MALAYSIA
[KOLUMNIS] Pagar segera kawasan lubang kumbahan di sekolah
Tragedi murid maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan dedah kelemahan sistem keselamatan sekolah yang berulang. -Gambar fail/Sinar Harian
SAYA melahirkan rasa sedih dan simpati ke atas keluarga murid Tahun 3 sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan beberapa hari yang lalu.
Ringkasan AI
Hakikatnya, ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Rekod menunjukkan tragedi seumpamanya sudah berlaku beberapa kali sebelum ini :
Episod Menuding Jari
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah membangkitkan 1001 persoalan dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan ibu bapa yang setiap hari memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga keselamatan anak mereka.
Ironinya, setiap kali tragedi berlaku, polemik demi polemik pihak yang terlibat dalam 'pertandingan' menuding jari mencari siapa yang bersalah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), JPN menyalahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), PPD menyalahkan pihak sekolah, sekolah menyalahkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PIBG pula menyalahkan semua pihak dari kementerian hingga ke guru-guru terlibat.
Begitulah episod itu berlangsung pada kebiasaannya sehingga semua pihak kembali ke titik asal tanpa sebarang penyelesaian tuntas.
Akhirnya, mangsa atau murid akan menjadi 'kambing hitam' dalam segala isu yang membabitkan keselamatan mereka di sekolah.
Sedangkan mereka adalah kelompok yang menjadi 'mangsa keadaan', ekoran kelemahan serta keculasan pihak berkaitan dalam pelaksanaan dasar dan sistem sedia ada sama ada dalam lingkungan KPM atau kementerian lain yang berkepentingan.
Maka Dasar Sekolah Selamat yang diimpikan oleh KPM hanya setakat indah di atas kertas semata-mata.
Begitu juga program 'OSH in School' yang sepatutnya menjadi dukungan dalam 'OSH Master Plan 2015' oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang seharusnya dipacu oleh pihak Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dalam melahirkan generasi berbudaya selamat.
Realitinya, program ini boleh dikategorikan sebagai program yang tidak lebih daripada sekadar kosmetik yang gagal mencapai objektif utamanya.
Bom Jangka di Sekolah
Sejujurnya, kawasan sekolah sebenarnya menyimpan banyak ‘bom jangka keselamatan’ yang boleh meletup pada bila-bila masa.
Kejadian murid maut ditimpa tiang gol, jatuh bangunan, lemas, malahan pelbagai lagi kes-kes kecederaan melibatkan murid dalam premis sekolah setia menemani dada-dada akhbar.
Semuanya ini memberi isyarat jelas bahawa kelemahan sistemik masih berleluasa. Malangnya, nasi sudah pun menjadi bubur dan nyawa anak-anak kita ini tidak mungkin dapat diganti semula.
Persoalannya, sejauh mana kita benar-benar mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku?
Saranan Tindakan Segera
Sebagai perunding keselamatan dan kesihatan, saya mencadangkan agar KPM mengambil beberapa tindakan segera seperti berikut :
Cadangan Jangka Panjang
Pada masa yang sama saya turut menyeru kepada semua golongan sasar yang berkaitan untuk :
Kesimpulan
Seharusnya, sekolah menjadi tempat paling selamat buat anak-anak kita selepas rumah sendiri. Namun, tragedi demi tragedi menunjukkan sebaliknya. Jika pihak berkaitan terus leka, tidak mustahil lebih banyak nyawa akan melayang hanya kerana kecuaian dan kegagalan sistemik yang sudah lama wujud.
Moga tragedi ini menjadi iktibar terakhir, bukan sekadar satu lagi catatan duka di dada akhbar.
Bersama kita menjadikan sekolah adalah tempat yang lebih selamat untuk anak-anak kita.
Ringkasan AI
- Tragedi murid maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan dedah kelemahan sistem keselamatan sekolah yang berulang.
- Penulis cadang tindakan segera seperti pagar kawasan berisiko, penutup piawai dan pelantikan penyelaras keselamatan di sekolah.
- Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, PIBG dan JKKP diseru berganding bahu jadikan sekolah tempat paling selamat selepas rumah.
Hakikatnya, ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Rekod menunjukkan tragedi seumpamanya sudah berlaku beberapa kali sebelum ini :
-
20 Jan 2015 — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung sedalam 2.4m di SJKC Pei Min Sri Jaya, Kuantan, Pahang.
- 1 Feb 2016 — Seorang murid perempuan berumur 7 tahun selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan sedalam 3.7m di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, Melaka.
Episod Menuding Jari
Tragedi ini bukan sahaja menyayat hati, malah membangkitkan 1001 persoalan dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan ibu bapa yang setiap hari memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga keselamatan anak mereka.
Ironinya, setiap kali tragedi berlaku, polemik demi polemik pihak yang terlibat dalam 'pertandingan' menuding jari mencari siapa yang bersalah.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyalahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), JPN menyalahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), PPD menyalahkan pihak sekolah, sekolah menyalahkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PIBG pula menyalahkan semua pihak dari kementerian hingga ke guru-guru terlibat.
Begitulah episod itu berlangsung pada kebiasaannya sehingga semua pihak kembali ke titik asal tanpa sebarang penyelesaian tuntas.
Akhirnya, mangsa atau murid akan menjadi 'kambing hitam' dalam segala isu yang membabitkan keselamatan mereka di sekolah.
Sedangkan mereka adalah kelompok yang menjadi 'mangsa keadaan', ekoran kelemahan serta keculasan pihak berkaitan dalam pelaksanaan dasar dan sistem sedia ada sama ada dalam lingkungan KPM atau kementerian lain yang berkepentingan.
Maka Dasar Sekolah Selamat yang diimpikan oleh KPM hanya setakat indah di atas kertas semata-mata.
Begitu juga program 'OSH in School' yang sepatutnya menjadi dukungan dalam 'OSH Master Plan 2015' oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang seharusnya dipacu oleh pihak Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dalam melahirkan generasi berbudaya selamat.
Realitinya, program ini boleh dikategorikan sebagai program yang tidak lebih daripada sekadar kosmetik yang gagal mencapai objektif utamanya.
Bom Jangka di Sekolah
Sejujurnya, kawasan sekolah sebenarnya menyimpan banyak ‘bom jangka keselamatan’ yang boleh meletup pada bila-bila masa.
Kejadian murid maut ditimpa tiang gol, jatuh bangunan, lemas, malahan pelbagai lagi kes-kes kecederaan melibatkan murid dalam premis sekolah setia menemani dada-dada akhbar.
Semuanya ini memberi isyarat jelas bahawa kelemahan sistemik masih berleluasa. Malangnya, nasi sudah pun menjadi bubur dan nyawa anak-anak kita ini tidak mungkin dapat diganti semula.
Persoalannya, sejauh mana kita benar-benar mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku?
Saranan Tindakan Segera
Sebagai perunding keselamatan dan kesihatan, saya mencadangkan agar KPM mengambil beberapa tindakan segera seperti berikut :
-
Pagar atau tutup kawasan lubang kumbahan – Semua lubang kumbahan di institusi pendidikan, khususnya tadika dan sekolah rendah, perlu dipagar atau ditutup bagi menghalang murid daripada menghampiri kawasan berisiko.
-
Penutup yang sempurna dan selamat – Pastikan semua penutup lubang kumbahan ditutup dengan sempurna dan tidak mudah dialihkan.
- Gunakan bahan mengikut piawaian – Penutup mestilah diperbuat dari bahan yang mampu menampung beban selain mengikut kelas yang telah ditetapkan berdasarkan standard BS EN 124, SPAN TS 3003 (Design & Test), Malaysian Sewerage Industry Guidelines (MSIG) & Spesifikasi Kerja JKR (JKR Standard Specifications for Building Works 2020).
Cadangan Jangka Panjang
Pada masa yang sama saya turut menyeru kepada semua golongan sasar yang berkaitan untuk :
-
Ibu bapa - Luangkanlah masa sejenak untuk meninjau keadaan keselamatan sekolah anak-anak. Jika ada keadaan yang tidak selamat, salurkan maklumat tersebut ke pentadbiran sekolah dan PPD supaya ia boleh dipanjangkan ke pihak KPM.
-
PIBG - Usahakan program yang dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan anak-anak di sekolah. Yuran PIBG yang dibayar oleh setiap murid harus disalurkan untuk program-program sedemikian, bukan hanya menganjurkan aktiviti bermotif politik atau sekadar kosmetik.
-
Guru dan pentadbir sekolah - Prihatinlah pada keadaan sekeliling tempat kerja anda, terutamanya bagi mereka yang bertugas di tadika, pra sekolah dan sekolah rendah. Kerana 'klien' anda terdiri daripada anak-anak yang masih memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar anda. Mereka tidak mampu menilai bahaya yang mereka bakal hadapi. Makanya, guru harus memainkan peranan yang proaktif. Jangan hanya menyalahkan anak-anak yang tidak reti duduk diam, berlari dan melompat tanpa arah kerana itu memang sifat & sikap mereka pada tahap umur sedemikian.
-
JKKP – Keluarkan arahan kepada pihak KPM agar segera melantik seorang Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi menjalankan fungsi dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di semua institusi pendidikan selaras denga Seksyen 29A (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
- Penggiat KKP – mari bersama menggembeling tenaga dan ilmu yang kita miliki dengan lebih giat lagi untuk memberikan pendidikan berkaitan KKP kepada pihak sekolah & orang awam agar golongan sasar ini lebih peka & berinformasi dalam isu berkaitan.
Kesimpulan
Seharusnya, sekolah menjadi tempat paling selamat buat anak-anak kita selepas rumah sendiri. Namun, tragedi demi tragedi menunjukkan sebaliknya. Jika pihak berkaitan terus leka, tidak mustahil lebih banyak nyawa akan melayang hanya kerana kecuaian dan kegagalan sistemik yang sudah lama wujud.
Moga tragedi ini menjadi iktibar terakhir, bukan sekadar satu lagi catatan duka di dada akhbar.
Bersama kita menjadikan sekolah adalah tempat yang lebih selamat untuk anak-anak kita.
Mohd Soffian Osman ialah Perunding Keselamatan & Kesihatan, Safety Management Academy.
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.

#Kementerian Pendidikan
#jatuh dalam lubang kumbahan
#kelemahan sistem keselamatan sekolah
#murid maut