MALAYSIA
[KOLUMNIS] Isu WCE: Apabila politik dan sentimen mengatasi undang-undang
Penangguhan ini mencerminkan pola berulang di mana pelaksanaan undang-undang tunduk kepada tekanan politik dan sentimen awam. - Gambar/ LLM
ISU kelewatan projek West Coast Expressway (WCE) Seksyen 3 di Kampung Jawa, Klang yang kini berlarutan hampir dua tahun bukan sekadar kelewatan teknikal, tetapi satu peringatan serius bahawa Malaysia semakin berisiko menggantikan kepastian undang-undang dengan politik sentimen. Sebagai bekas peguam dan pengamal komunikasi strategik, saya mengikuti perkembangan ini dengan rasa kecewa - bukan kerana ia kes terpencil, tetapi kerana ia mencerminkan pola berulang yang menjejaskan pelaksanaan dasar, mengaburkan prinsip keadilan, dan mengabaikan kepentingan awam.
Ringkasan AI
WCE bukan sekadar sebuah lebuh raya - ia nadi utama ekonomi negara, menghubungkan kawasan perindustrian di sepanjang Pantai Barat dengan Pelabuhan Klang, pelabuhan tersibuk di Malaysia. Seksyen 3, yang menghubungkan Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan, merupakan laluan kritikal bagi kelancaran logistik negara dengan lebih 10,000 lori kargo bergantung padanya setiap hari. Namun, meskipun pampasan telah dibayar mengikut Akta Pengambilan Tanah, segelintir pemilik masih enggan melepaskan tanah mereka - menyebabkan keseluruhan projek tergendala, ibarat enjin besar terhenti hanya kerana sebutir pasir.
Kesan daripada tindakan kecil ini amat besar. Syarikat pengangkutan terpaksa menukar laluan, menggunakan lebih banyak bahan api, menanggung kos penyelenggaraan yang meningkat, dan akhirnya beban itu berpindah kepada pengguna. Lebih membimbangkan, kelemahan penguatkuasaan dan kegagalan menghormati undang-undang menghantar isyarat yang salah kepada pelabur - bahawa di Malaysia, keputusan mahkamah boleh dipersoal jika sentimen awam cukup lantang. Inilah yang perlahan-lahan menghakis keyakinan pelabur dan mencalar reputasi negara sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing.
Kita tidak asing dengan situasi sebegini. Ambil contoh kes Kuil Seafield Sri Maha Mariamman - pemaju One City Development memiliki hak undang-undang yang sah untuk memindahkan kuil tersebut, namun tekanan politik dan desakan awam menangguhkan pelaksanaan hingga tercetus rusuhan. Begitu juga kes Sagong Tasi, di mana mahkamah mengiktiraf hak tanah adat Orang Asli, tetapi keputusan itu hanya terlaksana selepas bertahun-tahun kerana campur tangan politik. Dalam kedua-dua kes ini, undang-undang jelas tetapi pelaksanaannya tunduk kepada sentimen dan persepsi, menyebabkan kepentingan awam terkorban dan kedaulatan undang-undang diperdagangkan.
Apabila ahli politik tunduk kepada tekanan segelintir yang lantang, dan peguam pula lebih gemar memanjangkan kes berbanding mencari penyelesaian, mesej yang disampaikan amat berbahaya - bahawa keputusan undang-undang boleh digugat selagi suara bising cukup kuat.
Lebih buruk, ada pihak sengaja melengahkan projek bagi menekan pemaju untuk membayar lebih atau menanggung kerugian berpanjangan. Inilah penyalahgunaan undang-undang tanpa integriti yang akhirnya menjerut ekonomi dan melumpuhkan kemajuan negara.
Isu WCE bukan sekadar tentang satu projek yang tertangguh - ia menggambarkan budaya baharu yang semakin berakar, di mana emosi mengatasi fakta dan politik mengatasi prinsip. Setiap hari projek ini tidak disiapkan, Malaysia membayar harga mahal - kehilangan daya saing, kerugian berjuta ringgit, dan imej negara yang tercalar di mata pelabur.
Setiap jam kelewatan tanpa tindakan tegas sebenarnya mendidik rakyat bahawa suara paling bising boleh menewaskan kebenaran, dan sentimen mampu menundukkan undang-undang. Jika keadaan ini dibiarkan, kita bukan sedang mengamalkan demokrasi matang, kita sedang meraikan anarki yang berselindung di sebalik kata-kata manis.
Sudah tiba masanya kerajaan negeri, pihak berkuasa lebuh raya dan agensi persekutuan berhenti berselindung di sebalik alasan “menjaga kepentingan komuniti setempat” dan mula menegakkan undang-undang dengan keberanian dan ketelusan sebenar. Laksanakan pengambilalihan secara adil tetapi tegas, tanpa tunduk pada tekanan politik atau sentimen awam. Dedahkan semua perincian, daripada pampasan hingga jadual pembinaan, supaya rakyat tahu bahawa keadilan sedang ditegakkan, bukan disorok.
Kelewatan yang berpanjangan bukan sekadar menjejaskan pelabur, tetapi mencalar nama baik negara. Dalam dunia pelaburan global yang menilai kecekapan dan kepastian undang-undang sebagai ukuran utama, Malaysia tidak boleh kelihatan lemah dan berisiko. Jika kita mahu kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini, kita mesti buktikan bahawa undang-undang di Malaysia bukan alat politik - ia mesti dilaksanakan, bukan dirunding.
Kita tidak boleh terus memanjakan budaya “main simpati” dalam isu pembangunan. Setiap hari yang hilang akibat kompromi politik atau keputusan separuh hati adalah pengkhianatan terhadap kepentingan awam. Keadilan bukan milik mereka yang paling bising, tetapi untuk semua yang terkesan - daripada pelabur hingga rakyat biasa. Sudah tiba masanya sentimen tunduk kepada undang-undang, dan undang-undang pula ditegakkan dengan prinsip moral dan keberanian politik. Malaysia tidak akan maju jika setiap keputusan perlu diluluskan terlebih dahulu oleh “Mahkamah Simpati” awam.
WCE Seksyen 3 bukan sekadar isu tanah, tetapi ujian terhadap maruah dan ketegasan sistem pentadbiran negara. Sama ada kita berani menegakkan undang-undang atau terus tunduk kepada tekanan minoriti akan menentukan bagaimana dunia menilai Malaysia. Jika setiap projek masa depan ditangguh kerana takut kehilangan undi atau tajuk sensasi media, bukan sahaja pembangunan akan terhenti - malah reputasi dan hala tuju negara turut terperangkap di persimpangan yang sama.
* Artikel ini tulisan Profesor Said Bani, Presiden PRCA Malaysia, Mentor PRactitioners Society of Malaysia dan Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa, WCFA, Davos.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ringkasan AI
- Projek West Coast Expressway (WCE) Seksyen 3 di Kampung Jawa, Klang tertangguh hampir dua tahun akibat keengganan segelintir pemilik tanah melepaskan hak milik walaupun pampasan telah dibayar, menjejaskan kelancaran logistik dan ekonomi negara.
- Penangguhan ini mencerminkan pola berulang di mana pelaksanaan undang-undang tunduk kepada tekanan politik dan sentimen awam, menghakis keyakinan pelabur serta mencalar reputasi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing.
- Penulis menyeru kerajaan dan pihak berkuasa agar menegakkan undang-undang secara adil dan tegas tanpa kompromi politik, demi kepentingan awam dan pembangunan negara, serta menolak budaya -main simpati- yang mengancam prinsip keadilan dan kemajuan.