizen telah membuat keputusan berdasarkan persepsi awal, bukan maklumat yang disahkan.
Ini berbahaya bukan hanya kepada pihak yang dituduh, tetapi juga kepada kita sebagai masyarakat yang semakin hilang keupayaan untuk berfikir secara kritikal.
Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kes Ini?
1. Tular bukan bermakna benar. Jangan anggap sesuatu itu sahih hanya kerana ia dikongsi ramai. Perlu ada semangat menyemak sumber, bertanya, dan tunggu bukti yang jelas.
2. Persepsi boleh dibina dan dimanipulasi. Mana-mana pihak boleh mencipta naratif tertentu untuk mempengaruhi sentimen awam, sama ada demi kepentingan peribadi, politik, mahupun perniagaan.
3. Institusi berita masih relevan jika kita izinkan. Walaupun ramai mengkritik media arus perdana, kita tidak boleh menafikan peranan mereka dalam proses semakan fakta, kebertanggungjawaban, dan etika penyiaran. Kita harus sokong ekosistem media yang telus dan profesional, bukan hanya bergantung kepada ciapan individu.
4. Sebagai pengguna digital, kita juga ada tanggungjawab. Like dan share bukan tindakan neutral. Ia menyumbang kepada arah aliran informasi yang membentuk pemikiran masyarakat.
Jangan Jadi Mangsa Naratif
Masyarakat kita hari ini tidak kekurangan maklumat.
Kita dibanjiri dengan data, klip, ciapan dan kenyataan media hampir setiap saat.
Tetapi, dalam lautan maklumat ini, apa yang kita benar-benar perlukan ialah kebijaksanaan untuk memilih, menyemak dan memahami.
Kita perlu tanya semula: Adakah aku percaya sesuatu kerana ia disampaikan dengan yakin, atau kerana ia disokong dengan bukti?
Adakah aku menyebarkan sesuatu kerana aku pasti, atau kerana aku marah, takut, atau mahu dilihat peduli?
Jika kita tidak mula mendidik diri menjadi pengguna maklumat yang matang dan kritikal, kita semua samada media, masyarakat atau individu akan terus terperangkap dalam kitaran sensasi, manipulasi dan ketakutan.
Pada ketika itu, kebenaran akan menjadi mangsa paling sunyi.
* Hilal Azmi merupakan Ketua Media Sosial di Astro AWANI dan AWANI International.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ringkasan AI
- Maklumat Tular Tidak Semestinya Benar
- Ramai pengguna media sosial terlalu cepat mempercayai cerita yang tular tanpa semakan fakta, hanya kerana ia dikongsi oleh individu berpengaruh. Ekosistem Digital Mudah Dimanipulasi
- Dalam era pasca-kebenaran, reputasi boleh dijatuhkan hanya melalui satu video atau ciapan menjadikan persepsi lebih kuat daripada bukti. Kita Perlukan Literasi Media yang Lebih Matang
- Masyarakat perlu dilatih untuk menilai sumber maklumat secara kritikal agar tidak terperangkap dalam naratif palsu atau polarisasi informasi.