MALAYSIA
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Hubungan diplomatik tidak lagi terhad kepada rundingan tertutup antara pemimpin negara, sebaliknya melibatkan pelbagai aktor dalam sistem antarabangsa.
SISTEM antarabangsa tidak statik.
Ringkasan AI
Ia sentiasa berubah dan berevolusi kerana perkembangan politik dunia, peningkatan teknologi, perubahan dinamika aturan kuasa dan munculnya ancaman-ancaman keselamatan baharu serta lain-lain faktor.
Dalam landskap antarabangsa yang berevolusi, diplomasi diamalkan untuk menguruskan hubungan antara negara dan juga aktor bukan negara.
Amalan diplomasi ini sentiasa diberi penekanan dan keutamaan supaya ia berkesan dalam pengurusan perhubungan yang kompleks dalam Orde Baharu Antarabangsa ini.
Faktor-faktor mencorakkan diplomasi dalam Orde Baharu Antarabangsa
Sistem antarabangsa yang kompleks hari ini terbina daripada pelbagai faktor seperti konflik, persaingan perdagangan, ancaman keselamatan global, munculnya isu-isu yang memerlukan pendekatan kolektif dan lain-lain lagi isu berkaitan komuniti antarabangsa.
Keadaan ini telah mewujudkan persekitaran diplomatik yang semakin mencabar, tidak menentu dan saling bergantung antara satu sama lain serta menuntut negara-negara berinteraksi secara lebih berhati-hati dan strategik.
Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet dalam era Perang Dingin dengan Amerika Syarikat (AS), dunia mengharungi ekosistem yang bersifat unipolar dengan AS mendominasi sistem antarabangsa.
Namun, pada hari ini, dunia menjadi pentas kepada orde multipolar dengan kemunculan kuasa-kuasa baharu seperti China, India, blok-blok serantau dan lain-lain paksi kuasa dalam ekonomi antarabangsa dan persaingan teknologi.
Dengan itu, amalan diplomasi menuntut satu keseimbangan yang mengambil kira kepelbagaian paksi-paksi baharu kuasa dunia ini bagi mengelak berlakunya konflik, mengukuhkan hubungan sesama negara sekutu serta menggalakkan persaingan yang aman.
Seterusnya, kemunculan aktor bukan negara dalam sistem antarabangsa menjadikan negara atau kerajaan, bukan lagi pempengaruh tunggal atau dominan dalam hal ehwal antarabangsa.
Amalan diplomasi perlu melibatkan aktor-aktor bukan negara seperti syarikat multinasional (MNC), pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.
Sebagai contoh, syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Meta, Google, TikTok dan lain-lain lagi mengawal maklumat global dan sekaligus menjadikan mereka pemain baharu dalam dunia diplomasi kerana perniagaan berkait rapat dengan keselamatan data yang penting kepada setiap negara.
Kewujudan rangkaian pengganas antarabangsa dan juga kumpulan penjenayah rentas sempadan yang dikategori sebagai ancaman keselamatan baharu, turut diambil kira dalam pelaksanaan diplomasi berlatar belakangkan Orde Baharu Antarabangsa ini.
Diplomat perlu menggalakkan kerjasama atau keselamatan kolektif bagi menangani ancaman-ancaman keselamatan bersama ini.
Kepelbagaian aktor termasuk keberkesanan media sosial mempengaruhi hal ehwal antarabangsa telah mewujudkan satu ruang diplomasi yang kompleks dan saling berangkai berbanding era unipolar.
Sistem antarabangsa pada masa sekarang memerlukan pelaksanaan diplomasi yang menekankan kuasa lembut atau soft power berbanding tindakan ketenteraan, keterlibatan awam juga semakin meningkat selain penganjuran rundingan-rundingan tradisional bagi menyelesaikan sebarang isu seperti yang dapat disaksikan dalam mana-mana konflik ketenteraan antara negara.
Selain itu, ledakan teknologi turut mencorakkan pelaksanaan diplomasi sehingga seseorang diplomat perlu menyesuaikan diri dengan memenuhi aspek ketelusan berhubung reaksi terhadap sesuatu isu antarabangsa, mengambil kira pandangan awam global dan mampu bertindak pantas dalam komunikasi digital.
Teknologi digital, ruang media sosial dan Internet membuka ruang baharu untuk keterlibatan diplomatik apabila pemimpin dunia menggunakan platform ini untuk berkomunikasi secara langsung dengan pemimpin dari negara lain mewujudkan kaedah diplomasi digital.
Malah senario tersebut lebih mencabar kerana hakikatnya diplomasi bukan lagi hak mutlak para diplomat tetapi turut dipengaruhi warga digital dunia.
Kemunculan teknologi digital ini pula memudahkan penyebaran maklumat-maklumat palsu yang sengaja bermatlamat menyelewengkan pemikiran komuniti antarabangsa turut memberi satu cabaran kepada amalan diplomasi dan mencorakkan era Orde Baharu Antarabangsa.
Faktor penting lain yang mempengaruhi diplomasi dalam era Order Baharu Antarabangsa adalah isu-isu cabaran global yang perlu ditangai secara bersama oleh dunia.
Isu-isu berkaitan ekonomi global khususnya impak perang perdagangan AS-China, gangguan rantaian bekalan global ketika wabak COVID-19, persaingan mendapatkan sumber nadir bumi, isu berkaitan urus tadbir kewangan global, krisis kemanusiaan dan sebagainya menuntut pendekatan diplomasi berkesan supaya cabaran global ini dapat ditangani.
Justeru, pelaksanaan diplomasi perlu mengambil kira tentang keseimbangan strategi pengurusan geoekonomi, melindungi kepentingan nasional dan mengekalkan kestabilan pasaran global.
Faktor-faktor ini menjadikan Orde Baharu Antarabangsa lebih saling berkait, meningkatkan persaingan dalam sistem global dan semakin sukar diramal.
Hubungan diplomatik tidak lagi terhad kepada rundingan tertutup antara pemimpin negara, sebaliknya melibatkan pelbagai aktor dalam sistem antarabangsa.
Keupayaan sesebuah negara menyampaikan pendirian, membina persefahaman dan mengurus perbezaan pandangan secara berhemah menjadi faktor penentu dalam mengekalkan kestabilan dan kepentingan nasional.
Komunikasi mekanisme asas dunia diplomasi Orde Baharu Antarabangsa
Satu fakta yang tidak dapat dinafikan adalah komunikasi merupakan teras kepada dunia diplomasi yang membolehkan aktor-aktor dalam sistem Orde Baharu Antarabangsa ini berinteraksi, berunding dan memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Komunikasi dalam diplomasi mempunyai pelbagai “wajah” dan berfungsi untuk mencapai tujuan yang berbagai seperti memupuk persefahaman, membentuk persepsi antarabangsa serta mempengaruhi dasar-dasar luar sesebuah negara dan polisi-polisi bagi aktor bukan negara.
Oleh itu, komunikasi kekal sebagai asas dan tunjang kepada keterlibatan diplomatik dalam kalangan aktor Orde Baharu Antarabangsa.
Ini kerana, melalui komunikasi, bahasa-bahasa diplomatik diguna pakai untuk bertukar idea-idea, mengadakan rundingan dan seterusnya mencapai persetujuan.
Peranan komunikasi begitu penting dalam diplomasi untuk menghubungkan diplomat dan kumpulan-kumpulan aktor, membina konteks rundingan dan menetapkan pilihan-pilihan dalam pembentukan dasar luar.
Bagi kebanyakan negara, komunikasi digunakan secara aktif bagi membina dan menyebarkan naratif yang membingkaikan konflik dan peristiwa sebagai contohnya.
Pembinaan naratif ini merupakan elemen penting untuk sesebuah negara mendominasi tafsiran komuniti antarabangsa terhadap sesuatu konflik, peristiwa dan lain-lain agenda dalam proses diplomasi.
Perkembangan teknologi digital pula telah merevolusikan komunikasi diplomatik dari segi kepantasan dan capaian naratif yang disebarkan itu, sehingga mewujudkan terma diplomasi digital.
Ada sarjana menyatakan bahawa teknologi digital ini telah membawa diplomasi bergerak kepada satu model diplomasi hibrid yang merujuk kepada integrasi keterlibatan diplomat dalam ruang maya dan fizikal.
Kepentingan komunikasi berkesan dapat dilihat dalam proses mempengaruhi sistem global melangkaui kepentingan nasional, menggalakkan kerjasama antarabangsa serta penyebaran maklumat berkaitan isu-isu global.
Kajian kes yang dapat dikongsikan seperti usaha Malaysia menerusi diplomasi sejagat untuk menarik perhatian komuniti global tentang isu kemanusiaan di Palestin, sekali gus membentuk persepsi antarabangsa terhadap Malaysia berkaitan isu-isu Palestin.
Contoh lain adalah komunikasi awam yang ditampilkan oleh Kesatuan Eropah (EU) dalam isu perubahan iklim memperlihatkan blok tersebut sebagai peneraju dalam isu-isu berkaitan perubahan cuaca yang menuntut satu kerjasama global bagi menangani perkara tersebut.
Seterusnya, jika diperhatikan, komunikasi adalah alat paling penting dalam menyampaikan bahasa diplomatik dalam apa jua rundingan.
Bagi memahami aspek ini, kaedah dan bahasa diplomatik yang diamalkan oleh negara-negara dalam pertubuhan ASEAN misalnya, mengutamakan gaya bahasa tidak bersifat konfrontasi, sesuai dengan kepelbagaian latar belakang budaya negara anggota.
Justeru, ia menggambarkan bagaimana penggunaan bahasa diplomatik dalam ASEAN yang mengambil kira kepekaan budaya telah membolehkan kerjasama mampan dijalin dalam pertubuhan serantau ini.
Sebagai rumusan, komunikasi dalam dunia diplomasi tidak hanya berkisar tentang penyebaran mesej-mesej, tetapi bagaimana ia secara strategik membentuk naratif, membina hubungan, mengharungi landskap digital yang kompleks dan paling utama dapat mempengaruhi tindakan-tindakan komuniti antarabangsa bagi mencapai objektif dasar luar sesebuah negara.
Diplomasi tidak dapat berfungsi tanpa komunikasi dan ia merupakan kuasa pendorong dunia diplomatik untuk bergerak ke arah mencipta dunia yang saling bergantungan dan saling bekerjasama pada masa hadapan.
* Artikel ini adalah tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Khairul Anuar Abdul Malik, Felo SMMTC UUM.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ringkasan AI
- Sistem antarabangsa berubah dengan faktor seperti politik dunia, teknologi, aturan kuasa, dan ancaman keselamatan baru.
- Diplomasi semakin penting dalam menguruskan hubungan kompleks dalam Orde Baharu Antarabangsa.
- Diplomasi perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran kuasa baru, aktor bukan negara, dan teknologi digital untuk menangani cabaran global.