MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sumbangan Asas Rahmah: Ringankan beban, kukuhkan kehidupan
Inisiatif bersempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos itu merupakan langkah segera kerajaan bagi meringankan beban sara hidup, di samping tanda penghargaan kepada rakyat.
DALAM menjalani rutin harian, setiap isi rumah memerlukan barangan asas seperti beras, minyak masak, sabun dan ubat-ubatan.
Ringkasan AI
Namun bagi sebahagian besar rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, memastikan keperluan ini mencukupi setiap bulan bukanlah satu perkara mudah.
Menyedari hakikat itu, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai sebuah inisiatif yang mendatangkan kelegaan kepada rakyat.
Dengan kombinasi bantuan tunai dan kemudahan pembelian barangan asas melalui MyKasih, program ini memberi jaminan bahawa tiada isi rumah tercicir daripada mendapat keperluan harian yang mencukupi, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Ia sekali gus membantu meringankan beban kewangan rakyat, malah memberi jaminan bahawa keperluan harian dapat terus dipenuhi meskipun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Bantuan one-off RM100, pukul sama rata
Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan peluasan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan menyalurkan bantuan sekali beri (one-off) sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas.
Inisiatif bersempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos itu merupakan langkah segera kerajaan bagi meringankan beban sara hidup, di samping tanda penghargaan kepada rakyat.
Bantuan ini dijangka mampu memberi manfaat kepada 22 juta penduduk dengan jumlah peruntukan RM2 bilion.
Secara keseluruhan, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA tahun ini meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion, sekali gus mencatat sejarah sebagai kali pertama bantuan tunai diberikan kepada semua rakyat dewasa.
Bagi yang mengkritik usaha ini, nilai RM100 mungkin kecil di mata anda, namun sedarkah hakikat bagi masyarakat yang kurang berkemampuan terutama di kawasan luar bandar?
Dengan nilai tersebut, mereka boleh membeli barangan keperluan asas yang sangat diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian.
Pasti keperluan sama dibutuhkan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menetap di kawasan bandar dan ibu kota.
Begitu juga buat keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dengan pelbagai tuntutan memenuhi keperluan subjek di sekolah, pastinya ini satu kelegaan, sekurang-kurangnya dapat menyediakan beras, minyak masak dan barangan lain.
Transformasi kebajikan atau ubat sakit kepala sementara?
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluaskan kerajaan baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Ada yang melihatnya sebagai bukti keprihatinan kerajaan untuk menjamin kebajikan rakyat, namun ada juga yang mempersoalkan sejauh mana inisiatif ini mampu menjadi penyelesaian jangka panjang kepada isu kos sara hidup.
Di sinilah muncul dilema besar, adakah SARA benar-benar transformasi kebajikan negara, atau sekadar ubat sementara yang menenangkan keresahan rakyat buat seketika?
Kita berbalik semula kepada realiti di Malaysia ketika ini.
Pada Oktober 2024, laporan Tinjauan Ekonomi 2025 oleh Kementerian Kewangan mendedahkan, pandemik COVID-19 beri kesan kepada isi rumah dan perniagaan.
Ia apabila laporan menunjukkan sekitar 20 peratus daripada kumpulan M40 jatuh ke dalam kategori kumpulan B40.
Untuk setakat tahun ini, Unit Penyelarasan Pelaksanaan pada Mac mendedahkan statistik kemiskinan di Malaysia sehingga 31 Mac 2025 menunjukkan terdapat 16,918 isi rumah miskin tegar dan 195,072 isi rumah miskin di bandar, manakala 189,493 isi rumah miskin di luar bandar.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia adalah RM1,198 untuk miskin tegar dan RM2,589 untuk miskin.
Dengan angka kemiskinan yang masih besar ini, pastinya bantuan tunai segera memberi kelegaan kepada rakyat.
Namun begitu, persoalan yang sering timbul ialah, apakah yang akan berlaku selepas bantuan itu habis digunakan?
Di satu sisi, bantuan tunai berterusan boleh menyebabkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Jika tidak diimbangi dengan dasar jangka panjang yang meningkatkan pendapatan isi rumah atau menurunkan kos struktur dalam ekonomi, bantuan sebegini berpotensi menjadi penyelesaian jangka pendek semata-mata.
Rakyat mungkin lega buat sementara, tetapi tekanan kos sara hidup tetap menghantui.
Namun, tidak wajar juga menolak SARA semata-mata kerana ia berbentuk bantuan tunai.
Program ini sebenarnya adalah satu bentuk jaringan perlindungan sosial yang penting, khususnya bagi golongan rentan yang sentiasa terdedah kepada risiko kewangan.
SARA memberi jaminan bahawa dalam keadaan apa sekalipun, rakyat tidak akan terputus daripada keperluan asas. Inilah fungsi sebenar sebuah negara kesejahteraan moden.
Selain membantu rakyat, SARA juga secara tidak langsung menyokong ekonomi domestik. Apabila kuasa beli rakyat terpelihara, permintaan terhadap barangan asas dan keperluan harian dapat dikekalkan.
Ini seterusnya memberi kesan positif kepada peruncit, peniaga kecil dan sektor perdagangan tempatan.
Maka, walaupun berbentuk bantuan, SARA berfungsi sebagai alat penstabil ekonomi dalam keadaan ketidaktentuan global.
Hakikatnya, SARA tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya jawapan kepada masalah kos sara hidup. Ia hanyalah sebahagian daripada rangka kerja kebajikan yang lebih luas.
Bagi mencapai agenda transformasi, ia perlu digandingkan dengan dasar jangka panjang seperti kawalan harga berkesan, peningkatan produktiviti pertanian, serta dasar upah yang lebih adil.
Dalam konteks ini, SARA boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada reformasi sosial yang lebih menyeluruh.
Kesimpulannya, dilema di sebalik SARA terletak pada keseimbangan antara kelegaan segera dan penyelesaian jangka panjang.
Walaupun ada yang melihatnya sekadar ‘’ubat sakit kepala sementara’’realitinya bantuan ini tetap penting memastikan rakyat dapat meneruskan hidup dengan lebih tenang dalam keadaan ekonomi mencabar.
Persoalan utama ialah bagaimana kerajaan mampu memanfaatkan SARA bukan sahaja sebagai bantuan kewangan, tetapi sebagai asas kukuh dalam membina sistem kebajikan negara yang benar-benar mampan.
______________________________________________________________________________________
* Syafik Shukri Jalil merupakan wartawan penyiaran di Astro AWANI dan lulusan Sarjana dari School of Art and Media, University of Brighton, United Kingdom.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ringkasan AI
- 1) SARA bantu rakyat: Program ini sediakan bantuan tunai dan barangan asas untuk golongan berpendapatan rendah. 2) RM100 untuk semua dewasa bantuan one-off sempena Hari Kebangsaan beri kelegaan kepada 22 juta rakyat. 3) Kelegaan sementara, perlu dasar jangka panjang SARA penting, tapi mesti disokong dengan dasar kukuh untuk atasi kos sara hidup.