PENGLIBATAN ibu bapa dan komuniti serta pihak swasta dalam pengoperasian dan pembangunan sekolah melalui kolaborasi dengan rakan strategik menjadi perangsang yang positif kepada warga sekolah. Melalui inisiatif dan restu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula pada tahun 2013 hingga 2025, anjakan ke-9 menjadi satu dari 13 fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jaringan dua hala iaitu pihak sekolah dan agensi luar sangat dialu-alukan bagi memberi nilai tambah dan impak dalam kemenjadian murid.
Apatah lagi bagi sekolah berstatus luar bandar, keperihatinan agensi luar ‘memandang’ sekolah-sekolah luar bandar sebagai rakan strategik sangat dialu-alukan.
Memahami perspektif Rakan Strategik
Rakan Strategik Sekolah merupakan organisasi atau agensi yang dapat membantu sekolah dalam meningkatkan pencapaian dari segi akademik dan pembangunan sekolah.
KPM menyokong sebarang usaha sekolah melalui galakan hubungan erat Rakan Strategik yang bersesuaian dan dapat memberikan komitmen yang tinggi agar dapat membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah seiring hasrat KPM tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
Oleh itu, dalam memastikan kemenjadian murid, pihak sekolah disarankan meningkatkan penglibatan rakan strategik yang sesuai agar sama-sama dapat memacu peningkatan prestasi sekolah.
Bagi SMK Kayu Ara Pasong, Pontian misalnya amat memerlukan keterlibatan Rakan Strategik dalam memberikan sumbangan berbentuk kewangan, pengurusan, infrastruktur, juga kepakaran dalam melahirkan pelajar yang cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) dan juga slogan Amazing KAYRO iaitu Knowledge, Atitude, Youthful, Respect and Outstanding.
Pihak sekolah amat memerlukan sokongan daripada Ibu bapa, komuniti setempat, agensi bukan kerajaan (NGO), badan korporat, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan untuk menggembleng tenaga, idea, dana dan masa agar kualiti pendidikan di sekolah ini dapat diperkasa dalam melahirkan murid yang serba boleh dan memenuhi keperluan semasa.
Pihak SMK Kayu Ara Pasong telah menggunakan segala peluang yang diberikan oleh rakan strategik dalam memastikan keperluan anak-anak dan guru-guru dipenuhi. Perkara ini adalah bertujuan memastikan SMK Kayu Ara Pasong cemerlang dalam semua aspek bagi membolehkan pihak sekolah melangkah lebih jauh setanding dengan sekolah-sekolah terbaik khususnya di daerah ini dan di seluruh negara amnya.
Dengan adanya rakan strategik ini, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan agar pencapaian akademik SMK Kayu Ara Pasong yang merupakan sekolah luar bandar dapat ditingkatkan bagi merapatkan jurang kedudukan dengan sekolah bandar. Bagi tahun 2022, kerjasama dengan rakan strategik menunjukkan impak yang ketara melalui peningkatan GPS dan peratus LMS. Peratus LMS SPM 2022 adalah keputusan terbaik bagi 5 tahun terakhir dan GPS pula merupakan yang terbaik bagi 3 tahun terakhir. Antara program usaha sama sekolah dan institusi pengajian tinggi yang telah dijalankan ialah ProKEY (Program Kecemerlangan ) dengan Kolej Yayasan Pelajaran Johor bagi mencapai sasaran GPS 5.29. Manakala PALMS (Program Anakku Layak Mendapat Sijil) pula menunjukkan peningkatan peratus LMS mencapai 95.70%.
Memberdayakan peranan Rakan Strategik
Mencermati pandangan, harapan dan keperluan semasa, peranan rakan strategik ini boleh disinergikan meliputi aspek-aspek yang dapat memberikan manfaat banyak pihak.
Membuka ruang pandang pelajar untuk melihat kehidupan sebenar dalam kampus. Lawatan ke IPT dengan membenarkan pelajar mengikuti sebentar sesi kuliah atau tutorial yang bersesuaian bagi memberi pendedahan suasana pengajaran dan pembelajaran. Lawatan ke IPT salah satu kaedah yang boleh bantu pelajar membuka ruang pandang yang lebih luas.
Keseronokan pembelajaran dan kehidupan di kampus yang sebenarnya tidak dibatasi dengan mengikuti kuliah semata-mata. Banyak aktiviti berpersatuan yang boleh diikuti bagi meningkatkan potensi diri.
Aktiviti beriadah, sama ada secara kelompok atau individu dapat dilakukan mengikut minat dan kelapangan. Bersukan badminton, bola sepak dan bola jaring masih boleh dijalankan di IPT. Lebih menyeronokkan apabila dapat berkayak, memanah, berkuda ataupun mengikuti larian amal. Ia bukan sekadar untuk beriadah, namun meningkatkan kesedaran kesihatan, tumpuan kemahiran, keyakinan diri, mengurus emosi atau healing.
Pengalaman melalui kegiatan sebenar ini memberi merasai pengalaman baru yang tidak pernah terdetik dan terlintas di fikiran mereka sebelum ini.
Bimbingan dan motivasi berterusan bagi mereka yang perlukan pendedahan untuk mengenalpasti bidang pengajian yang bersesuaian selepas SPM . Di samping dapat menyediakan ruang untuk mereka melihat contoh-contoh kejayaan, inspirasi dan jangkaan kerjaya masa hadapan.
IPT boleh melibatkan pelajar-pelajar melalui persatuan pelajar untuk mendekati adik-adik pelajar sekolah yang dahagakan bimbingan dan perkongsian daripada mereka tentang kehidupan di kampus.
Melalui usaha yang sama ini peranan alumni boleh diperkasakan. Bukan sekadar berkongsi inspirasi melalui video-video dan pamplet saja, lebih dari itu IPT boleh menjadikan mereka juga sebagai duta dan rakan strategik yang boleh terus membawa pelajar memahami dan mengikuti perjalanan kerjaya mereka secara langsung. Lawatan-lawatan ke industri boleh dilaksanakan bersama.
Sinergi rakan strategik - universiti
Menyedari tanggungjawab jihad pendidikan Universiti Islam Selangor (UIS) telah menyantuni 126 sekolah SPM seluruh Semenanjung Malaysia dengan 280 orang warga UIS yang saling bahu-membahu menyantuni guru-guru sekolah dan lepasan SPM yang menerima keputusan SPM baru-baru ini.
Menerusi program tahunan ‘Gerak Gempur’ setiap kali keputusan SPM, STPM dan STAM diumumkan, kerjasama kuat dan kebersamaan yang padu dalam kalangan pensyarah, kakitangan pentadbiran malah pengurusan tertinggi termasuk Rektor, Timbalan-timbalan Rektor dan para Dekan setiap fakulti turut serta bagi menyokong usaha mendorong pelajar untuk terus melanjutkan pengajian tinggi tanpa mengira keputusan cemerlang atau lemah seseorang pelajar.
Malah apa yang menjadi matlamat utama adalah untuk menyediakan satu platform sokongan emosi, kefahaman terhadap bidang pengajian yang bersesuaian, menyediakan khidmat rundingan percuma dan mendengar hala tuju pelajar dan ibu bapa.
Sokongan berterusan
Walaupun dengan pelbagai kajian dan laporan berhubung pelajar yang tidak minat menyambung pengajian, kadar 17% pelajar yang gagal mendapatkan sijil SPM (gagal semua subjek), minat yang merosot ke sekolah dengan kadar ponteng sekolah dan keciciran yang tinggi; namun semua ini tidak mematahkan pihak sekolah melalui pentadbir dan guru-guru.
Mereka tetap komited dan menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan dan potensi anak-anak murid yang telah dianggap sebagai anak mereka sendiri. Pelbagai usaha telah dilakukan sehingga ke hari-hari terakhir kertas peperiksaan SPM dilaksanakan. Malah ketika keputusan peperiksaan diumumkan pun program sokongan diteruskan.
Oleh kerana inilah, UIS turut cakna dengan menyokong usaha-usaha kerajaan terutama Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi-agensi lain dengan mengikuti semua Karnival Pendidikan Tinggi yang telah, sedang dan akan berlangsung secara giat di seluruh Malaysia kini.
Santuni minat dan pandangan anak-anak
Sebenarnya, anak-anak yang mula bekerja sejurus selesai peperiksaan SPM sementara mengetahui keputusan adalah sangat baik. Ini membuktikan mereka anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga. Mereka tidak membuang masa dan leka dengan hal-hal yang tidak bermanfaat. Fenomena ini harus dihargai.
Walau bagaimanapun anak-anak ini perlu terus dibimbing dengan situasi semasa dan jangkaan masa hadapan, agar anak-anak jelas dengan perancangan dan hala tuju mereka. Sebarang keputusan perlu disantuni mengambil kira kekangan-kekangan lain yang mungkin menjadi sebab keadaan demikian. Sangat tidak wajar mempersendakan keputusan haluan mencari pekerjaan anak-anak muda ini tanpa kita mendekati mereka.
Oleh kerana itulah usaha Kementerian Pendidikan yang menggalakkan sekolah-sekolah mempunyai rakan strategik bersama Institusi Pengajian Tinggi sangat sangat baik untuk disambut dan dimanfaatkan.
Majoritinya sekolah-sekolah mengalu-alukan kepakaran, idea, tenaga, peluang menyertai pelbagai program dan membawa anak-anak sekolah melihat sendiri keseronokan belajar di IPT melalui program-program yang boleh dirancang Bersama.
Ketika menyantuni anak-anak lepasan SPM pada pengumuman dan analisis pencapaian pelajar 8 Jun lalu, SMK Kayu Ara Pasong turut menyatakan hasrat untuk menjadikan UIS sebagai rakan strategik terutamanya bagi memperkasa TVPSS sekolah iaitu KAYROtv.
Ini memandangkan sekolah ini mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam menggilap dan mengasuh bakat anak-anak sekolah dalam aspek kewartawanan melalui galakan platform pertandingan-pertandingan video dan penulisan Buletin Sekolah.
Manakala UIS yang turut menawarkan program Matrik Komunikasi, Diploma Komunikasi dan Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) telah banyak melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang komunikasi, media penyiaran dan kewartawanan.
Apatah lagi dengan kerjasama baik UIS dengan pelbagai industri media di Malaysia, maka kerjasama strategik ini dilihat tidak setakat terhenti di IPT malah membolehkan sinergi jaringan strategik berterusan hingga ke peringkat industri bagi memberi gambaran jelas kerangka peluang pekerjaan kepada pelajar dan pemegang taruh lainnya.
* Rahmahtunnisah Sailin adalah Pensyarah Program Komunikasi (Penyiaran), Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS), manakala Suriati Sailin adalah Pengetua SMK Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan bidang tugasnya dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Rahmahtunnisah Sailin, Suriati Sailin
Fri Jul 07 2023
Pihak SMK Kayu Ara Pasong telah menggunakan segala peluang yang diberikan oleh rakan strategik dalam memastikan keperluan anak-anak dan guru-guru dipenuhi.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
[KOLUMNIS] Sinergi rakan strategik: Sekolah-universiti-pemegang taruh
Penglibatan ibu bapa dan komuniti serta pihak swasta dalam pengoperasian dan pembangunan sekolah melalui kolaborasi dengan rakan strategik menjadi perangsang yang positif kepada warga sekolah.