MALAYSIA
[KOLUMNIS] Penjawat awam nadi realisasikan RMK13
Para penjawat awam perlu memastikan bahawa kerja mereka menyumbang, walaupun sedikit, kepada pertambahan barangan dan perkhidmatan baharu dalam ekonomi, melebihi kos menampung perkhidmatan mereka. - Gambar fail Bernama
RANCANGAN lima tahun Malaysia yang ke-13 atau RMK13, bagi tempoh 2025 hingga 2030, merupakan satu dokumen kritikal bagi Malaysia dalam tekadnya untuk mencapai status negara maju dengan pendapatan per kapita kira-kira AS$15,000.
Sasaran itu telah lama ditetapkan apabila negara memperkenalkan Wawasan 2020.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan pelan baharu pada 31 Julai lalu telah memberi penekanan ke atas agenda pembaharuan perkhidmatan awam sebagai elemen utama dalam mencapai sasaran makroekonomi dan pembangunan negara.
Usaha-usaha ini tentunya tidak bermula dari ‘titik sifar’ kerana Malaysia telah melalui pengalaman berdekad-dekad dalam pembangunan ekonomi dan sosial, serta memiliki institusi yang terbukti berkesan, dengan banyak daripadanya masih berfungsi hingga kini.
Penciptaan nilai nampaknya menjadi sasaran RMK13, dan ini perlu difahami oleh penjawat awam di semua peringkat dan dalam setiap dimensi sektor awam.
Sudah tentu, institusi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan sayap latihannya INTAN perlu meneliti frasa penciptaan nilai dan pengertiannya bagi setiap jabatan dan kakitangan.
Ia merupakan jumlah keseluruhan nilai tambah yang menyumbang kepada peningkatan stok barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam suku tahun atau tahun sebelumnya. Inilah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi dalam istilah yang mudah.
Dalam istilah yang sama mudahnya, para penjawat awam perlu memastikan bahawa kerja mereka menyumbang, walaupun sedikit, kepada pertambahan barangan dan perkhidmatan baharu dalam ekonomi, melebihi kos menampung perkhidmatan mereka, iaitu gaji dan elaun.
Dalam memperkasakan perkara-perkara ini berhubung dengan kerja seharian mereka, kakitangan kerajaan mesti berfikir mengenai aspek kecekapan, keberkesanan dan impak atau hasil keputusan dan aktiviti mereka.
Melakukan perkara yang kurang cekap, kurang berkesan dan kurang impak bermakna membawa sumbangan negatif atau minimum kepada jumlah keluaran barangan dan perkhidmatan ekonomi sektor awam.
Mungkin kakitangan awam perlu meneliti semula asas mereka dari segi dasar dan perancangan projek dan sistem belanjawan mereka.
Berhubung dengan sistem belanjawan mereka, penekanan terhadap input, output dan hasil mesti kekal menjadi perhatian utama, dan impak atau fokus hasil mestilah maksimum yang mungkin agar nisbah manfaat kos atau pulangan pelaburan (ROI) adalah yang tertinggi.
Melakukan cara yang sama setiap tahun tidak akan membawa kita jauh. Di sinilah pentingnya inovasi dan kreativiti dan budaya inovatif mesti dihayati dan diselami oleh semua orang serta digalakkan dalam semua organisasi.
Dalam hal ini INTAN, institusi latihan terulung perkhidmatan awam, khususnya, perlu banyak mempertimbangkan dua terma asas iaitu 'penciptaan nilai' dan apa yang dimaksudkan olehnya bagi setiap penjawat awam di semua peringkat.
Fokus kedua dalam penambahan nilai atau penciptaan nilai ialah penggubalan dasar dan perancangan projek serta pelaksanaan.
Kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit setiap tahun untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi bagi meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Perbelanjaan awam mempunyai kesan berganda dan impak limpahan ke atas ekonomi, terutamanya di bahagian-bahagian setiap dana dibelanja atau ditempatkan.
Oleh itu, aspek berkenaan mesti dianggarkan dan dimaksimumkan supaya dapat memberi manfaat yang paling besar kepada masyarakat.
Malaysia tidak miskin dalam pengumpulan datanya, pastinya tidak dalam kualitinya. Data kini tersedia di peringkat daerah yang boleh digunakan dalam perancangan projek dan unjuran faedah yang bakal diperoleh.
Terima kasih kepada Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin kerana telah melakukan banyak penambahbaikan kepada jabatan dari segi kekuatan yang disaksikan sekarang dalam menyediakan data di peringkat daerah yang baik untuk dasar dan perancangan projek peringkat tempatan.
Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mempunyai statistik input-output yang baik sejak awal 1970-an, memberikan pemahaman yang baik tentang ekonomi antara industri, seperti pengganda dan kaitan industri (hubungan ke hadapan dan ke belakang), kini, untuk 124 subsektor.
Tiada alasan untuk projek-projek dirancang dengan lemah hanya atas alasan kekurangan data.
Perancang projek harus melakukan banyak kerja rumah untuk menggunakan data yang ada bagi menilai input, output dan impak projek sekali gus memastikan perbelanjaan awam menyumbang dengan ketara kepada `penciptaan nilai' sebagaimana diharapkan oleh Perdana Menteri.
Sayangnya, perancangan pembangunan dan penggubalan projek yang merupakan subjek dinamik kini kurang dititikberatkan dalam latihan kemahiran. Ini tidak sihat.
Dalam musim kekangan fiskal dan banyak pemerhatian mengenai kelewatan dan kegagalan projek menjadi fokus, keperluan untuk latihan sedemikian adalah lebih daripada yang diperlukan.
Mesejnya jelas
Kita perlu memperkukuh perancangan pembangunan dan kepakaran penggubalan projek, dalam kalangan penjawat awam kita, termasuk yang lebih kanan, untuk memastikan bahawa mereka boleh membimbing pelaksanaan projek RMK13 ke arah keputusan yang membuahkan hasil.
* Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob ialah Profesor Adjung di Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini