KUALA LUMPUR: Komitmen Gamalux Sdn Bhd dalam mengetengahkan perniagaan berteraskan kelestarian, fokus, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi masa depan lebih hijau, wajar dicontohi pihak lain, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata selain aspek pensijilan kelestarian, Gamalux yang juga pemain utama dalam industri hiliran sawit, turut mengambil langkah berani dengan memulakan pelaporan ESG pada 2023.
"Pendekatan berpandangan jauh ini hanya mengetengahkan plaform bagi usaha masa depan seperti sinergi operasi perniagaan bagi projek kredit karbon," katanya dalam ucaptama pada Majlis Makan Malam Perniagaan Gamalux 2024 di sini, malam ini.
Majlis yang diadakan sempena penganjuran Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik (POC2024) ke-35, turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Ahsan Raza Shah selain kalangan peneraju industri dan rakan dari serata dunia.
Menjelaskan selanjutnya, Chan berkata aktiviti perniagaan Gamalux juga sejajar dengan aspirasi alam sekitar Malaysia terutama ketika negara memulakan perjalanan ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030) Menggalakkan Biobahan Api sebagai Sumber Tenaga Bersih dan Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan 2023-2030 (NBAP2030) bagi Meningkatkan Ekonomi Kitaran Melalui Biojisim Agrikomoditi.
"Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Gamalux.
"Kita turut mengiktiraf sinergi antara badan, agensi kerajaan serta syarikat bertanggungawab. Secara bersama, kita dapat mencapai prestasi yang lebih positif dan produktif," katanya.
Gamalux yang bakal meraikan ulang tahun ke-30 pada 18 Ogos, 2024, juga kekal komited terhadap kelestarian dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Usman Ahmed berkata tumpuan syarikat kekal kepada menyediakan peluang mampan untuk pemimpin industri menggalakkan biodiversiti selain memperkasa pelanggan bagi meningkatkan jejak karbon positif masing-masing.
"Dalam era yang menyaksikan kemampanan alam sekitar sebagai amat penting, Gamalux komited terhadap aspirasi Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
"Gamalux juga dengan bangganya berada pada kedudukan sebagai pengeluar suapan utama di Malaysia bagi bahan api mampan (SAF) dan industri diesel boleh baharu (HVO).
"Bahan suapan ini tidak hanya mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan, tetapi turut memainkan peranan penting dalam menyokong pelanggan dalam kelompok syarikat Fortune 500 dan penggiat industri minyak sawit di serata dunia dalam mencapai matlamat kelestarian masing-masing," katanya.
Usman berkata Gamalux yang ditubuhkan pada 1994, sememangnya komited terhadap usaha memupuk ekonomi kitaran yang penting dalam mengemudi industri minyak sawit yang tidak menentu.
Beliau turut berkongsi inisiatif Gamalux seperti Kilang Pengekstrakan Pelarut yang dijangka beroperasi secara komersial menjelang suku ketiga 2024 di Pulau Indah, Selangor serta rancangan pembinaan kemudahan oleokimia pertama di Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu serta pembesaran kilang oleokimia sedia ada di Pelabuhan Qasim, Karachi pada 2025.
Malah, katanya, kilang oleokimia di POIC Lahad Datu akan menjadi yang pertama di Borneo selain sejajar dengan hasrat Gamalux untuk meningkatkan pengeluaran bagi eksport ke China, Jepun dan Korea Selatan sebanyak 120,000 tan setahun.
Kilang di Pulau Indah yang terletak secara strategik berhampiran Pelabuhan Klang (Westports), berperanan sebagai hab penting dalam rangkaian pembekal bahan mentah dari Semenanjung Malaysia dan Sumatera, sekali gus meningkatkan kecekapan logistik serta kerjasama dalam rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Chan berkata selain aspek pensijilan kelestarian, Gamalux yang juga pemain utama dalam industri hiliran sawit, turut mengambil langkah berani dengan memulakan pelaporan ESG pada 2023. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Komitmen perniagaan Gamalux dipacu ESG wajar dicontohi - Timbalan Menteri KPK
Komitmen Gamalux Sdn Bhd dalam mengetengahkan perniagaan berteraskan kelestarian, fokus, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi masa depan lebih hijau, wajar dicontohi pihak lain.