MALAYSIA
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan: Memacu teknologi, kemandirian dan daya saing negara
Pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) menandakan komitmen Malaysia memperkukuh ekosistem pertahanan melalui teknologi, R&D STRIDE, pemindahan ilmu ICP dan kerjasama strategik demi kemandirian serta daya saing global.
MALAYSIA kini sedang melangkah ke fasa baharu pembangunan pertahanan dengan pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), iaitu rangka kerja strategik yang menekankan kemandirian teknologi, pemerkasaan rantaian bekalan, dan pengkomersialan hasil penyelidikan serta pembangunan (R&D) tempatan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, DIPN telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan akan dilancarkan dalam masa terdekat, menjadikan dasar ini sebagai titik lonjakan bagi ekosistem industri pertahanan Malaysia.
Mandat DIPN: Kemandirian Teknologi & Kandungan Domestik
Menurut Kementerian, DIPN digariskan sebagai tulang belakang untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dengan fokus kepada peningkatan kandungan domestik dan keupayaan berdikari dalam sektor strategik seperti sistem autonomi, persenjataan, aeroangkasa, serta keupayaan siber elektromagnetik.
“Malaysia mesti membangunkan rantaian bekalan yang berdaya tahan,” tegas Khaled, sambil menggariskan kerjasama erat antara kerajaan, universiti, dan syarikat tempatan sebagai teras pencapaian.
“Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan risiko geopolitik, tetapi juga membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat,” tegas Khaled baru-baru ini.
STRIDE & MPSTP: Menjajarkan Sains–Teknologi dengan Keperluan ATM
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Kementerian Pertahanan telah diberikan peruntukan untuk memperkasa Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) sebagai peneraju R&D pertahanan, disokong oleh Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) bagi menetapkan hala tuju nasional.
Menurut Kementerian, langkah itu mempunyai matlamat jelas, iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilengkapi teknologi moden dan relevan, bukan sekadar mengikut arus tetapi memimpin dalam segmen tertentu.
Khaled menekankan bahawa inovasi tempatan seperti dron taktikal dan sistem radar pintar akan menjadi sebahagian daripada pelan transformasi ini. Kenyataan ini diperincikan ketika pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP).
Libat Urus Awam & Laluan Pelaksanaan
DIPN dibangunkan secara komprehensif dan terbuka, dengan portal libat urus awam dilancarkan untuk mengumpul pandangan masyarakat dan pemain industri.
Pendekatan inklusif ini memastikan setiap pihak berkepentingan- daripada pengeluar komponen kecil hingga syarikat teknologi besar - dapat menyumbang idea.
“Untuk tahun 2025, sasaran utama kita adalah menyiapkan Dasar Industri Pertahanan Negara dan melancarkannya semasaPameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25),” katanya, menandakan garis masa dan komitmen kementerian terhadap penyertaan awam yang telus.
ICP & Pemindahan Teknologi: Menutup Jurang Keupayaan
Mengenai Program Kerjasama Industri (Industrial Collaboration Program – ICP), Kementerian berkata, ia menjadi wahana pemindahan teknologi berimpak tinggi, daripada robotik dan sistem autonomi ke siber elektromagnetik - untuk menyerap kepakaran global, mengadaptasi di peringkat tempatan, dan memacu komersialisasi.
Selain itu, DIPN turut memperincikan keperluan audit industri melalui mekanisme seperti penubuhan Pengurusan Pertahanan Strategik (Strategic Defence Management – SDM) di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), bagi memetakan pemain tempatan dan memantau manfaat ICP.
Langkah ini penting untuk memastikan setiap kontrak membawa pulangan teknologi yang nyata, bukan sekadar pemindahan atas kertas.
Integriti & Tadbir Urus Perolehan
Dalam ekosistem perolehan bernilai berbilion ringgit, Khaled menekankan konsep integriti sebagai “benteng yang melindungi negara daripada ketirisan” - serentak menuntut disiplin dan budaya beretika.
Penegasan itu dibuat ketika sambutan Hari Integriti & Inovasi Kementerian Pertahanan (MINDEF), dengan amaran jelas terhadap salah guna kuasa dalam perolehan.
Trajektori Perolehan: Meja Lukis DIPN di LIMA'25
Semasa LIMA'25, MINDEF memeterai pelbagai kontrak, Surat Niat (Letter of Intent – LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah RM11 bilion secara keseluruhannya, meliputi pemerkasaan aset darat, maritim, udara, siber serta kebajikan ATM.
Langkah ini jelas menggambarkan keperluan DIPN sebagai kerangka penyelaras jangka panjang yang menyatu padukan pemilikan aset dan pembangunan industri.
Diplomasi Industri: Menambat Pasaran Serantau
Dalam pada itu, DIPN bakal menggariskan menuntut ekosistem eksport yang kompetitif; pelaksanaan berfasa dengan sasaran hab serantau mengukuhkan kehadiran produk tempatan - dari kenderaan perisai ke sistem komunikasi taktikal - di rantau ASEAN dan Indo-Pasifik.
Kerangka ini saling menyokong diplomasi pertahanan, pemadanan standard dan kebolehserasian (interoperability) aset.
DIPN bukan sekadar dasar, tetapi ia adalah peta jalan industri yang menggabungkan sains, teknologi dan pasaran; membina kemandirian, memacu daya saing, dan pada akhirnya memastikan pertahanan negara berakar pada keupayaan tempatan yang berintegriti.
Dengan pelaksanaan yang konsisten, Malaysia berpotensi muncul sebagai pemain utama dalam industri pertahanan serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan strategik negara di pentas global.
* Firdaus Azil ialah wartawan kanan yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan penyiaran dan liputan isu strategik, termasuk dasar pertahanan, ekonomi, dan diplomasi serantau. Beliau kini mengikuti pengajian separuh masa dalam bidang Komunikasi dan Media di UiTM.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Astro AWANI.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Malaysia melangkah ke fasa baharu dengan pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menekankan kemandirian teknologi dan pemerkasaan rantaian bekalan tempatan.
- DIPN memperincikan langkah memperkasa Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) serta Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) untuk memastikan Angkatan Tentera Malaysia dilengkapi dengan teknologi moden.
- Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) turut menekankan integriti dalam tadbir urus perolehan dan pemindahan teknologi untuk menutup jurang keupayaan dalam industri pertahanan Malaysia.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, DIPN telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan akan dilancarkan dalam masa terdekat, menjadikan dasar ini sebagai titik lonjakan bagi ekosistem industri pertahanan Malaysia.
Mandat DIPN: Kemandirian Teknologi & Kandungan Domestik
Menurut Kementerian, DIPN digariskan sebagai tulang belakang untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar dengan fokus kepada peningkatan kandungan domestik dan keupayaan berdikari dalam sektor strategik seperti sistem autonomi, persenjataan, aeroangkasa, serta keupayaan siber elektromagnetik.
“Malaysia mesti membangunkan rantaian bekalan yang berdaya tahan,” tegas Khaled, sambil menggariskan kerjasama erat antara kerajaan, universiti, dan syarikat tempatan sebagai teras pencapaian.
“Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan risiko geopolitik, tetapi juga membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat,” tegas Khaled baru-baru ini.
STRIDE & MPSTP: Menjajarkan Sains–Teknologi dengan Keperluan ATM
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Kementerian Pertahanan telah diberikan peruntukan untuk memperkasa Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) sebagai peneraju R&D pertahanan, disokong oleh Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) bagi menetapkan hala tuju nasional.
Menurut Kementerian, langkah itu mempunyai matlamat jelas, iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilengkapi teknologi moden dan relevan, bukan sekadar mengikut arus tetapi memimpin dalam segmen tertentu.
Khaled menekankan bahawa inovasi tempatan seperti dron taktikal dan sistem radar pintar akan menjadi sebahagian daripada pelan transformasi ini. Kenyataan ini diperincikan ketika pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP).
Libat Urus Awam & Laluan Pelaksanaan
DIPN dibangunkan secara komprehensif dan terbuka, dengan portal libat urus awam dilancarkan untuk mengumpul pandangan masyarakat dan pemain industri.
Pendekatan inklusif ini memastikan setiap pihak berkepentingan- daripada pengeluar komponen kecil hingga syarikat teknologi besar - dapat menyumbang idea.
“Untuk tahun 2025, sasaran utama kita adalah menyiapkan Dasar Industri Pertahanan Negara dan melancarkannya semasaPameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25),” katanya, menandakan garis masa dan komitmen kementerian terhadap penyertaan awam yang telus.
ICP & Pemindahan Teknologi: Menutup Jurang Keupayaan
Mengenai Program Kerjasama Industri (Industrial Collaboration Program – ICP), Kementerian berkata, ia menjadi wahana pemindahan teknologi berimpak tinggi, daripada robotik dan sistem autonomi ke siber elektromagnetik - untuk menyerap kepakaran global, mengadaptasi di peringkat tempatan, dan memacu komersialisasi.
Selain itu, DIPN turut memperincikan keperluan audit industri melalui mekanisme seperti penubuhan Pengurusan Pertahanan Strategik (Strategic Defence Management – SDM) di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), bagi memetakan pemain tempatan dan memantau manfaat ICP.
Langkah ini penting untuk memastikan setiap kontrak membawa pulangan teknologi yang nyata, bukan sekadar pemindahan atas kertas.
Integriti & Tadbir Urus Perolehan
Dalam ekosistem perolehan bernilai berbilion ringgit, Khaled menekankan konsep integriti sebagai “benteng yang melindungi negara daripada ketirisan” - serentak menuntut disiplin dan budaya beretika.
Penegasan itu dibuat ketika sambutan Hari Integriti & Inovasi Kementerian Pertahanan (MINDEF), dengan amaran jelas terhadap salah guna kuasa dalam perolehan.
Trajektori Perolehan: Meja Lukis DIPN di LIMA'25
Semasa LIMA'25, MINDEF memeterai pelbagai kontrak, Surat Niat (Letter of Intent – LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah RM11 bilion secara keseluruhannya, meliputi pemerkasaan aset darat, maritim, udara, siber serta kebajikan ATM.
Langkah ini jelas menggambarkan keperluan DIPN sebagai kerangka penyelaras jangka panjang yang menyatu padukan pemilikan aset dan pembangunan industri.
Diplomasi Industri: Menambat Pasaran Serantau
Dalam pada itu, DIPN bakal menggariskan menuntut ekosistem eksport yang kompetitif; pelaksanaan berfasa dengan sasaran hab serantau mengukuhkan kehadiran produk tempatan - dari kenderaan perisai ke sistem komunikasi taktikal - di rantau ASEAN dan Indo-Pasifik.
Kerangka ini saling menyokong diplomasi pertahanan, pemadanan standard dan kebolehserasian (interoperability) aset.
DIPN bukan sekadar dasar, tetapi ia adalah peta jalan industri yang menggabungkan sains, teknologi dan pasaran; membina kemandirian, memacu daya saing, dan pada akhirnya memastikan pertahanan negara berakar pada keupayaan tempatan yang berintegriti.
Dengan pelaksanaan yang konsisten, Malaysia berpotensi muncul sebagai pemain utama dalam industri pertahanan serantau, sekali gus memperkukuh kedudukan strategik negara di pentas global.
* Firdaus Azil ialah wartawan kanan yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan penyiaran dan liputan isu strategik, termasuk dasar pertahanan, ekonomi, dan diplomasi serantau. Beliau kini mengikuti pengajian separuh masa dalam bidang Komunikasi dan Media di UiTM.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Astro AWANI.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah matlamat utama Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan baru-baru ini?
A: DIPN bertujuan untuk meningkatkan kandungan domestik dan keupayaan berdikari dalam sektor strategik pertahanan Malaysia. - Q: Apa yang ditekankan oleh Menteri Pertahanan berkenaan dengan kerjasama erat antara kerajaan, universiti, dan syarikat tempatan dalam pelaksanaan DIPN?
A: Menteri Pertahanan menekankan bahawa kerjasama erat ini tidak hanya mengurangkan risiko geopolitik, tetapi juga membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat. - Q: Apa yang dimaksudkan dengan STRIDE dan MPSTP dalam konteks pembentangan Belanjawan 2026?
A: STRIDE dan MPSTP diperuntukkan untuk memperkuat R&D pertahanan dan memastikan Angkatan Tentera Malaysia dilengkapi dengan teknologi moden dan relevan. - Q: Mengapakah pentingnya DIPN memfokuskan pada pemindahan teknologi melalui Program Kerjasama Industri (ICP)?
A: Melalui ICP, DIPN bertujuan untuk menyerap kepakaran global, mengadaptasi di peringkat tempatan, dan memastikan setiap kontrak membawa pulangan teknologi yang nyata. - Q: Bagaimanakah Malaysia berpotensi meningkatkan kehadiran produk tempatan dalam ekosistem eksport pertahanan serantau?
A: DIPN bercadang untuk melaksanakan pelan berfasa dengan sasaran hub serantau untuk mengukuhkan kehadiran produk tempatan dalam rantau ASEAN dan Indo-Pasifik.
#Dasar Industri Pertahanan Negara
#DIPN Malaysia
#industri pertahanan Malaysia
#eksport pertahanan ASEAN