MALAYSIA
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Noor Azuan berkata UM sedang menghayati visi baharu sebagai sebuah “universiti dengan tujuan”, meletakkan keperluan dan harapan manusia - kini dan masa depan - di barisan hadapan strategi dan misi institusi. -Gambar fail/Bernama
DIKOTOMI dan perdebatan mengenai impak ranking atau penarafan universiti menjadi antara dilema yang mencengkam hala tuju dan polisi pendidikan tinggi negara dan global, sama ada ia suatu usaha sia-sia dan “permainan populariti” yang memesongkan keutamaan akademik, atau masih merupakan penanda aras penting dalam pendidikan tinggi.
Ringkasan AI
Walaupun terdapat hujah berbeza serta dinamika perspektif berlainan, penarafan global universiti tetap penting - bukan sebagai matlamat mutlak, tetapi sebagai pemangkin asas kepada keyakinan, akauntabiliti dan penyelarasan dengan piawaian tertinggi dunia dalam memelihara ukuran asas kualiti pendidikan tinggi.
Ranking telah menjadi sebahagian teras yang tidak terpisah daripada landskap pendidikan tinggi global. Ia membentuk persepsi awam terhadap kualiti institusi untuk pelbagai pihak berkepentingan - daripada pelajar dan keluarga hinggalah majikan dan kerajaan, mempengaruhi pengambilan pelajar, reputasi dan pilihan kehidupan.
Kuncinya ialah mendekati ranking dengan sikap pragmatik dan strategik - tidak memuja ranking sebagai matlamat tertinggi, dan tidak juga menolaknya secara total.
Apabila dilaksanakan dengan betul dan bersasar, ranking mampu mendorong universiti mencapai piawaian global tertinggi dalam pendidikan dan penyelidikan, menyediakan penanda aras global sebagai ukuran terbaik dunia.
Ia berfungsi sebagai kayu ukur untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dan mengekalkan kualiti penyampaian.
Kebanyakan sistem ranking menilai pelbagai faktor berkaitan kualiti, daripada impak penyelidikan hinggalah reputasi dan kebolehpasaran graduan. Ini memberikan isyarat jelas tentang keperluan membina kekuatan dalam pelbagai dimensi - kesemuanya berkait rapat dengan misi teras sesebuah universiti.
Universiti di Singapura telah menembusi kelompok 10 terbaik dunia dengan kecemerlangan dalam penghasilan penyelidikan dan kehadiran strategik global, yang turut menjadi asas utama kepada kemajuan negara tersebut.
Kecemerlangan akademik tulen dan kedudukan tinggi dalam ranking lazimnya bergerak seiring.
Institusi terkemuka dunia seperti MIT, Oxford, Stanford, Harvard dan lain-lain tidak mencapai kedudukan teratas hanya dengan “bermain dengan angka”, tetapi melalui usaha gigih dan konsisten dalam pemerkasaan kesarjanaan, pengajaran dan inovasi.
Ranking, dalam konteks ini, adalah hasil sampingan dan terjemahan kepada kualiti sebenar dan standard berasaskan merit dan usaha gigih kemajuan universiti.
Ranking global bukanlah isu pinggiran - ia diambil serius oleh universiti elit dunia sebagai inti strategi kedudukan mereka.
Menurut data QS, kedudukan global sesebuah universiti boleh mempengaruhi sehingga 60% keputusan bakal pelajar antarabangsa, dengan reputasi akademik dan kebolehpasaran graduan dikenal pasti sebagai keutamaan utama.
Banyak universiti global kini mempunyai pasukan pengurusan ranking secara khusus bagi memastikan penjajaran dengan piawaian dan sasaran prestasi tertinggi.
Ini bukan soal memanipulasi sistem bagi mendapatkan kedudukan terbaik, tetapi usaha menyelaras amalan terbaik bagi menjamin standard yang ketat, selari dengan tuntutan penambahbaikan dalam pelbagai dimensi.
Ranking dan penarafan juga tidak terhad kepada dunia akademik semata-mata. Daripada sektor korporat hingga hospital dan sukan, ia berfungsi sebagai ukuran kecemerlangan dan mekanisme akauntabiliti terhadap penanda aras tinggi, mengikut standard yang telah ditetapkan secara profesional.
Beberapa kebimbangan yang dibangkitkan adalah wajar, termasuk isu manipulasi dan ketidakjujuran akademik dalam usaha mengejar kedudukan, seperti amalan tidak beretika “gift authorship” bagi meningkatkan skor ranking, yang telah pun dikesan oleh badan ranking sebagai kelemahan dan kelompongan yang telahpun ditangani.
Namun, menggunakan isu-isu ini untuk menolak kewajaran ranking secara sepenuhnya adalah tidak munasabah, kerana ketidakjujuran akademik bukan berpunca semata-mata daripada kewujudan atau persaingan ranking.
Majoriti besar sarjana dan universiti tetap memegang patuh kepada integriti walaupun berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat penarafan global.
Tanggungjawab terhadap integriti dan norma akademik, serta pengukuhan nilai-nilai ini pada tahap tertinggi - merupakan asas utama mana-mana institusi akademik, dan ia berjalan seiring dengan usaha mencapai kecemerlangan melalui penarafan dan ranking.
Kedua-duanya tidak harus mengorbankan satu sama lain, atau terpaksa digadaikan untuk memenuhi tuntutan sebelah pihak yang lain.
Perilaku tidak beretika perlu ditangani melalui tadbir urus akademik yang kukuh dan budaya integriti yang konsisten dan kental, bukannya dengan menyingkirkan sistem ranking yang sebenarnya mendorong penambahbaikan dan pembaikian kelemahan yang bersepadu apabila didekati dan diamalkan secara beretika.
Badan ranking sendiri semakin peka terhadap risiko ini, dan kaedah baharu diperkenalkan, termasuk pengesanan penarikan balik makalah penyelidikan serta amalan penerbitan tidak beretika.
Inti dan fokus utama adalah untuk menerbitkan lebih banyak penyelidikan bermutu - bukan penyelidikan palsu; meningkatkan metrik melalui usaha yang lebih baik, bukan dengan melonggarkan peraturan.
Satu lagi kritikan yang sering dibangkitkan ialah ranking mewujudkan tekanan keterlaluan, membentuk budaya “publish or perish” serta menjejaskan nilai pengajaran atau khidmat komuniti. Namun, keseimbangan strategik adalah kuncinya, dan tanpa perlu mengorbankan kepentingan lain.
Universiti terkemuka dunia telah membuktikan bahawa adalah mungkin untuk cemerlang dalam penyelidikan sambil menyediakan pendidikan bertaraf dunia dan memberi impak kepada masyarakat secara serentak. Ini tidak harus dilihat sebagai zero-sum game.
Takrif sebenar sebuah “universiti unggul” adalah institusi yang mampu melakukan semua ini tanpa menjejaskan kualiti sebenar - menjana ilmu praktikal baharu, mendidik generasi pelajar seterusnya dan berkhidmat untuk kemanusiaan.
Inilah inti perjuangan yang sedang kami jayakan di Universiti Malaya.
Di Asia Tenggara, National University of Singapore (NUS) menjadi universiti Asia pertama menembusi kelompok 10 terbaik dunia, dan kekal sebagai yang tertinggi di Asia.
Kejayaan ini tidak berlaku dalam sekelip mata atau semata-mata kerana mengejar kedudukan. Ia lahir daripada hasil kerja keras, dan pelaburan strategik dalam bakat akademik, penyelidikan dan inovasi - bidang yang memberi manfaat kepada komuniti dan dunia.
Ini mengukuhkan hakikat bahawa kedudukan ranking mencerminkan peningkatan sebenar di alam realiti. UM sendiri mencapai tangga ke-58 dunia dalam QS World University Rankings, dan kami melihat pencapaian itu bukan sebagai noktah terakhir, tetapi sebagai bukti bahawa usaha kami memperkukuh keupayaan penyelidikan, meningkatkan impak sebenar, memupuk kolaborasi global dan menarik bakat mula membuahkan hasil.
Tiada satu pun manfaat daripada ranking harus dicipta dengan mengorbankan nilai teras akademik dan kemurnian moral dan ihsan.
Kita mampu dan mesti mengejar kedudukan tinggi sambil mengekalkan misi asas untuk mendidik secara beretika dan bermoral serta memajukan ilmu secara bertanggungjawab.
Menegakkan Kualiti dengan Tujuan dan Nilai Moral
Sebagai pendidik dan penyelidik, kita tidak boleh membiarkan metrik semata-mata memandu tindakan kita - sebaliknya kualiti harus memandu dan mengemudi metrik.
Apabila universiti benar-benar menumpukan usaha untuk memperkukuh aspek pengajaran, impak penyelidikan dan khidmat kepada dunia, ranking akan meningkat secara semula jadi sebagai faktor berangkai.
Sebaliknya, mengabaikan kualiti atau mengorbankan nilai dan asas demi skor yang tinggi hanyalah kejayaan kosong yang berisiko menjejaskan reputasi jangka panjang - sebuah kejayaan fizikal tanpa jiwa.
Ukuran sebenar sesebuah universiti terletak pada kualiti graduannya, impak bakat serta penyelidikan mereka dalam menyelesaikan cabaran besar dunia, dan sumbangan mereka terhadap masa depan kemanusiaan.
Apabila digunakan dengan betul, ranking memastikan kita sentiasa berwaspada dan tidak alpa, dan pantas dalam melahirkan intervensi awal dalam menangani kepincangan.
Jiwa dan penghayatan ranking haruslah berteraskan penambahbaikan diri dan piawaian tertinggi global, bukan rasa cemburu atau persaingan sempit.
Ia juga berperanan sebagai alat penilaian penting untuk memastikan universiti - terutamanya yang dibiayai awam seperti Universiti Malaya - kekal sebagai pemangkin akauntabiliti dan khidmat kepada masyarakat.
Kami memikul amanah rakyat, negara dan kemanusiaan, dan dana daripada warga awam serta kerajaan mesti dilaburkan dengan tepat dan bertanggungjawab menurut piawaian tertinggi, agar diterjemahkan kepada pendidikan, penyelidikan dan pembangunan negara bertaraf dunia.
Oleh itu, modal insan dan para akademik perlu dinilai dengan ukuran tertinggi - dan di sinilah keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi kritikal.
Reka bentuk KPI bukan untuk menghukum, tetapi bagi memastikan amanah kita dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan selari dengan jangkaan dan harapan yang disandarkan.
Pematuhan KPI bukan sekadar alat untuk ranking, tetapi berfungsi sebagai penimbang tara kualiti yang berterusan.
Kebebasan akademik dan integriti akademik tidak harus ditafsirkan sebagai kebebasan tanpa batasan, tetapi perlu disepadukan dengan tanggungjawab sosial, kewajipan normatif dan suara hati moral dan ihsan untuk berkhidmat secara Ikhlas dan bertanggungjawab demi kebaikan manusia sejagat.
Ia bukan mekanisme tekanan, tetapi kerangka yang menegakkan standard yang wajar bagi sebuah institusi nasional. Setiap akademik dan penyelidik yang diamanahkan dana serta kepercayaan awam mesti memenuhi jangkaan dan kewajipan jelas - bukan sahaja dari segi produktiviti, tetapi juga integriti dan kualiti.
Dalam suasana sumber dan dana yang semakin mencabar, risiko yang meningkat dan penelitian awam yang lebih tinggi, menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan bahawa universiti tertua dan terulung Malaysia ini wajar untuk terus menerima pelaburan dan sokongan - dan bahawa kita teguh dalam misi berkhidmat kepada rakyat melalui kecemerlangan, keadilan dan impak.
Ini selaras dengan aspirasi strategik Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasa era baharu pendidikan tinggi yang dipacu oleh misi dan berteraskan aspirasi - di mana bakat tempatan dipupuk dan dibina dan piawaian global diselarikan bagi merintis fajar baharu potensi pulangan masa depan dalam pembangunan modal insan dan penciptaan ilmu untuk negara.
Universiti yang Berjiwa, Bermoral dan Berlandaskan Tonggak Nurani
Akhirnya, kita tidak boleh lari daripada tujuan hakiki kewujudan dan matlamat sebenar sesebuah universiti. Matlamat utama kita bukan sekadar menduduki carta teratas, tetapi membawa perubahan kepada kehidupan manusia, dengan niat dan nurani yang jelas.
Universiti yang hebat ditakrifkan melalui sumbangannya dalam menyelesaikan masalah dunia nyata — dari mencegah penyakit, membasmi kemiskinan, menangani ancaman iklim, memupuk keamanan dan mengelakkan konflik, serta mendidik generasi masa depan.
Tiada ranking yang mampu sepenuhnya mengukur nurani moral atau jiwa kemanusiaan sesebuah universiti - dan ini sama sekali tidak boleh dikompromi demi kedudukan ranking.
Intipati integriti, kejujuran dan sifat kemanusiaan dalam akademia adalah teras utama pendidikan insani. Universiti mesti cemerlang secara akademik tanpa sesekali mengabaikan prinsip etika, suara hati moral dan tanggungjawab sosial.
Sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, saya berbangga mengatakan bahawa institusi ini sedang menghayati visi baharu sebagai sebuah “universiti dengan tujuan”. Ini bermaksud kami meletakkan keperluan dan harapan manusia - kini dan masa depan - di barisan hadapan strategi dan misi kami.
Sama ada melalui penyelidikan termaju dalam usaha mencari penawar kanser, pembangunan teknologi tenaga bersih, atau penghasilan kajian dasar bagi membantu merungkai konflik dunia, UM akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran global - sambil menjunjung maruah manusia, keadilan dan belas ihsan melalui pendidikan.
Dalam misi mulia ini, di manakah kedudukan ranking? Ia berperanan menyokong perjalanan ini dengan memastikan kualiti kerja kita dinilai atas norma dan piawaian antarabangsa dan berada pada tahap kualiti tertinggi.
Piawaian tinggi dalam penyelidikan dan pengajaran memastikan impak penyelidikan serta graduan kita mampu berdiri sebaris yang terbaik di dunia - bersedia mencetus perubahan positif.
Ranking juga membantu memperkukuh keterlihatan dan kredibiliti, sekali gus menarik rakan strategik dan pembiayaan untuk kita melaksanakan lebih banyak usaha bermakna dalam konteks ini.
Ingin ditegaskan: ranking bukan satu matlamat akhir atau matlamat mutlak - ia hanyalah kayu ukur yang strategik dan penting.
Matlamat utama kita ialah melahirkan ilmu dan graduan yang menjadikan dunia lebih baik dari sebelumnya. Jika peningkatan kedudukan datang sebagai hasil menjalankan misi ini dengan baik, maka ia seharusnya diraikan.
Namun, kita mesti sentiasa ingat bahawa “kedudukan sebenar” kita diukur melalui perubahan positif yang kita bawa kepada kemanusiaan dan dunia - sebagai kompas kebaikan dan tunjang nurani peradaban - dan itulah nilai paling luhur.
Ringkasan AI
- Penarafan universiti menjadi isu yang mencetuskan perdebatan mengenai kepentingannya dalam pendidikan tinggi, di mana ranking berperanan sebagai pemangkin asas kepada keyakinan, akauntabiliti, dan penyelarasan dengan piawaian tertinggi dunia.
- Kunci kepada keberhasilan ranking universiti ialah pendekatan pragmatik dan strategik, di mana ranking mampu mendorong institusi mencapai piawaian global tertinggi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan serta menyediakan penanda aras global sebagai ukuran kualiti pendidikan tinggi.
- Walaupun ranking adalah penting, ia haruslah digunakan dengan betul dan bersasar, seiring dengan usaha gigih dan konsisten dalam pemerkasaan kesarjanaan, pengajaran, dan inovasi demi mencapai kecemerlangan akademik sejati, bukannya sebagai matlamat akhir yang mengorbankan nilai dan standard akademik.

Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman ialah Naib Canselor, Universiti Malaya & Felo, Akademi Sains Malaysia
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
#ranking universiti
#Noor Azuan Abu Osman
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#universiti malaya
#QS World University Rankings