MALAYSIA
[KOLUMNIS] Mengemudi gelombang AI dalam pasaran tenaga kerja
AI generatif seperti ChatGPT dan Google Gemini telah mengubah cara kerja dalam pelbagai sektor, dengan risiko tinggi terhadap pekerjaan profesional kelas pertengahan seperti akauntan, penulis teknikal dan pengatur cara. -Gambar hiasan/Reuters
GOLDMAN Sachs, salah satu institusi kewangan terbesar dan paling berpengaruh di dunia, melaporkan bahawa kecerdasan buatan (AI) berpotensi menggantikan kira-kira 300 juta pekerjaan sepenuh masa di peringkat global.
Ringkasan AI
Syarikat yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) itu menjelaskan bahawa AI bukan sahaja mampu mengambil alih hampir seperempat daripada tugas manusia, tetapi juga berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan produktiviti secara signifikan.
Perkara ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh dua universiti terkemuka dunia, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Boston University, yang meramalkan sekiranya kadar automasi penggunaan robot dan sistem Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor pembuatan berterusan pada tahap semasa, sekitar dua juta pekerja dalam sektor pembuatan di AS akan berisiko kehilangan pekerjaan menjelang tahun 2025.
Dalam bahasa mudah, kemunculan kecerdasan buatan generatif seperti ChatGPT dan Google Gemini, yang dulunya dianggap sesuatu yang baharu dan sukar difahami, telah menjadi sebahagian daripada keperluan dunia pekerjaan pada masa kini.
Dengan AI, kod pengaturcaraan berjaya dihasilkan. Laporan kewangan yang panjang dan dahulunya memerlukan berpuluh-puluh jam tenaga kerja manusia untuk disiapkan dapat dijana dan diringkaskan dengan cepat, padat, dan tepat.
Bagi kerja khidmat pelanggan dan pentadbiran pula, chatbot dan pembantu maya berasaskan AI, telah berjaya mengendalikan pertanyaan pelanggan yang kompleks serta pengurusan jadual kerja dengan ketepatan yang hampir menyamai kecekapan manusia.
Walaupun bermanfaat dari segi akses maklumat dan produktiviti, kehadiran AI juga mula mengubah struktur pekerjaan dan cara tugasan dilaksanakan dalam pelbagai sektor.
Antara jenis pekerjaan yang berisiko digantikan oleh AI ialah golongan pekerja berpengetahuan (knowledge workers), seperti akauntan, juruaudit, pembantu undang-undang, penulis teknikal, dan pengatur cara komputer.
Fenomena ini menunjukkan perubahan besar dalam dunia kerja hari ini. Ia bukan sekadar mengurangkan pergantungan kepada manusia seperti sebelumnya, tetapi tentang bagaimana teknologi mula membentuk cara sesebuah institusi beroperasi.
Ia mampu meniru keupayaan kognitif manusia seperti menulis kod, menyediakan dokumen undang-undang, menganalisis data kompleks, dan berinteraksi dengan pelanggan secara semula jadi.
Kita kini tidak lagi sekadar berada di ambang revolusi teknologi, sebaliknya menyaksikan satu perubahan besar dan mendalam yang belum pernah berlaku dalam sejarah pasaran kerja moden.
Dari sudut negatifnya, kecerdasan buatan generatif berisiko memperluas jurang ketidaksamaan global serta mencetuskan tekanan sosial dan ekonomi yang sukar diramalkan.
Hasilnya, pekerja profesional kelas pertengahan akan menjadi golongan paling terdedah kepada gelombang automasi baharu yang semakin sukar dielakkan.
Ia turut memberi isyarat bahawa kesan automasi dan kecerdasan buatan tidak hanya terhad kepada negara maju seperti AS, tetapi akan memberi kesan yang ketara kepada pasaran kerja di negara membangun.
Negara kita pasti akan turut berdepan cabaran yang sama sekiranya transformasi digital dan penggunaan teknologi automasi tidak diiringi dengan usaha peningkatan kemahiran tenaga kerja (reskilling dan upskilling) yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan ekonomi baharu berasaskan teknologi tinggi.
Pekerja yang bersedia menghadapi masa depan ialah mereka yang mampu menguasai kemahiran insani yang tidak dapat digantikan oleh mesin.
Antara kemahiran utama ialah pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi, serta kemahiran kolaborasi dan komunikasi.
Keupayaan ini bukan sahaja penting dalam membina kerja berpasukan, tetapi juga menjadi asas kepada kepimpinan yang berkesan.
Akhirnya, dalam era di mana AI semakin berperanan besar, dasar kerajaan yang menyokong inovasi sambil melindungi kesejahteraan pekerja harus digubal bagi memastikan transformasi digital ini membawa manfaat yang seimbang di antara kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.
Kerajaan perlu memastikan bahawa pembangunan teknologi tidak hanya menguntungkan sektor korporat, tetapi juga memperkukuh peluang pekerjaan dan melindungi hak serta keselamatan pekerja yang berisiko terkesan oleh automasi.
Langkah seperti memperkenalkan rangka kerja etika nasional untuk penggunaan AI, memberi insentif kepada syarikat yang mengamalkan teknologi secara bertanggungjawab, serta memperluas akses kepada perlindungan sosial dapat membantu mengurangkan ketidakseimbangan yang mungkin timbul antara manusia dan pelaksanaan AI dalam sistem pekerjaan sesebuah organisasi.
Dalam konteks ini, peranan sistem pendidikan dan dasar kerajaan menjadi semakin penting. Pendidikan perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi agar generasi baharu tidak sekadar menjadi pengguna, tetapi juga pencipta dan pengurus teknologi.
Akhirnya, AI adalah alat yang berpotensi besar meningkatkan produktiviti global dan pertumbuhan ekonomi. Namun, bagi setiap revolusi, pastinya akan membawa risiko.
Segalanya bergantung kepada sama ada kita, sebagai masyarakat global, mampu memanfaatkan kekuatan teknologi ini secara bertanggungjawab, melabur dalam potensi manusia, serta melaksanakan dasar yang adil dan inklusif.
Hanya melalui langkah sedemikian, manfaat era kecerdasan buatan (AI) dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat, dan bukan sekadar menguntungkan pihak tertentu sahaja.
Ringkasan AI
- Laporan Goldman Sachs dan kajian MIT serta Boston University menunjukkan AI berpotensi menggantikan sehingga 300 juta pekerjaan global, termasuk dua juta dalam sektor pembuatan di AS menjelang 2025.
- AI generatif seperti ChatGPT dan Google Gemini telah mengubah cara kerja dalam pelbagai sektor, dengan risiko tinggi terhadap pekerjaan profesional kelas pertengahan seperti akauntan, penulis teknikal dan pengatur cara.
- Untuk menghadapi gelombang automasi, negara perlu melabur dalam pendidikan, reskilling dan dasar perlindungan sosial agar transformasi digital membawa manfaat seimbang antara kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.
Syarikat yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) itu menjelaskan bahawa AI bukan sahaja mampu mengambil alih hampir seperempat daripada tugas manusia, tetapi juga berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan produktiviti secara signifikan.
Perkara ini turut disokong oleh kajian yang dijalankan oleh dua universiti terkemuka dunia, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Boston University, yang meramalkan sekiranya kadar automasi penggunaan robot dan sistem Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor pembuatan berterusan pada tahap semasa, sekitar dua juta pekerja dalam sektor pembuatan di AS akan berisiko kehilangan pekerjaan menjelang tahun 2025.
Dalam bahasa mudah, kemunculan kecerdasan buatan generatif seperti ChatGPT dan Google Gemini, yang dulunya dianggap sesuatu yang baharu dan sukar difahami, telah menjadi sebahagian daripada keperluan dunia pekerjaan pada masa kini.

Dengan AI, kod pengaturcaraan berjaya dihasilkan. Laporan kewangan yang panjang dan dahulunya memerlukan berpuluh-puluh jam tenaga kerja manusia untuk disiapkan dapat dijana dan diringkaskan dengan cepat, padat, dan tepat.
Bagi kerja khidmat pelanggan dan pentadbiran pula, chatbot dan pembantu maya berasaskan AI, telah berjaya mengendalikan pertanyaan pelanggan yang kompleks serta pengurusan jadual kerja dengan ketepatan yang hampir menyamai kecekapan manusia.
Walaupun bermanfaat dari segi akses maklumat dan produktiviti, kehadiran AI juga mula mengubah struktur pekerjaan dan cara tugasan dilaksanakan dalam pelbagai sektor.
Antara jenis pekerjaan yang berisiko digantikan oleh AI ialah golongan pekerja berpengetahuan (knowledge workers), seperti akauntan, juruaudit, pembantu undang-undang, penulis teknikal, dan pengatur cara komputer.
Fenomena ini menunjukkan perubahan besar dalam dunia kerja hari ini. Ia bukan sekadar mengurangkan pergantungan kepada manusia seperti sebelumnya, tetapi tentang bagaimana teknologi mula membentuk cara sesebuah institusi beroperasi.
Ia mampu meniru keupayaan kognitif manusia seperti menulis kod, menyediakan dokumen undang-undang, menganalisis data kompleks, dan berinteraksi dengan pelanggan secara semula jadi.
Kita kini tidak lagi sekadar berada di ambang revolusi teknologi, sebaliknya menyaksikan satu perubahan besar dan mendalam yang belum pernah berlaku dalam sejarah pasaran kerja moden.
Dari sudut negatifnya, kecerdasan buatan generatif berisiko memperluas jurang ketidaksamaan global serta mencetuskan tekanan sosial dan ekonomi yang sukar diramalkan.
Hasilnya, pekerja profesional kelas pertengahan akan menjadi golongan paling terdedah kepada gelombang automasi baharu yang semakin sukar dielakkan.
Ia turut memberi isyarat bahawa kesan automasi dan kecerdasan buatan tidak hanya terhad kepada negara maju seperti AS, tetapi akan memberi kesan yang ketara kepada pasaran kerja di negara membangun.

Negara kita pasti akan turut berdepan cabaran yang sama sekiranya transformasi digital dan penggunaan teknologi automasi tidak diiringi dengan usaha peningkatan kemahiran tenaga kerja (reskilling dan upskilling) yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan ekonomi baharu berasaskan teknologi tinggi.
Pekerja yang bersedia menghadapi masa depan ialah mereka yang mampu menguasai kemahiran insani yang tidak dapat digantikan oleh mesin.
Antara kemahiran utama ialah pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi, serta kemahiran kolaborasi dan komunikasi.
Keupayaan ini bukan sahaja penting dalam membina kerja berpasukan, tetapi juga menjadi asas kepada kepimpinan yang berkesan.
Akhirnya, dalam era di mana AI semakin berperanan besar, dasar kerajaan yang menyokong inovasi sambil melindungi kesejahteraan pekerja harus digubal bagi memastikan transformasi digital ini membawa manfaat yang seimbang di antara kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.
Kerajaan perlu memastikan bahawa pembangunan teknologi tidak hanya menguntungkan sektor korporat, tetapi juga memperkukuh peluang pekerjaan dan melindungi hak serta keselamatan pekerja yang berisiko terkesan oleh automasi.
Langkah seperti memperkenalkan rangka kerja etika nasional untuk penggunaan AI, memberi insentif kepada syarikat yang mengamalkan teknologi secara bertanggungjawab, serta memperluas akses kepada perlindungan sosial dapat membantu mengurangkan ketidakseimbangan yang mungkin timbul antara manusia dan pelaksanaan AI dalam sistem pekerjaan sesebuah organisasi.
Dalam konteks ini, peranan sistem pendidikan dan dasar kerajaan menjadi semakin penting. Pendidikan perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi agar generasi baharu tidak sekadar menjadi pengguna, tetapi juga pencipta dan pengurus teknologi.
Akhirnya, AI adalah alat yang berpotensi besar meningkatkan produktiviti global dan pertumbuhan ekonomi. Namun, bagi setiap revolusi, pastinya akan membawa risiko.
Segalanya bergantung kepada sama ada kita, sebagai masyarakat global, mampu memanfaatkan kekuatan teknologi ini secara bertanggungjawab, melabur dalam potensi manusia, serta melaksanakan dasar yang adil dan inklusif.
Hanya melalui langkah sedemikian, manfaat era kecerdasan buatan (AI) dapat dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat, dan bukan sekadar menguntungkan pihak tertentu sahaja.
Abdul Mutalib Embong dan Muhamad Khairul Zakaria ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pendidikan Asas & Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan bidangnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#kecerdasan buatan
#ubah cara kerja
#pelbagai sektor pekerjaan
#pekerjaan profesional kelas pertengahan