MALAYSIA
[KOLUMNIS] Pembangunan Insan MADANI satu realiti atau sekadar aspirasi?
Karnival Seminar Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-SEMANIS) Peringkat Antarabangsa dianjurkan pada 6 dan 7 Ogos 2025.
ASPIRASI pembangunan insan MADANI mula berkumandang sejak tahun 2023 apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 atau lebih senang dengan gelaran PMX. Lebih spesifik pada November 2022.
Kini sudah hampir tiga tahun setengah kerajaan Pakatan Harapan memimpin negara. Nak kata cabarannya bukan calang-calang namun Pakatan Harapan tidak putus asa untuk terus memastikan aspirasi pembangunan insan MADANI menjadi satu realiti.
Apa itu pembangunan insan MADANI? Secara amnya ia diperkenalkan Anwar, satu kerangka atau pelan perinci pentadbiran yang berpaksikan kepada pembangunan insan sebagai teras utama negara. Tumpuan diberikan kepada enam nilai utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Maka dengan itu perkataan MADANI sudah menjadi nama jenama atau ‘brand name’ untuk program yang dianjurkan oleh kerajaan, swasta mahupun di sekolah sehinggalah ke tabika.
Apa tidaknya, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya, jika aspirasi pembangunan insan MADANI mula diguna pakai bagi kanak-kanak sehinggalah kepada golongan dewasa maka lama-lama ia akan menjadi satu kebiasaan. Memang perkataan ‘MADANI’ dah jadi perkataan yang jatuh di bawah kategori kegunaan kebiasaan dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.
Terkini saya dijemput menjadi juri untuk salah satu program di bawah Karnival Seminar Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-SEMANIS) Peringkat Antarabangsa yang dianjurkan pada 6 dan 7 Ogos 2025 di hotel Wyndham Acmar Klang. Karnival dihadiri lebih 3,000 pelajar dan guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh Selangor dan negara. Karnival dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Klang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Dengan penyertaan lebih daripada 450 reruai inovasi, 180 pembentangan kajian tindakan, serta 220 sesi perkongsian,amalan terbaik, kita dapat menyaksikan sendiri betapa besar dan bernilainya potensi yang wujud dalam sistem pendidikan kita.
Lebih membanggakan lagi, sebahagian besar inovasi yang diketengahkan dalam karnival ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Tugas yang diamanahkan kepada saya ialah menjadi panel juri kepada program inovasi kercerdasan buatan AI yang bersandarkan Bandaraya Diraja Klang. Saya pun mestilah teruja nak mengambil bahagian sebab dilahirkan sebagai orang Klang, kadang-kadang ini sahaja sumbangan saya kepada tempat asal usul... sebab di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Karnival dua hari yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abdul Hamid Hussain seolah-olah satu pesta meriah dengan penyertaan sekolah-sekolah di Klang khususnya. Yang mengejutkan saya ialah, produk-produk yang ditampilkan murid dan pelajar sekolah rendah mahupun menengah sangat mengagumkan.
Masa saya di sekolah dulu memang tidaklah karnival-karnival seperti ini dianjurkan. Pendidikan ketika itu lebih berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas kemudian peperiksaan. K-SEMANIS 25 bertujuan untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi STEM iaitu sains,teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan warga pendidik selain memperkukuh pelaksanaan Pendidikan LatihanTeknikal dan Vokasional (TVET) serta penerapan AI dalam bidang pendidikan seiring dengan aspirasi insan MADANI.
Antara inovasi yang ditampilkan pelajar ialah di K-SEMANIS 25 ialah ubat gigi berasaskan arang batu, penghasilan lilin menggunakan buah pelaga dan daun neem serta bekas menggunakan najis lembu yang dikeringkan untuk kegunaan ternakan. Semua produk inovasi yang dihasilkan dipamerkan di reruai khas untuk setiap sekolah yang mengambil bahagian.
Dari segi kecerdasan buatan (AI) pula, guru-guru diberi peluang untuk menghasilkan video AI bertemakan Klang Bandaraya Lestari dan AI. Hadiah yang ditawarkan ialah RM1,000 bagi tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM500 tempat ketiga.
Abdul Hamid yang sempat melawat tapak-tapak pameran dan mendengar sendiri kaedah penghasilan produk-produk inovasi yang ditampilkan oleh murid dan pelajar sekolah memberi jaminan produk yang sesuai untuk konsep pembangunan mampan Bandaraya Diraja Klang akan diadaptasi di peringkat majlis bandar raya.
Beliau berkata: “Seandainya projek tersebut mempunyai keupayaan tinggi dan sesuai untuk digunakan di MBDK kita akan melihat secara seterusnya bagaimana untuk mengadaptasi inovasi-inovasi yang dihasilkan tersebut. Jika tidak kita adaptasi maka inovasi yang dihasilkan oleh pelajar itu akan menjadi sia-sia dan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang mana ia bersesuaian untuk memberi kebaikan kepada negeri, negara dan masyarakat, kita akan terima pakai”.
Elok juga ada jaminan sebegini daripada kita sentiasa memberi tumpuan kepada produk inovasi yang dihasilkan di rantau ASEAN mahupun Eropah, yang sangat diagung-agungkan. Yang pasti kebolehan dan kredibiliti peserta-peserta dari sekolah-sekolah semestinya boleh dianggap ‘A Class’ cuma persepsi hasilan inovasi tempatan yang dipandang serong dan sentiasa disoal-siasat perlu disingkir jika kita mahukan aspirasi insan MADANI menjadi realiti. Kalau tidak ia hanya akan tinggal sebagai satu idea semata-mata.
Karnival SEMANIS 25 bertemakan Memacu Reformasi Pendidikan MADANI ini, nyata memberi peluang terbaik ke arah aspirasi pembangunan insan MADANI. Namun ia tidak harus terhenti setakat sebuah karnival atau pameran tahunan semata-mata sebaliknya perlu diangkat ke tahap pengiktirafan yang lebih tinggi. Mungkin Kementerian Pendidikan juga wajar meningkatkan peruntukan kepada aktiviti pembangunan insan MADANI di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sekurang-kurangnya pendekatan ini akan mengurangkan bebanan guru untuk mencari penaja atau membiayai sendiri projek inovasi dihasilkan pelajar.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pendidikan iaitu RM64.1 bilion. Ini bukan sahaja bagi pembangunan infrastruktur sekolah malah inisiatif holistik merangkumi pembangunan moral dan nilai sejajar dengan pembangunan fizikal.
Beliau juga pernah menekankan kepentingan insan MADANI pada Mac 2024 di Bicara Eksekutif Malaysia MADANI. Katanya: “Kita tidak mahu hanya membina bangunan pencakar langit, tetapi juga membina insan yang tinggi nilai akhlaknya, ilmunya, dan semangat cintakan negara. Pendidikan adalah asas kepada pembentukan insan MADANI," katanya pada Bicara Eksekutif Malaysia MADANI: Bina Kota Bina Insan, Mac 2024.
Kesimpulannya, aspirasi ke arah pembangunan insan MADANI bukanlah satu proses, sebaliknya ia adalah satu budaya. Sama ada ia menjadi realiti atau hanya kekal sebagai aspirasi sahaja bergantung kepada kesatuan hati semua pihak...yang dimaksudkan ialah kerajaan, swasta, warga pendidik, pelajar, ibu bapa dan masyarakat secara amnya. Tenaga harus digembleng bersama untuk aspirasi insan MADANI menjadi realiti. Persoalannya adakah semua pihak yang disebut di atas berada pada landasan yang sama atau hanya sekadar ikut serta.
Sama-sama kita fikirkan.
*Charles Mohan merupakan bekas wartawan penyiaran dengan pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang kewartawanan.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.