MALAYSIA
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Generasi baharu pelajar latihan industri (intern) hadir dengan kelebihan semula jadi, celik teknologi, mahir platform digital dan pantas menyesuaikan diri dengan format media baharu. - Gambar hiasan/Foto Universiti Islam Selangor
REVOLUSI Industri Keempat (IR4.0) telah mengubah secara radikal cara organisasi beroperasi, berkomunikasi dan membangunkan bakat. Dalam sektor produksi media dan komunikasi, keupayaan menghasilkan kandungan digital secara pantas, berasaskan data dan selari dengan tingkah laku pengguna menjadi keperluan asas.
Seiring dengan salah satu ciri IR4.0 iaitu kelajuan inovasi teknologi; perubahan teknologi berlaku dengan pantas, memotivasi industri untuk sentiasa beradaptasi dan berinovasi. Generasi baharu pelajar latihan industri (intern) hadir dengan kelebihan semula jadi, celik teknologi, mahir platform digital dan pantas menyesuaikan diri dengan format media baharu seperti video pendek, reels dan kandungan mikro.
Namun, IR4.0 bukan hanya menuntut kemahiran teknikal. Industri memerlukan tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritikal, mengurus masa, bekerja secara kolaboratif dan bertindak secara kendiri. Maklum balas daripada penyelia industri menunjukkan bahawa perbezaan ketara dalam kalangan pelatih bukan terletak pada kemahiran digital semata-mata, tetapi pada sikap kerja dan tahap profesionalisme. Dalam konteks ini, pelatih yang mampu menggarap semua kemahiran ini berpotensi tinggi memenuhi kriteria majikan yang selari dengan kehendak IR4.0.
Model Kebolehpasaran Graduan
Kebolehpasaran graduan hari ini diukur melalui keupayaan untuk terus menyumbang dalam persekitaran kerja sebenar. Pelatih wajar komited untuk menonjolkan ciri-ciri utama graduan job-ready: disiplin kendiri, kepantasan bertindak, inisiatif tanpa perlu diarahkan dan keupayaan membaca keperluan organisasi. Kecekapan dalam penyuntingan video, pemilihan muzik mengikut trend semasa serta penyusunan jadual siaran berasaskan tabiat pengguna digital memperlihatkan kefahaman mendalam terhadap ekosistem media semasa.
Lebih penting juga, kemahiran komunikasi interpersonal agar mudah bergaul dan mampu bekerja dalam pasukan pelbagai latar belakang merupakan satu kemahiran insaniah yang menjadi teras kebolehpasaran graduan.
Dalam IR4.0, kemahiran manusiawi seperti komunikasi, empati dan kebolehsuaian tidak boleh digantikan oleh teknologi. Tidak menghairankan apabila majikan menyatakan hasrat untuk mengambil pelatih yang punyai pakej lengkap begini untuk terus bekerja selepas tamat latihan industri. Keputusan ini mencerminkan penilaian menyeluruh terhadap potensi jangka panjang yang menjangkaui keperluan semasa, bukan sekadar prestasi jangka pendek.
Generasi ‘Strawberi’ dan Pembinaan Daya Tahan Kerja
Naratif generasi strawberi sering mengaitkan golongan muda dengan sikap rapuh dan kurang daya tahan. Namun, dalam konteks kebolehpasaran graduan, generasi ini sebenarnya memiliki minat tinggi, kreativiti dan kepekaan terhadap teknologi. Cabarannya bukan pada kekurangan potensi, tetapi pada pembentukan ketekunan, disiplin dan daya tahan kerja.
Latihan industri menjadi mekanisme paling strategik untuk merapatkan jurang antara dunia akademik dan keperluan industri. Dengan bimbingan yang jelas, jangkaan prestasi yang konsisten dan maklum balas berstruktur, minat generasi ini boleh digilap menjadi kompetensi professional. Pelatih harus membuktikan bahawa generasi yang sering dilabel rapuh mampu menjadi aset industri apabila diberi ruang, kepercayaan dan struktur latihan yang betul.
Pembangunan Bakat Baharu dan Agenda SDG
Selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, latihan industri wajar diberi perhatian serius oleh institusi pengajian tinggi, organisasi penerima dan pelatih.
Latihan industri yang berkesan bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, tetapi menyumbang kepada pembangunan bakat baharu yang inklusif dan mampan. Graduan yang bersedia kerja, berdisiplin dan beretika akan memperkukuh produktiviti organisasi serta menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Dalam konteks media digital dan IR4.0, pembangunan bakat juga berkait rapat dengan SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, apabila graduan dilatih untuk menyumbang kepada inovasi kandungan, transformasi digital dan ekonomi kreatif negara. Ia adalah sebuah pelaburan dalam latihan industri yang berkualiti, mampu melahirkan bakat yang bukan sahaja relevan, tetapi berdaya saing dan lestari.
Refleksi Penyelia Akademik: Dari Silibus ke Sistem Ekosistem Bakat
Sebagai penyelia akademik, maklum balas positif daripada penyelia industri dalam sesi perbincangan dan penilaian mengesahkan bahawa pendidikan tinggi perlu bergerak seiring dengan kehendak IR4.0 dan SDG. Silibus yang baik perlu disokong dengan pembentukan sikap, etika kerja dan keupayaan pembelajaran kendiri. Graduan masa depan bukan hanya pencari kerja, tetapi pencipta nilai dalam ekosistem pekerjaan.
Semasa di kolej atau universiti, pelajar seharusnya sudah jelas hala tuju; memupuk minat dan kesungguhan dalam proses pembelajaran dengan tugasan atau projek-projek yang berkaitan. Tugasan yang diberikan bukan sekadar untuk memenuhi silibus namun medium awal latihan dalam kerjaya sebenar. Maka laksanakannya dengan teliti dan sepenuh hati, bukan sekadar untuk mendapatkan markah semata-mata, apatah lagi bertindak culas malah menjadi ‘sleeping partner’ tanpa rasa malu!
Kebolehpasaran graduan tidak berlaku secara kebetulan. Ia terbentuk melalui sinergi antara minat dan komitmen pelajar, bimbingan akademik, latihan industri berkualiti dan keperluan industri sebenar. Dalam era IR4.0, pembangunan bakat baharu perlu dilihat sebagai pelaburan strategik negara. Maka latihan industri adalah titik mula yang paling kritikal untuk diberi perhatian wajar.
*Rahmahtunnisah Sailin adalah Pensyarah/ Ketua Penyelaras Latihan Industri dan Jaringan Komuniti, Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Selangor (UIS).
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis, dan/atau berdasarkan pemerhatian bidang yang dijalaninya, serta tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.