Anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap keilmuan dan profesionalisme dalam menghadapi pelbagai cabaran yang begitu kompleks di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata langkah itu perlu memandangkan setiap pegawai dan anggota ESSCom tanpa mengira pangkat dan kedudukan sering terdedah kepada pelbagai cabaran termasuk cabaran mental serta fizikal.
"Mungkin ada di kalangan kita tidak sedar bahawa cabaran ini sering berada di sekeliling kita, mungkin kita tidak perasan. Jadi mengambil kira cabaran dan tahap ancaman ini, maka tanggungjawab ESSCom adalah untuk menyediakan anggota yang boleh menggalas tugas dengan sebaik-baiknya termasuk berdepan dengan situasi genting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan bengkel asas Outboard siri 1, di pangkalan Polis Marin Lahad Datu, dekat sini, semalam.
Pada masa sama Abdul Rashid turut mengingatkan agar anggota ESSCom sentiasa bersikap jujur dan ikhlas serta mengutamakan integriti ketika melaksanakan tugas.
"Saya tidak mahu mendengar ada di kalangan anggota ESSCom yang bertugas sambil lewa, tidak jujur serta terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan serta keyakinan masyarakat kepada kewibawaan serta integriti pasukan keselamatan khususnya ESSCom," katanya.
Mengulas mengenai penganjuran kursus berkenaan, Abdul Rashid berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha ESSCom untuk mempersiapkan setiap anggota dengan pelbagai kemahiran di samping memberi pendedahan, pengalaman dan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat terus bertahan dalam apa juga keadaan.
"ESSCom merancang untuk menganjurkan pelbagai lagi program dan kursus seumpama ini yang diharap dapat meningkatkan tahap motivasi dan profesionalisme semua pegawai dan anggota ESSCom seiring dengan cabaran dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan," katanya.
Bernama
Wed Sep 23 2015
ABDUL RASHID: Tanggungjawab ESSCom adalah untuk menyediakan anggota yang boleh menggalas tugas dengan sebaik-baiknya termasuk berdepan dengan situasi genting. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
ESSCom sedia beri kerjasama penuh dengan Nadma hadapi bencana
Itu termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset-aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan oleh Nadma.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 13 Dis
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Dis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashi
Esscom patahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mematahkan beberapa cubaan penjenayah rentas sempadan untuk melakukan jenayah termasuk penculikan untuk wang tebusan, tahun ini.
Mangsa culik di perairan Pulau Gaya dibebaskan - Polis Sabah
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa sekarang berada di Lahad Datu bersama pihak polis.
Mangsa culik adalah warga Filipina, miliki dokumen IMM13 - Polis Sabah
Polis Sabah mengesahkan tiga kru kapal nelayan yang diculik di perairan Pulau Pom Pom, Semporna malam tadi adalah warga Filipina.
Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan hingga 22 Julai
Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Esszone yang berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 22 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.
Bekas mangsa culik Abu Sayyaf dijadual pulang ke Sarawak pagi esok - Polis
Proses mengambil keterangan daripada kesemua mangsa untuk dokumentasi hampir selesai dan proses membawa mereka pulang akan diuruskan pihak polis.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 3 Mei - Pesuruhjaya Polis Sabah
Abdul Rashid berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Culik: Polis Sabah akan ambil keterangan kru kapal warga Indonesia yang selamat
Mereka dilaporkan diculik kumpulan bersenjata yang dipercayai memintas kapal tunda mereka, ketika dalam perjalanan dari Filipina ke Indonesia.
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.