Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
MALAYSIA

[KOLUMNIS] Ubah kamus pekerjaan Malaysia dengan reka bentuk semula dan penjenamaan

Dr Mohd Yusof Saari 25/08/2025 | 10:45 MYT
Semua pekerja di lapangan terbang di Seoul adalah rakyat tempatan. - Gambar/ Bernama
KETIKA berkelana, saya suka memerhati dan berfikir tentang apa yang saya lihat. Baru-baru ini, saya transit di Seoul, Korea Selatan bagi satu misi khusus dengan sebuah kerajaan di Asia Timur. Ketika berada di lapangan terbang Seoul, saya melihat satu pemandangan yang membuatkan saya termenung: semua pekerja di lapangan terbang adalah rakyat tempatan. Penarik troli, ground staff yang menguruskan luggage, kargo dan pelepasan kapal terbang—semuanya wajah tempatan, bukan asing.


Ringkasan AI
  • Penulis memerhati bahawa semua pekerja lapangan terbang di Seoul adalah rakyat tempatan, berbeza dengan situasi di Malaysia yang bergantung kepada pekerja asing untuk pekerjaan 3D, dan mengaitkan fenomena ini dengan persepsi sosial serta kadar gaji.
  • Penulis mencadangkan agar reka bentuk semula pekerjaan dilakukan terlebih dahulu dengan menambah nilai, automasi dan laluan kerjaya agar pekerjaan menjadi lebih menarik kepada rakyat tempatan sebelum penjenamaan dilakukan.
  • Penjenamaan pekerjaan perlu dilakukan secara strategik untuk mengubah persepsi masyarakat, dan semua pihak termasuk kerajaan dan industri perlu bekerjasama mengubah -kamus pekerjaan- Malaysia agar pekerjaan 3D tidak lagi dilihat sebagai hak eksklusif pekerja asing.


Saya mula bertanya kepada diri sendiri: mengapa perkara sebegini tidak berlaku di Malaysia? Adakah kerana pekerjaan tersebut di Korea dibayar gaji yang lebih tinggi dan diberikan status yang lebih tinggi dalam masyarakat? Atau kita di Malaysia sudah terperangkap dalam satu “sumpahan sosial”, seolah-olah pekerjaan 3D (dirty, dangerous, difficult) hanyalah untuk rakyat asing, manakala status sosial menghalang anak tempatan untuk menceburinya?

Tidak dapat dinafikan, faktor persepsi sosial memainkan peranan. Di Malaysia, status pekerjaan masih dianggap sebagai pengukur nilai seorang individu. Malah, dalam proses peminangan, ibu bapa akan bertanya pekerjaan bakal menantu sebagai tanda aras status. Seorang jurutera dan seorang operator forklift mungkin dinilai berbeza, meskipun kadangkala gaji jurutera itu tidak semewah yang disangka oleh masyarakat.

Jadi, mana satu yang betul? Pada pandangan saya, jawapannya terletak pada gaji dan profil pekerjaan sebagai penentu utama daya tarikan bakat tempatan. Jika tidak, bagaimana pula kita menjelaskan fenomena rakyat Malaysia yang rela bekerja sebagai tukang cuci atau jurujual di Singapura? Bezanya bukan pada jenis pekerjaan semata-mata, tetapi pada kadar gaji dan nilai pekerjaan yang ditawarkan.

Reka Bentuk Semula Dahulu Bagi Mengubah Struktur Pekerjaan

Inilah sebabnya saya percaya langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah reka bentuk semula pekerjaan. Jika sesuatu pekerjaan itu terlalu rendah kemahiran, terlalu berulang atau terlalu “3D”, rakyat tempatan tidak akan tertarik walaupun kita cuba reka bentuk semula seindah mungkin. Reka bentuk semula pekerjaan bermakna:
Penjenamaan Kemudian Bagi Mengubah Persepsi

Selepas pekerjaan itu diubah suai dan ditambah nilai, barulah kita boleh melakukan penjenamaan pekerjaan. Penjenamaan ialah seni membina persepsi dan maruah kepada sesuatu peranan. Caranya:
Dengan penjenamaan yang tepat, kita boleh mengikis stigma masyarakat terhadap pekerjaan tertentu. Sama seperti di Korea Selatan, di mana pekerjaan ground staff bukan sekadar kerja kasar, tetapi dilihat sebagai sebahagian daripada industri penerbangan yang berprestij.

Ubah Kamus Pekerjaan Malaysia

Kerajaan, pemain industri, persekutuan pekerja, dan majikan perlu sama-sama mengubah kamus pekerjaan Malaysia. Kita tidak boleh terus membiarkan pekerjaan 3D dianggap sebagai hak eksklusif pekerja asing. Formula ringkasnya, apabila struktur pekerjaan sudah lebih baik, barulah penjenamaan boleh memainkan peranan untuk mengangkat imejnya. Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat menarik lebih ramai rakyat tempatan, tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan membina semula maruah pekerjaan di Malaysia.


* Penulis merupakan bekas Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau aktif mengikuti perkembangan ekonomi dan pasaran buruh di Malaysia.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi dan/atau berdasarkan bidang tugasnya, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.





#pekerja asing #Malaysia #pekerja tempatan #reka bentuk semula pekerjaan