MALAYSIA
[KOLUMNIS] Dua era satu tujuan: Pembangunan berpaksikan rakyat
Pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan merupakan dua teras utama dalam pembinaan negara Malaysia pasca-kolonial. - Gambar hiasan
“DI balik setiap kehormatan mengintip kebinasaan… maka jalan keselamatan adalah jalan tengah. Jangan terima kehormatan atau kebinasaan sepenuhnya. Jalan Tengah ialah jalan ke arah kelestarian.”
Itu merupakan pesan Pramoedya Ananta Toer dalam Jejak Langkah yang mengajar kita tentang keseimbangan dalam pembangunan, menjaga agar kemajuan tidak membawa kehancuran.
Ini selari dengan prinsip Ekonomi MADANI yang menuntut keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan kelestarian.
Pencapaian ekonomi berprofil tinggi seperti projek mercu tanda atau ranking global tidak pula sehingga mengakibatkan jurang kekayaan yang semakin melebar, kemusnahan alam atas nama pembangunan dan kehilangan identiti supaya kemajuan bukan sahaja diukur dari segi angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga kualiti hidup, daya tahan masyarakat, dan kemampanan jangka panjang.
Pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan merupakan dua teras utama dalam pembinaan negara Malaysia pasca-kolonial.
Bermula dengan pendekatan struktural Allahyarham Tun Abdul Razak menerusi Dasar Ekonomi Baru dan agensi luar bandar seperti FELDA dan MARA dan kini pendekatan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia terus mengimbangi keperluan pertumbuhan ekonomi dan keadilan sosial.
Warisan dasar era awal dengan visi reformasi menjadi kunci kepada pembangunan yang terangkum dan mampan yang menyeimbangkan keberkesanan dasar ekonomi dan sensitiviti terhadap realiti sosial serta sejarah kolonial negara.
Pembangunan ekonomi bukan semata-mata soal angka dan pertumbuhan; ia adalah perihal membina masyarakat yang seimbang, stabil dan bersatu padu.
Malaysia, sebagai sebuah negara pasca-kolonial dengan realiti sosial yang rumit akibat legasi ‘pecah dan perintah’ penjajah British, memerlukan pendekatan pembangunan yang bukan hanya berorientasikan pertumbuhan, tetapi juga perpaduan dan pengagihan saksama.
Sejak kemerdekaan, dua pemimpin iaitu Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Anwar telah melaksanakan pendekatan pembangunan yang berbeza dari segi instrumen tetapi mempunyai matlamat yang selari: keadilan sosial dan penyatuan nasional.
Berdasarkan Driving Development: Revisiting Razak’s Role in Malaysia’s Economic Progress (2019), Tun Abdul Razak tidak sekadar merangka dasar pembangunan, tetapi juga membina sebuah kerangka negara.
Di tengah-tengah ancaman perpecahan pasca-13 Mei 1969, beliau melihat pembangunan luar bandar sebagai wahana untuk menyatukan etnik dan mengangkat taraf hidup masyarakat yang terpinggir. FELDA, MARA dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan sekadar institusi dan dasar; ia instrumen sosial yang dirancang untuk menyelesaikan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, jurang wilayah dan ketiadaan mobiliti sosial dalam masyarakat luar bandar, khususnya orang Melayu.
Pembangunan luar bandar dengan memberikan tanah, kemudahan asas, dan peluang ekonomi kepada golongan miskin luar bandar, terutamanya melalui program penempatan semula FELDA, Tun Abdul Razak merintis bentuk keadilan sosial yang konkrit.
Pendekatan beliau bersifat state-led dengan campur tangan kerajaan secara langsung bersesuaian dengan pembangunan negara pascakolonial pada era tersebut.
Pembangunan luar bandar bukan hanya soal pertumbuhan fizikal, tetapi juga pembinaan semula kepercayaan antara rakyat dan negara.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula melalui RMK-13 (2026–2030), membawa naratif pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan ke fasa baharu.
Jika Tun Abdul Razak membina infrastruktur fizikal dan sosial, Perdana Menteri pada masa ini menekankan infrastruktur digital, kelestarian alam, dan nilai keinsanan sebagai asas pembangunan.
Dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM611 bilion, RMK-13 menekankan inovasi, teknologi, dan keusahawanan luar bandar sebagai instrumen mobiliti sosial. Ini seiring dengan prinsip Ekonomi MADANI, suatu kerangka pembangunan yang menekankan kesejahteraan menyeluruh rakyat, tatakelola baik, dan pengagihan yang adil dalam konteks ekonomi moden.
Dasar pembasmian kemiskinan di bawah pentadbiran Anwar beralih daripada bantuan menyeluruh kepada pendekatan bersasar, berasaskan data dan integrasi rentas agensi.
Usaha merapatkan jurang wilayah pula tertumpu kepada pembangunan berteraskan komuniti, memperluas ekonomi digital di luar bandar, dan membina ekosistem yang lestari untuk industri kecil dan sederhana (IKS).
Ini adalah kesinambungan visi Tun Abdul Razak, tetapi dikontekstualisasikan semula dalam kerangka globalisasi, perubahan iklim, dan revolusi digital.
Pakar ekonomi, Jomo Kwame Sundaram berpendapat, pembangunan yang bersifat teknokratik dan terlalu tertumpu kepada pertumbuhan boleh membawa negara dalam “perangkap struktur” (structural traps) seperti ketergantungan kepada pelaburan asing, pengabaian terhadap sektor pertanian, dan ketirisan sosial.
Beliau mengkritik bagaimana sesetengah negara membangun, termasuk Malaysia pada era pasca-DEB, mula meninggalkan pendekatan pembangunan berorientasikan rakyat apabila beralih kepada liberalisasi pasaran.
Namun, pendekatan Anwar yang mengambil kira ketidakseimbangan struktur dan memperkenalkan semula pembangunan berasaskan nilai, keterangkuman, dan keadilan dilihat lebih sejajar.
Dengan penekanan terhadap pembinaan kapasiti tempatan, pelaburan dalam modal insan dan penstrukturan semula subsidi agar lebih adil, RMK13 memberi isyarat bahawa kerajaan kembali mengambil tanggungjawab aktif dalam membentuk hala tuju ekonomi nasional, bukan sekadar menjadi pemudah cara pasaran.
Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri ke-10, Anwar memimpin pada era dan konteks yang berbeza.
Bagaimanapun matlamat mereka tetap sama untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan harmoni.
Tun Abdul Razak membina asas perpaduan melalui pembangunan luar bandar dan dasar afirmatif, manakala Anwar Ibrahim membina masa depan dengan membina keupayaan dan daya tahan masyarakat dalam ekonomi yang semakin kompleks.
Kedua-duanya memahami bahawa pembangunan bukan sekadar soal infrastruktur, tetapi soal kepercayaan antara rakyat dan negara.
Maka, pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan bukan lagi harus dilihat sebagai dasar sosial semata-mata, tetapi sebagai strategi kebangsaan untuk memperkukuh perpaduan, mengukuhkan institusi dan mengekalkan kestabilan.
Dalam konteks ini, warisan Tun Abdul Razak dan visi Perdana Menteri Anwar bersifat saling melengkapi, dua wacana pembangunan yang berpaksikan rakyat.

* Dr. Noraisah Yusop mengikuti program pascadoktoral di Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya sebagai Asisten Koordinator Projek Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.