MALAYSIA
[KOLUMNIS] RUU PSB: Peranan TPM dalam menegakkan keadilan dan kelestarian
Satu arena di mana TPM Fadillah dilihat berpeluang untuk menjawab sahutannya sendiri ialah dalam hal Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU-PSB). - Gambar fail/Bernama
BARU-BARU ini Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Fadillah Yusof telah membuat beberapa kenyataan yang tepat sekali bersabit matlamat pembangunan mampan (SDG).
Ucapan beliau semasa perasmian Laporan Tahunan 2024 Kumpulan Parlimen Rentas Parti-SDG (APPGM-SDG) tentang perlunya kerajaan bekerjasama dengan masyarakat sivil dan sektor swasta demi mencapai matlamat SDG, sangat dialu-alukan.
Satu arena di mana TPM berpeluang untuk menjawab sahutannya sendiri ialah dalam hal Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU-PSB), yang diberitakan akan sempat dibaca di Parlimen dalam sesi yang kini berlangsung sehingga 28 Ogos.
Selain dari memimpin PETRA, TPM juga mempengerusikan Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang ditugaskan untuk menerajui penggubalan RUU terbabit.
Pembangunan mampan dan lestari merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Pencapaian SDG dalam PSB (dan proses urbanisasi secara amnya) memerlukan pelbagai kajian pakar dan kawal selia perundangan yang menjamin keseimbangan antara ketiga-tiga aspek ini.
Usaha pembangunan semula membabitkan hartanah yang sudah dihuni atau membawa rezeki kepada pemiliknya. Keperluan modal pemerolehan dan penekanan kepada faktor pembiayaan/ekonomi kerap kali membawa kepada pengabaian faktor-faktor lain.
Aspek sosial utama PSB berkisar pada hak asasi pemilik untuk menentukan persekitaran hidup masa hadapan mereka. Hakikat ini harus diberi perhatian teliti oleh MNKT dalam mempertimbangkan gubalan terbaharu draf RUU-PSB yang dijangka akan diangkat kepada MNKT dalam masa terdekat.
Sepanjang tempoh kebelakangan ini, isu PSB diuar-uarkan dengan memberi penonjolan utama kepada peratus ambang persetujuan iaitu 80% atau 75% dan sebagainya. Mengapa kita asyik mempertikaikan soal peratusan sahaja (berdasarkan cadangan pemaju), sedangkan pemilik lah yang berhak untuk memutuskan bagaimana hartanah mereka akan dibangunkan semula?
Ambang persetujuan memang wajar ditetapkan pada tahap yang seberapa tinggi yang praktikal, demi mengurangkan pengambilan paksa (melalui Akta Pengambilan Tanah) ke paras yang paling minima. Penglibatan awal para pemilik lah yang penting sekali dalam memastikan tawaran menepati selera pemilik justeru mencapai peratus persetujuan yang tertinggi.
Pada dasarnya apabila RUU ini menjadi akta kelak, ia mampu memperbolehkan hasil kajian pakar dan libaturus awam untuk diambil kira secara telus dan saksama dalam penentuan skim pembangunan semula, pemilihan pemaju, syarat perjanjian antara pemaju dengan pemilik, dan sebagainya.
Idaman ini hanya akan terjelma sekiranya RUU-PSB diluluskan di Parlimen berlandaskan kepada prinsip prihatin rakyat, lengkap dengan peruntukan yang perlu demi menjamin kepentingan pemilik.
MNKT di bawah pimpinan TPM mampu memainkan peranan penting dalam merealisasikan satu Akta PSB yang sempurna dan terbaik.
Datuk Seri Fadillah sebagai seorang Jemaah Menteri dari negeri-negeri Borneo (yang terkecuali
daripada perundangan PSB baru ini) berada dalam posisi unik.
Negeri-negeri Borneo mempunyai undang-undang perancangan bandar sendiri, di mana keperluan PSB kini masih jauh di kaki langit. Namun wakil rakyat mereka yang memegang 25 peratus kerusi Parlimen akan turut mengambil bahagian dalam meluluskan RUU-PSB.
Dalam majlis APPGM-SDG tersebut Datuk Seri Fadillah ada juga membangkitkan tanggung jawabnya untuk Sabah and Sarawak dalam memastikan pembangunan yang inklusif terutamanya di luar bandar dan kawasan terpencil. Pembangunan inklusif nyata merupakan satu tunggak utama SDG yang menjaga keseimbangan moral antara kepentingan ekonomi dan hak asasi rakyat.
Prinsip ini tiada bezanya dengan apa yang perlu diingat oleh semua wakil rakyat semasa
mempertimbang dan membahas RUU PSB.
*Peter Leong ialah seorang sukarelawan untuk Selamatkan Kuala Lumpur (Save KL) dan penasihat polisi awam kepada Kuala Lumpur Residents Action for Sustainable Development Association (KLRASD).
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.