Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati memberi komen di laman sosial berhubung Islam dan hukum hudud di Malaysia kerana dikhuatiri boleh mengundang tindak balas daripada kumpulan militan IS.
Beliau berkata IS boleh mengambil tindakan dalam pelbagai cara yang boleh menggugat keselamatan negara kerana mereka begitu sensitif dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum Islam.
"Orang ramai perlu segera berhenti membuat komen berkenaan secara terbuka kerana sebarang komen yang berunsur negatif boleh mengundang kepada tindak balas IS. Saya tidak ingin apa yang berlaku di Perancis turut berlaku di negara kita," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.
Pada Februari lepas, IS mengancam akan melakukan serangan di Perancis melalui video ajakan bergabung kepada Muslim Perancis membentuk khalifah baharu.
Khalid berkata perbincangan secara terbuka mengenai Islam dan hukum hudud yang dibandingkan dengan Perlembagaan negara juga boleh mengundang kepada kemarahan orang lain.
-
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara berkata pihak polis terus berusaha mencari jalan untuk menyekat fahaman IS terus menular masuk ke negara ini.
"Polis sentiasa berusaha mencari pendekatan terbaik bagi menyekat usaha menghasut anak muda dan rakyat kita untuk masuk IS.
"Kami juga tahu sejauh mana kemampuan IS dan pihak polis sentiasa melakukan pendedahan kepada masyarakat bahawa terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang kini berada di Syria bersama-sama dengan rakyat lebih 40 negara lain yang kononnya berjihad di sana," katanya.
Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan jumlah rakyat Malaysia yang menyertai IS di Syria, menyusup masuk pulang ke negara ini.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis tidak memilih bulu dalam melakukan siasatan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di negara ini.
Beliau berkata pihak polis telah memanggil tokoh politik sama ada daripada parti kerajaan mahupun parti pembagkang termasuk Ketua Wanita UMNO Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi keterenagan berhubung dengan kenyataan mereka yang didakwa berbaur perkauman.
"Kami tidak pernah melakukan interview menerusi telefon seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sebaliknya mereka dipanggil untuk memberi keterangan sama seperti individu lain yang ditahan sebelum ini," kata Khalid.
Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini menyoal langkah polis yang mendakwa hanya mengambil tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan bukannya anggota UMNO yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Pada Disember 2014 lalu, Mashitah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran. Beliau telah membangkitkan isu tersebut dalam perbahasannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu.
Ismail Sabri pula tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Februari lalu, berhubung kenyataannya menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina berhubung kenaikan harga barang, di mana kenyataan itu menjadi viral dan menimbulkan kekecohan di media sosial.
Bernama
Tue Mar 24 2015
Orang ramai dinasihat agar lebih berhati-hati memberi komen di laman sosial berhubung hukum hudud kerana boleh mengundang tindak balas IS. - Gambar Fail
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Empat individu sokong, milik bahan berkaitan Daesh dihadap ke mahkamah hari ini
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor dan Kelantan atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Bekas pensyarah universiti didakwa sokong, miliki bahan berkaitan IS
Seorang bekas pensyarah sebuah universiti awam didakwa atas empat pertuduhan memiliki bahan bacaan, menghasut dan memberi kemudahan menyokong perbuatan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Indeks pelopor Malaysia catat 108.4 mata pada April - Perangkaan
Indeks Pelopor Malaysia terus menyusut kepada negatif 2.7 peratus, mencatatkan 108.4 mata pada April 2023 berbanding 111.4 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
68 maut letupan berhampiran sekolah di Kabul, ramai masih hilang
Kematian akibat serangan bom di luar sebuah sekolah di Kabul, Afghanistan meningkat kepada 68 orang, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Majlis Keselamatan PBB sokong inisiatif gencatan senjata diketuai Malaysia
Tempoh 90 hari gencatan senjata tersebut bermula pada 1 Julai, hari di mana resolusi tersebut dimeterai.
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Irwanzir yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Jenayah perang: Tindakan Trump maafkan tentera AS amat memalukan
Tindakan Donald Trump ampun tiga tentera AS terlibat jenayah di Iraq dan Afghanistan dikutuk. United Kingdom turut didesak ambil tindakan kes bunuh libatkan tenteranya.
Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
Penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri membimbangkan - Polis
Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan Daesh sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baharu.