NATIONAL
[KOLUMNIS] Persaingan AS-China, apa impaknya kepada Malaysia?
Persaingan China dan AS kini berkembang menjadi perebutan kuasa global yang melibatkan hampir semua aspek kehidupan moden. - Gambar/ Adobe Stock
PERSAINGAN antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukan sekadar perbezaan dasar atau ideologi. Ia kini berkembang menjadi perebutan kuasa global yang melibatkan hampir semua aspek kehidupan moden daripada geopolitik, teknologi, ekonomi hingga ke budaya. Dan Malaysia, sebagai negara kecil yang strategik di Asia Tenggara, tak boleh lagi sekadar berdiri di tepi memerhati.
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2025 nanti, kita tak lagi boleh bersikap “tunggu dan lihat”. Kita perlu bersedia membaca arus besar ini dan belajar 'berenang' dalam gelombang, bukan sekadar terapung dibawa ombak.
Dari Mesra ke Musuh Ekonomi
Hubungan AS-China satu masa dahulu pernah cukup mesra. Lawatan mengejut Presiden Nixon ke Beijing pada 1972 mengejutkan dunia. Dua musuh ideologi dalam era Perang Dingin tiba-tiba berpakat demi kepentingan bersama. AS mahu buka pintu ekonomi China, manakala China ketika itu mahu seimbangkan kuasa Soviet.
Tapi detik bulan madu tak kekal lama. China bangkit pesat selepas era Deng Xiaoping. Kini ia menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, melabur dalam teknologi, memperluas diplomasi, dan mengukuhkan ketenteraan. Washington mula rasa terancam.
Sejak 2018, perang tarif dilancarkan oleh Presiden Trump terhadap China. Isu harta intelek, mata wang, dan amalan perdagangan tidak adil menjadi alasan. Tapi ia tidak tamat di situ. Presiden Joe Biden mewarisinya dan memperluaskannya, terutama dalam bidang teknologi.
Siapa Kawal Teknologi, Dia Kuasai Masa Depan
Hari ini, medan pertempuran sebenar adalah dalam dunia digital. Persaingan cip kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor menjadi rebutan utama. Siapa yang menguasainya, akan menguasai dunia. Dari kecerdasan buatan ke sistem pertahanan dan komunikasi.
AS sekat cip-cip canggih Nvidia dan AMD daripada sampai ke China. Sebagai balasan, China tingkatkan pelaburan dalam teknologi tempatan melalui agenda "Made in China 2025".
Syarikat seperti OpenAI (AS) dan Baidu (China) berlumba menghasilkan model AI generatif, tetapi siapa yang dapat cip terbaik akan memimpin perlumbaan. Malaysia, sebagai negara pengeluar semikonduktor, mula menjadi pilihan syarikat global sebagai lokasi ‘neutral’ untuk kilang dan pusat R&D.
Tarif, Harga Barang, dan Kita
Perang tarif ini bukan cerita jauh. Awal 2025, Biden naikkan tarif 100% ke atas kenderaan elektrik China, dakwanya terlalu murah kerana disubsidi. Trump pula tambah lagi tarif sehingga mencecah 125%. China membalas, dan hasilnya? Rantaian bekalan dunia terganggu.
Kita di Malaysia mungkin belum terasa sepenuhnya, tapi kesannya makin dekat. Harga barangan teknologi seperti iPhone, laptop, dan cip komputer dijangka naik. Contohnya, iPhone terbaharu kini mencecah hampir RM7,000, jauh lebih mahal berbanding dua tahun lalu. Para pelabur pula semakin berhati-hati, terutama bila rantaian bekalan global terjejas.
Laut China Selatan: Titik Panas Kuasa Dunia di Halaman Kita
Di Laut China Selatan, hanya beberapa ratus batu dari pesisir Malaysia, China terus membina pulau buatan dan memperkukuh kehadiran tentera. AS membalas dengan latihan bersama Filipina dan Australia.
Februari 2025, kapal China halang kapal Filipina. AS hantar kapal perang. Dunia menahan nafas. Malaysia yang bergantung kepada kestabilan rantau ini, tak mampu duduk diam.
Malaysia di Persimpangan
Malaysia berdepan dilema besar. Kita bergantung kepada perdagangan dengan AS dan China. Kita mahu pelaburan dari Barat, tetapi China juga rakan ekonomi penting.
Dan dalam dunia digital yang makin kompleks dari AI ke data digital dan keselamatan siber. Dasar yang ditetapkan di Washington dan Beijing akhirnya akan sampai ke pintu rumah kita. Ia akan menentukan peluang kerja, sistem pendidikan, dan keselamatan siber kita sendiri. Jadi, bagaimana Malaysia patut bertindak?
Jadi Jambatan, Bukan Benteng
Malaysia tak perlu memilih antara dua kuasa besar. Tetapi kita mesti memilih dengan bijak. Kita perlu fleksibel dalam dasar luar, tegas dalam mempertahankan kedaulatan, dan strategik dalam memilih rakan teknologi yang membawa manfaat jangka panjang. Kita mesti memastikan suara kita dihargai, bukan tenggelam dalam kebisingan kuasa besar.
Akhirnya, ini bukan sekadar pertembungan dua negara tapi dua visi dunia: keterbukaan vs kawalan, inovasi bebas vs teknologi yang dipolitikkan. Dunia kini berada di ambang perubahan besar, dan Malaysia dengan sejarah diplomatik yang matang dan kedudukan geostrategik yang unik punya peluang untuk menjadi jambatan yang menyatukan, bukan benteng yang memisahkan.
* Nik Nuur Azam Shah merupakan wartawan Astro AWANI yang berkelulusan jurusan Geografi Universiti Malaya.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.