MALAYSIA
[KOLUMNIS] Daya tahan warga Aceh, mitigasi sebenar terhadap taufan Senyar
Kebanyakan penduduk terperangkap dalam banjir yang naik mendadak sehingga menenggelamkan kampung mereka dalam masa yang singkat. - Gambar Reuters
KETIKA taufan Senyar melanda Aceh, Indonesia, ia bukan sekadar membawa angin kencang, hujan lebat dan banjir besar, tetapi turut disertai gempa dengan kekuatan 6.3 skala Richter di barat laut Sinabang.
Kawasan ini merupakan titik yang sama terjejas ketika Tsunami 2004. Walaupun tiada potensi tsunami dilaporkan, kehadiran taufan Senyar tetap membawa krisis kemanusiaan di Aceh.
Kebanyakan penduduk terperangkap dalam banjir yang naik mendadak sehingga menenggelamkan kampung mereka dalam masa yang singkat.
Bekalan elektrik terputus, air bersih sukar diperoleh, sambungan internet tidak stabil, rumah musnah, harga barang naik dan sekolah, perniagaan serta pejabat terpaksa ditutup. Lantaran itu, Aceh diisytiharkan darurat selama 14 hari.
Setakat 30 November 2025, BBC News Indonesia melaporkan bahawa di Aceh sahaja, 96 orang terkorban dan 75 masih hilang. Angka kematian termasuk Sumatera Barat dan Sumatera Utara pula mencecah 400 orang.
Aceh dan bencana alam seolah-olah sudah sinonim. Sejak tragedi tsunami, kemampuan penduduk Aceh menghadapi kesan pasca bencana sering menjadi perbincangan.
Dalam situasi sebegini, kerentanan mangsa adalah faktor penting dalam proses pemulihan.
Rangka kerja mitigasi bencana merumuskan bahawa terdapat tiga faktor yang boleh mempengaruhi tahap kerentanan tersebut.
Pertama, pengalaman masa lalu membantu mangsa mengendalikan bencana dengan lebih baik.
Kedua, keupayaan mendepani rintangan, termasuk persediaan emosi dan psikologi.
Akhir sekali, daya tahan, iaitu kemampuan individu atau komuniti menangani, mengurus dan menyesuaikan diri dengan tekanan akibat bencana dalam jangka masa panjang.
Daya tahan inilah yang membantu mangsa mengurangkan risiko selepas bencana seperti depresi serta membolehkan mereka memulakan kehidupan baharu.
Proses ini merupakan salah satu bentuk mitigasi bencana yang penting dan harus diterapkan. Warga Aceh memiliki kekuatan ini.
Pengalaman mengharungi tsunami pada tahun 2004 banyak dijadikan panduan oleh warga Aceh dalam memastikan kelangsungan hidup ketika berdepan taufan Senyar.
Menurut mereka, ketika bencana berlaku, pelbagai masalah tidak terduga akan timbul.
Banyak isu saling berkaitan dan cepat merebak jika tidak dikawal hingga boleh menyebabkan depresi.
Contohnya, sepanjang beberapa minggu taufan Senyar melanda, bekalan elektrik sering terputus dalam tempoh yang lama.
Warga yang memiliki generator peribadi akan menghidupkan bekalan elektrik untuk kegunaan jiran secara bergilir.
Ketiadaan elektrik bererti tiada makanan boleh disimpan dalam peti sejuk. Ia nampak remeh, tetapi amat penting untuk bertahan ketika terperangkap dalam rumah yang dikelilingi air banjir.
Keadaan menjadi lebih mencabar apabila bahan mentah sukar diperoleh dan jika ada, harganya melambung tinggi.
Dalam tempoh empat hari banjir, harga cili naik daripada RM28 kepada RM80 sekilogram.
Bagi menangani masalah ini, mangsa banjir di Aceh kembali memanfaatkan kearifan tempatan dalam masakan.
Antara makanan asas paling mudah ialah ikan masin dan telur masin. Selain itu, mereka memasak makanan tradisional yang boleh tahan berminggu-minggu menggunakan kayu api.
Salah satunya ialah Sie Reuboh, iaitu daging yang dimasak menggunakan lemak sapi dan diperam dengan cuka dari pokok nira.
Melalui budaya gotong-royong, penyediaan Sie Reuboh dilakukan dalam kumpulan kecil untuk dikongsi bersama.
Ketiadaan elektrik juga menyebabkan air paip kerajaan tidak dapat digunakan.
Dalam hal ini, institusi masjid memainkan peranan besar dengan menghidupkan mesin genset bagi memastikan masyarakat boleh mengakses air paip atau mengambil air dari perigi masjid.
Warga Aceh turut memantau perkembangan bencana melalui media sosial berbanding portal berita rasmi kerana maklumat daripada mangsa di lapangan lebih cepat dan tepat. Ini untuk ‘survival’ kata mereka.
Banyak hantaran mereka yang terlibat banjir membantu orang lain membuat persiapan menghadapi kemungkinan susulan.
Rangka kerja mitigasi bencana berorientasikan perspektif Barat sering kali ketinggalan dalam membincangkan peranan budaya dan agama sebagai unsur penting dalam daya tahan mangsa bencana.
Hal ini terbukti melalui pengalaman warga Aceh dalam mendepani taufan Senyar.
Pengalaman ini juga menunjukkan bagaimana mereka bergerak sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Sebenarnya, kehadiran taufan Senyar tidak dijangka. Banjir besar yang naik dengan pantas menyukarkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan segera.
Namun, warga Aceh tidak hanya menunggu. Mereka memiliki daya tahan luar biasa untuk mengurus bencana dengan apa sahaja yang ada di tangan.
Pada penghujung perbualan dengan mereka, ada yang gembira memberitahu bahawa bantuan kerajaan Malaysia telah pun diterima pada hari tersebut.
Sememangnya Allah sentiasa memberi manusia kemampuan untuk bertahan walau dalam kondisi sesulit mana pun, kata mereka.

* Nik Norma Nik Hasan ialah pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kewartawanan Alam Sekitar, Kelestarian dan Komunikasi Risiko.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.