Astro Publication
Thu Aug 28 2014
Selesai sudah acara pelancaran rasmi Ford EcoSport, dan harganya ditetapkan pada RM92,888 dan RM103,888 masing-masing untuk varian Trend dan Titanium (Harga di atas jalan termasuk insurans). Menarik harganya; dan bagi varian Trend jelas menonjolkan sebuah SUV kompak yang sukar untuk diendahkan.
“EcoSport serba baharu ialah model terbaharu dalam keluarga segmen B kami yang kian berkembang di peringkat global. Ia direka untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap SUV kompak di Malaysia,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.
“Pelancaran EcoSport serba baharu menjadi satu lagi bukti terhadap strategi transformasi berasaskan kepada produk kami di Malaysia. EcoSport menawarkan para pemandu dengan alternatif kepada kereta kompak yang mampu milik dan penuh inspirasi.” Beliau menambah.
EcoSport diimport daripada Thailand di mana Ford mempunyai kilang pemasangan yang moden. SUV ini berkongsi platform dengan hatchback Fiesta untuk menjelaskan tentang saiznya yang tidak terlalu besar. Namun, ia masih lagi sesuai untuk keluarga kecil yang memerlukan sebuah kenderaan utiliti yang cekap, selamat, seronok dipandu, menjimatkan dan direka baik.
Enjinnya adalah unit empat silinder 1.5 liter untuk menghasilkan 108hp dan 142Nm tork. Ini adalah unit sama yang digunakan oleh Ford Fiesta Sport, tetapi dengan kuasa enjin yang mempunyai talaan berbeza. Sepertimana Fiesta itu, transmisi juga adalah Powershift 6-kelajuan. Kombinasi ini didakwa dapat mencatat penggunaan petrol sebaik 15.4km/L.
Ford Sync seperti biasa menjadi tarikan untuk ketersambungan melalui suara pemandu/penumpang bagi kawalan telefon anda melalui Bluetooth, dan sistem audio kereta. Sekarang, sistem ini juga boleh didapati dalam bahasa Mandarin di samping Bahasa Inggeris.
Varian EcoSport Titanium juga hadir bersama sistem kemasukan pintar tanpa kunci (Smart Keyless Entry) dengan butang Push Start Ford, penggilap cermin, lampu utama automatik dan bumbung suria.
Keselesaan penumpang diberi perhatian tambahan dengan usaha mengurangkan bunyi bising NVH (Noise, Vibration, Harshness). Menggunakan indeks artikulasi untuk memudahkan penumpang berbual tanpa meninggikan suara, jurutera Ford telah berjaya memastikan perbualan tenang dapat dikekalkan walaupun kereta ini meluncur sehingga 120km/sj.
ESP, Traction Control dan Hill Launch Assist adalah standard. Varian Titanium dilengkapkan dengan 7 beg udara manakala Trend pula dengan beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.
EcoSport serba baharu Trend didatangkan dalam tiga warna – merah (Candy Red), kelabu (Midnight Sky) dan putih (Frozen White). Sementara varian Titanium pula hadir dalam warna merah (Mars Red), biru (Winning Blue), kelabu (Midnight Sky) dan putih (Frozen White).
Pembelian Ford EcoSport ini didatangkan dengan Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford. Pelan ini adalah program servis dan penyelenggaraan selama tiga tahun (atau jarak perbatuan sejauh 60,000km) yang meliputi penggantian alat ganti dan kos buruh secara percuma. Alat ganti percuma di dalam tempoh ini termasuk palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan penggilap cermin.
Maklumat lanjut mengenai Ford EcoSport serba baharu, sila layari laman web: www.ford.com.my.
(Klik sini untuk lagi gambar Ford EcoSport)
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Kompak dan menarik: Ford EcoSport
SUV moden yang datang dengan harga yang kompetitif. Pelan Servis Lanjutan menjadikan ia lebih bermakna
Ada apa dalam bilik pameran Ford?
Kereta Ford la; dan yang terbaru ialah EcoSport. SUV kompak berjiwa besar