BARU-BARU ini saya sempat berbual dengan beberapa anak muda, yang bekerja di Lembah Klang, sama ada mereka akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dengan pantas mereka menjawab bahawa akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Saya tertarik dengan respons salah seorang remaja yang ditemui, yang akan balik ke Terengganu bersama keluarganya untuk mengundi.
Dia merupakan sebahagian daripada lebih 21 juta orang yang layak untuk mengundi kali ini – sekurang-kurangnya bagi 222 kerusi Parlimen. Satu peningkatan lebih 50 peratus berbanding ketika PRU18.
Respons mereka menunjukkan satu kelainan berbanding situasi awal tahun ini.
Ramai anak muda dikatakan telah menjarakkan diri daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Ini disaksikan ketika pilihan raya negeri (PRN) Johor, pilihan raya pertama sejak dasar Undi18 dan sistem pendaftaran pemilih secara automatik dikuatkuasakan mulai Disember 2021.
Ramai meramalkan peratusan keluar mengundi melibatkan golongan muda dan yang pertama kali akan mengundi susulan sistem pendaftaran pemilih secara automatik kemungkinan kecil dan tidak berminat untuk keluar mengundi.
Minda mereka sukar untuk diramalkan. Ia antara andaian yang tebal sebelum ini. Meskipun ada data PRN Johor, tetapi output perangkaan masih awal ketika itu.
Keadaan sudah berubah pada hari ini.
Menariknya, ramai pengundi muda dan pertama kali bakal mengundi, terutama mereka di bawah paras usia 25 tahun ke bawah, memperlihatkan iltizam dan keinginan luar biasa untuk mengundi kali ini. Kira-kira 5.6 peratus merupakan mereka berusia antara 18 dan 20 tahun.
Kita mahu lebih ramai keluar mengundi. Lebih tinggi berbanding 82.32 peratus yang direkodkan ketika PRU14, yang diadakan serentak bagi kedua-dua peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Peratusan PRU14 tahun 2018 adalah sedikit rendah berbanding 84.4 peratus yang direkodkan pada tahun 2013. Peratusan PRU paling rendah adalah pada tahun 1995 iaitu 68.3 peratus.
Salah satu dengan menetapkan hari mengundi pada Sabtu, dan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh para pengundi.
Kita perlu memudah cara agar lebih ramai keluar untuk mengundi kali ini. Jumlah pengundi dalam daftar pemilih sudah meningkat dengan ketara. Kita tidak wajar membiarkan peratusan keluar mengundi hanya dalam sekitar 55 dan 60 peratus.
Peratusan keluar mengundi yang rendah bukan sahaja akan mencacatkan semangat pilihan raya diadakan, pada masa yang sama jika kadarnya adalah rendah, ia juga akan mencerminkan bahawa wang dalam jumlah besar yang dibelanjakan tidak berbaloi.
PRU15 akan menelan sekitar RM1 bilion. Tambahan RM600 juta akan diperlukan jika PRU15 bagi enam negeri diadakan berasingan tahun depan.
Peruntukan kewangan yang digunakan adalah wang pembayar cukai, yang secara langsung merupakan milik pengundi.
Bermakna pengundi sendiri membelanjakan dana mereka untuk tujuan pengurusan pilihan raya.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini.
Empat tahun lalu apabila SPR menetapkan hari Rabu, 9 Mei sebagai hari mengundi, yang merupakan hari kerja, telah mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan rakyat.
Ada yang mendakwa keputusan itu dibuat bagi mengurangkan peratusan keluar mengundi, sekali gus bagi memihak kepada kemenangan parti tertentu.
Dalam meredakan kemarahan orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengisytiharkan hari mengundi PRU14 sebagai cuti kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat keluar mengundi.
Pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Tanggal 9 Mei 2018 menyaksikan pengundi mula beratur seawal 7.30 pagi di luar pusat mengundi di seluruh negara untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Fenomena luar biasa ketika itu.
Dalam laporannya dua tahun lalu, Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), yang saya sebahagian daripada barisan ahli, telah mengesyorkan agar negara membuat satu ketetapan agar hari pengundian ditetapkan pada hari Sabtu.
Bermakna pengundian hanya diadakan pada hari Sabtu bagi memudahkan pengundi, tidak kira di mana mereka berada keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Kecuali mereka yang memohon agar diberikan kemudahan undi pos.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan bahawa SPR telah memutuskan untuk memanjangkan waktu mengundi sejam di seluruh negara. Ia satu langkah yang membina dan wajar dialu-alukan.
Mengenai hari mengundi yang tetap, tiada peruntukan khusus mengenai perkara tersebut. SPR boleh memutuskan sendiri hari yang pihaknya merasakan sesuai.
Justeru itu, bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif mengenai budi bicara SPR dalam soal penetapan tarikh dan hari mengundi, yang kita lihat pada masa lalu, adalah lebih baik perkara tersebut ditetapkan dalam bentuk perundangan demi keselesaan para pemegang taruh. Ia juga baik untuk SPR.
Sudah sampai masa kita mengambil satu lagi langkah positif. Jadikan satu ketetapan dalam peraturan pilihan raya. Sabtu merupakan hari yang sesuai untuk rakyat di semua negeri.
Mulai PRU15 kali ini, diharap SPR akan mengambil langkah tengah dengan menjadikan Sabtu sebagai hari yang tetap untuk mengundi. Jadikan ia sebagai mandatori perundangan bagi menggalakkan lebih ramai keluar mengundi.
Penetapan satu hari yang seragam telah diamalkan oleh banyak negara. Ini termasuklah Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan Selasa pertama bulan November untuk pilihan raya.
Negara perlu mengambil langkah ke arah seperti itu bagi mengelakkan persepsi SPR dipengaruhi oleh pihak pemerintah dan juga demi memudahkan pengundi keluar mengundi dalam jumlah yang tinggi, sekali gus mencapai sasaran tinggi daripada segi penyertaan rakyat dalam pilihan raya - kita letakkan sasaran jumlah penuh iaitu 21 juta.
Boleh kita lakukan? Saya rasa tidak mustahil.
Mengundi pada hari kerja bukan perkara baharu.
Hari mengundi pilihan raya pertama, dua tahun selepas merdeka, telah dilangsungkan pada hari Rabu, sama seperti pada tahun 2018.
PRU 2013 berlangsung pada hari Ahad; 2008 (Sabtu), 2004 (Isnin), 1999 (Isnin), 1995 (Isnin dan Selasa), 1990 (Sabtu dan Ahad), 1986 (Sabtu dan Ahad), 1982 (Khamis, Jumaat dan Sabtu), 1978 (antara Sabtu, 8 Julai dan Sabtu, 22 Julai), 1974 (antara Sabtu, 24 Ogos dan Sabtu, 14 September) dan 1969 (Sabtu dan ditangguhkan antara 6 Jun dan 4 Julai ekoran peristiwa 13 Mei).
Demi keselesaan rakyat kita perlu mengkaji semula amalan semasa dalam soal penetapan hari mengundi, yang selama ini diputuskan mengikut budi bicara badan pengurusan pilihan raya, dengan menetapkan hari yang tetap iaitu Sabtu.
Langkah itu juga sebahagian daripada usaha memenuhi prinsip amalan pilihan raya demokrasi.
Sokongan dan kerjasama semua pemegang taruh, di samping sikap positif pengundi, sudah akan menyumbang ke arah peratusan keluar mengundi penuh.
* Dr G Manimaran ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir
** Artikel ini adalah daripada pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
G Manimaran
Tue Oct 18 2022
Ramai meramalkan peratusan keluar mengundi melibatkan golongan muda dan yang pertama kali akan mengundi susulan sistem pendaftaran pemilih secara automatik kemungkinan kecil dan tidak berminat untuk keluar mengundi. - Gambar hiasan
Kes pelajar tahfiz: Polis tahan tiga beradik bantu siasatan
SAC Mohd Razali berkata, kesemua tangkapan merupakan adik-beradik berusia lingkungan 13, 15 dan 20 tahun itu dan ditahan pada Jumaat lalu.
Selamat ulang tahun Ultras Malaya, Lekir undur diri
Capo Ultras Malaya, Mohd Ridzuan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Lekir mengucapkan selamat tinggal buat Ultras Malaya selepas 17 tahun bersama.
'Terima kasih rakyat Malaysia, dana sudah cukup' - Ibu kanak-kanak hidap kanser ovari
Kutipan dana yang telah mencecah kira-kira RM105,000 setakat Ahad akan digunakan untuk kos rawatan kemoterapi yang seterusnya untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
[KOLUMNIS] Sektor pertahanan perlu teroka, sedut kepakaran teknologi swasta
Kecanggihan teknologi menyebabkan segala sistem dan prasarana negara dapat dilumpuhkan dengan serangan siber yang terancang.
[KOLUMNIS] Perang poster PRK Mahkota hambar, boleh ‘gigit’ pengundi
Kluang sunyi sepi daripada segi perang poster pilihan raya, kemeriahan pesta pilihan raya hilang dari radar.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
[KOLUMNIS] Komunikasi politik tersingkap: PRK Nenggiri mengenai ketulenan atau persembahan?
Fenomena manipulasi ketulenan ini tidak hanya terbatas kepada pentas politik Indonesia; ia juga dapat dilihat dalam dinamika politik semasa di negara kita.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
[KOLUMNIS] Atlet negara adalah belang rimau kita
Kita punya masa empat tahun untuk fikirkan soal imej dan penjenamaan atlet, namun,reka pakaian kontijen negara bagi Olimpik Paris 2024 menunjukkan ketidaktelitian membuat keputusan.
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
[KOLUMNIS] Kanser kolorektal: "Adakah anda berisiko? Kenali dan lakukan ujian!"
Kanser kolorektal merupakan salah satu kanser tertinggi dalam kalangan lelaki (14.8 peratus) dan wanita (11.1 peratus).
[KOLUMNIS] Puasa Ramadan didik umat Islam hindari trend 'ibadah viral'
Ibadah viral merujuk kepada fenomena di mana amalan-amalan ibadah tersebar dengan cepat dan meluas melalui media sosial dan internet.