MALAYSIA
[KOLUMNIS] Persediaan dan cabaran transisi mahasiswa baharu ke universiti
Pelajar baharu ke IPT perlu dibantu bagi menjalani tempoh transisi kehidupan termasuk soal kewangan dan kesejahteraan. - Gambar hiasan
TAHUN pertama di universiti sering digambarkan sebagai fasa peralihan yang paling sukar dalam kehidupan seorang mahasiswa.
Kajian terkini menunjukkan realiti fasa perubahan ini semakin kompleks dengan cabaran akademik, emosi, sosial, dan budaya yang memberi tekanan besar kepada mahasiswa baharu.
Penyesuaian terhadap pembelajaran kendiri, tugasan akademik, aktiviti kokurikulum, serta pengurusan masa merupakan antara punca utama tekanan.
Sebahagian mahasiswa berdepan masalah tumpuan, ponteng kelas, dan pencapaian akademik yang lemah.
Setiap tahun, ribuan lepasan sekolah menengah, graduan matrikulasi, dan pemegang diploma di seluruh negara melangkah ke alam universiti. Satu detik penting yang melambangkan kematangan, kebebasan, dan permulaan baharu.
Namun begitu, fasa peralihan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut persediaan menyeluruh dalam pelbagai aspek, termasuk intelektual, emosi, kewangan, sosial, dan teknikal. Cabaran ini turut bertambah dalam era globalisasi dan inovasi digital masa kini.
Kajian pada tahun 2023 oleh Monash University Malaysia terhadap 1,602 mahasiswa tahun pertama mendapati 21 peratus mengalami kemurungan, 50 peratus (keresahan) dan 12 peratus (tekanan).
Ramai yang sukar menyesuaikan diri dengan ketelitian kursus universiti, malah sebahagian besar mengalami sindrom penipu (imposter syndrome) iaitu perasaan tidak layak atau tidak cukup berkemampuan, serta mengalami “kejutan” apabila berhadapan dengan kaedah pembelajaran yang jauh berbeza daripada sekolah menengah.
Tanpa persediaan akademik yang mencukupi, ramai mahasiswa mudah hilang motivasi. Dalam masa yang sama, kesejahteraan emosi dan kesihatan mental menjadi isu besar apabila mereka berdepan tekanan akademik, rindu keluarga, kejutan budaya, kesunyian, dan cabaran lain.
Sebagai contoh, pengalaman seorang mahasiswa tahun pertama di universiti awam yang pada mulanya berasa tertekan kerana berjauhan dari keluarga tetapi akhirnya berjaya mengatasinya melalui penglibatan dalam kelab universiti dan membina persahabatan baharu membuktikan betapa pentingnya jaringan sosial dalam mengekalkan kesejahteraan mental.
Cabaran kewangan turut menambah beban apabila kos yuran pengajian, penginapan, makanan dan pengangkutan semakin meningkat sehingga memaksa segelintir mahasiswa bekerja sambilan. Keadaan ini boleh menjejaskan fokus dan prestasi akademik mereka.
Sebagai langkah tindak balas, universiti kini giat melaksanakan kelas literasi kewangan, skim pembayaran fleksibel serta penyediaan tabung biasiswa untuk meringankan beban mahasiswa, di samping menyeru ibu bapa agar melatih anak-anak mengurus kewangan secara berhemah.
Selain aspek akademik dan kewangan, kehidupan sosial di universiti juga memerlukan penyesuaian yang besar kerana kampus menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai budaya, latar belakang, dan pandangan.
Hal ini menuntut keterbukaan minda, toleransi, dan kemahiran komunikasi yang baik.
Penglibatan dalam kelab, persatuan, serta aktiviti kokurikulum terbukti dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran insaniah, yang semakin penting dalam dunia pekerjaan masa kini.
Sebagaimana perutusan tahun 2025 oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menekankan peranan universiti bukan sekadar untuk memperoleh ijazah, tetapi juga sebagai platform kepimpinan.
Beliau menyatakan bahawa institusi pendidikan tinggi adalah platform untuk melahirkan inovator, penemuan baharu, dan pemimpin masa depan yang akan memastikan Malaysia kekal makmur dan berdaya saing.
Cabaran teknologi juga muncul sebagai isu utama dalam proses transisi mahasiswa Baharu ke universiti.
Seiring dengan pelaksanaan pembelajaran digital, kaedah hibrid, dan penggunaan aplikasi analisis data, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan peralihan ke arah e-pembelajaran.
Namun demikian, tidak semua mahasiswa mempunyai tahap literasi digital yang sama, sekali gus mewujudkan jurang baharu dalam kalangan mahasiswa.
Oleh itu, universiti perlu mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kursus asas teknologi dan sokongan teknikal yang mencukupi.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa proses transisi tidak wajar dipikul oleh mahasiswa semata-mata.
Sebaliknya, ia memerlukan sokongan menyeluruh daripada institusi, keluarga, dan komuniti untuk menjamin pengalaman pembelajaran yang lebih seimbang dan berkesan.
Universiti berperanan penting dalam memperkukuh mekanisme transisi melalui program orientasi, skim mentor-mentee, perkhidmatan kaunseling, serta pelbagai program sukan, rekreasi, kebudayaan, dan keusahawanan.
Pada masa yang sama, keluarga pula mesti terus memberikan dorongan moral dan sokongan emosi.
Komuniti juga boleh menyumbang melalui program kebajikan, aktiviti sukarelawan, dan jaringan alumni yang menghubungkan mahasiswa dengan dunia luar.
Dari perspektif global, pendekatan terhadap transisi mahasiswa berbeza mengikut negara. Di Amerika Syarikat dan Kanada, penekanan diberikan kepada minggu orientasi dan perkhidmatan kampus.
Di United Kingdom, pembelajaran kendiri ditekankan sejak awal pengajian.
Universiti di rantau Asia Pasifik pula berdepan dengan standard akademik yang tinggi serta cabaran pengantarabangsaan, manakala universiti di Eropah menawarkan kadar yuran yang lebih rendah bagi meringankan beban kewangan, namun isu penyesuaian budaya tetap menjadi cabaran utama.
Walau apa pun perbezaannya, cabaran asas mahasiswa tahun pertama adalah bersifat sejagat seperti kesihatan mental, tekanan kewangan, dan kejutan budaya yang memerlukan perhatian serius.
Oleh itu, transisi ke universiti tidak seharusnya dilihat hanya sebagai proses bertahan, tetapi sebagai satu perjalanan transformasi yang membentuk daya tahan, kebebasan, dan perspektif hidup yang lebih luas.
Proses ini membantu mahasiswa menjadi individu matang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Dalam konteks di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) giat menyusun pelbagai inisiatif dan program yang dapat memberikan mereka pengalaman kehidupan, membentuk karektor mahasiswa idaman sekali gus menjadi bakat unggul untuk negara.
Apabila mahasiswa diberikan kemudahan, bimbingan, dan sokongan yang diperlukan, fasa ini akan menjadi tempoh pertumbuhan serta penemuan diri yang amat bermakna.
Justeru, persediaan rapi serta sokongan berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan.
Transisi ke alam universiti harus dilihat bukan semata-mata sebagai pencapaian akademik, tetapi juga sebagai perjalanan yang membina kehidupan, jati diri, dan masa depan seseorang mahasiswa.
* Profesor Madya Dr. Ts Nik Aziz Nik Ali ialah Pengarah Kolej Kediaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.