NATIONAL
Komen Bill O'Reilly dangkal, berpandangan sempit - Mohd Shahar
MOHD SHAHAR: Adalah dikesali apabila Malaysia menjadi mangsa individu yang memilih untuk bercakap berdasarkan andaian berbanding fakta. - Gambar fail/SPRM
KUALA LUMPUR: Komen yang dibuat oleh pengulas politik Amerika Syarikat, Bill O’Reilly mencerminkan pandangan sempit dan kedangkalan pengetahuannya tentang Asia Tenggara.
Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dengan nilai ekonomi global dicerminkan menerusi kepimpinan perdagangan, kekuatan industri dan diplomasi serantau.
Tegasnya, salah faham seumpama itu amat dikesali kerana sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyasarkan integrasi serantau, kerjasama ekonomi dan kestabilan Asia secara keseluruhannya.
Katanya, Malaysia mempunyai kedudukan sebagai peneraju global dalam semikonduktor, menyumbang 13 peratus daripada bahagian pasaran global dalam pembungkusan, pemasangan dan pengujian.
Malaysia juga mempunyai hubungan perdagangan negara yang kukuh dengan China, dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah RM484.12 bilion, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
"Adalah dikesali apabila Malaysia menjadi mangsa individu yang memilih untuk bercakap berdasarkan andaian berbanding fakta.
"Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat, penyumbang aktif kepada kemajuan global, rakan kongsi yang dipercayai, dan suara yang semakin penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.
"Ekonomi kita berdaya tahan, dengan prestasi perdagangan mencapai tahap tertinggi yang direkodkan," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, mencecah RM1.93 trilion, mempamerkan daya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Justeru, beliau menyeru pengulas asing agar memberi pendapat berdasarkan fakta dan bergerak melangkaui stereotaip lapuk, serta mengakui realiti ekonomi global hari ini yang saling berkaitan.
Terdahulu dalam satu segmen videonya O'Reilly mendakwa rakyat Malaysia tidak mempunyai wang dan tidak relevan sebagai rakan dagang kepada China.
Kenyataan itu dibuat ketika dia mengulas mengenai lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja baru-baru ini.