MALAYSIA
[KOLUMNIS] Geografi: Ilmu strategik yang dipandang sebelah mata
Gambar penulis ketika menjadi salah seorang penyelidik dari Malaysia yang menyertai Ekspedisi ke Antartika pada tahun 2008 bersama Institute Antartica Ecuador (INAE).
“GEOGRAFI bukan sekadar gunung, sungai dan cuaca, ia adalah cermin kepada siapa kita, di mana kita berdiri, dan ke mana kita mahu melangkah.”
Ringkasan AI
Bayangkan hidup tanpa peta. Tiada arah, tiada sempadan yang jelas, tiada pemahaman tentang lokasi sumber air, tanah tinggi atau kawasan bahaya. Tanpa geografi, masyarakat akan hilang arah, bukan sahaja secara fizikal, malah dalam perancangan dan pengurusan kehidupan.
Namun, realitinya hari ini geografi semakin dipinggirkan. Di sekolah, jam pengajaran dikurangkan. Di universiti, ia jarang menjadi pilihan utama. Sedangkan dalam dunia moden yang dipacu oleh data, peta, dan krisis iklim, geografi sepatutnya berdiri di barisan hadapan.
Ilmu Lama, Wajah Baharu
Geografi bukan ilmu baharu. Dari tamadun Yunani hingga ilmuwan Islam seperti Al-Idrisi dan Ibn Khaldun, geografi pernah menjadi ilmu teras dalam pentadbiran, perdagangan dan penaklukan. Hari ini, geografi hadir dengan wajah moden dengan menggunakan teknologi seperti GIS (Sistem Maklumat Geografi), pemetaan 3D, imejan satelit, dan analisis data spatial.
Ia bukan lagi subjek hafalan gunung dan sungai. Sebaliknya, ia adalah alat strategik untuk memahami risiko bencana, mengurus sumber, merancang bandar, dan mengkaji tingkah laku pengundi. Malangnya, ramai masih terperangkap dalam persepsi lama.
"Ambil geografi nak jadi apa?"
Itulah soalan biasa yang saya dengar. Sebenarnya, lulusan geografi hari ini bekerja sebagai, perancang bandar dan wilayah, pakar bencana dan perubahan iklim, penganalisis data spatial dan GIS, penyelidik geopolitik dan pemetaan politik, penasihat persekitaran dan pembangunan lestari malah menjadi DO pun boleh.
Dengan adanya teknologi seperti dron, AI, big data dan pemetaan komuniti, geografi menjadi lebih penting dari sebelumnya. Banyak syarikat, agensi kerajaan dan NGO memerlukan kepakaran dalam memahami lokasi dan konteks dan itu adalah bahasa geografi.
Kuasa Dalam Peta
Dalam sejarah penjajahan, pemetaan bukan sekadar lukisan, ia adalah alat kuasa. Peta menentukan sempadan, hak milik, dan akses kepada sumber. Hari ini, peta menentukan hak maritim, kawasan pembangunan, dan lokasi projek mega. Tapi sayangnya, masyarakat kita masih melihat peta sebagai gambar dalam buku teks bukan sebagai dokumen strategik.
Geografi Bukan Milik Elit Tapi Rakyat
Kita perlu membangunkan “Geografi Rakyat”. Maksudnya: aplikasi peta yang mudah difahami dan diakses, pemetaan komuniti oleh penduduk setempat, penglibatan masyarakat dalam mengenal pasti risiko seperti banjir, pencemaran dan ketidaksamaan dan banyak lagi. Kalau kita boleh faham trafik melalui Waze, mengapa tidak kita fahami risiko bencana atau kemiskinan melalui peta juga?
Sudah Tiba Masanya: Letak Semula Geografi di Tempatnya
Negara-negara seperti UK, Korea Selatan dan Kanada meletakkan geografi sebagai subjek penting dalam pendidikan. Mereka tahu bahawa untuk membina negara maju, kita perlu rakyat yang faham ruang, lokasi dan hubungan antara manusia dan alam.
Sehubungan dengan ini, Malaysia juga perlu menyemai semangat geografi sejak di sekolah rendah, mengintegrasikan teknologi seperti GIS dalam pengajaran, menyediakan latihan guru dalam pemikiran spatial dan mempromosi kerjaya dalam bidang geografi dan geospatial.
Cita-cita Baru: Ahli Geografi Negara
Bayangkan jika kanak-kanak hari ini bila ditanya cita-cita, mereka menjawab:
“Saya mahu jadi ahli geografi, untuk bantu negara hadapi bencana, uruskan bandar, dan lindungi bumi.”
Itulah cita-cita yang perlu kita semai.
Geografi bukan sekadar pelajaran, ia adalah panduan untuk memahami dunia. Ia bukan untuk menghafal nama tempat, tapi untuk menjawab: Kenapa sesuatu berlaku di situ, dan apa kesannya kepada kita semua?
Penutup
Jika kita ingin membina Malaysia yang maju, berdaya tahan, dan mapan, kita perlu mula dengan memahami ruang. Dan untuk memahami ruang, kita perlu kembali kepada geografi. Kerana tanpa geografi, kita mungkin tahu ke mana mahu pergi tetapi kita tidak tahu di mana kita berdiri.
* Artikel ini ditulis oleh Profesor Gs. Dr. Rosmadi Fauzi yang merupakan Profesor di Jabatan Geografi, Universiti Malaya dan aktif dalam bidang pemetaan, geospatial dan geopolitik.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ringkasan AI
- Geografi ialah cermin kepada identiti dan arah masyarakat, penting untuk perancangan kehidupan serta pengurusan sumber. Namun, subjek ini semakin dipinggirkan dalam sistem pendidikan hari ini.
- Geografi moden menggunakan teknologi canggih seperti GIS, pemetaan 3D, dan analisis data spatial untuk memahami risiko bencana, merancang bandar, dan banyak lagi, tetapi persepsi lama masih menghalang perkembangannya.
- Diperlukan usaha untuk membangunkan "Geografi Rakyat" dengan aplikasi peta mudah difahami, pemetaan komuniti, dan penglibatan masyarakat dalam mengenal pasti risiko, sambil mengekalkan pentingnya geografi dalam sistem pendidikan untuk membina negara maju.