MALAYSIA
Kompas Gramedia perluas inisiatif ESG, sasar pengukuhan budaya kelestarian
Wisnu Nugroho ketika ditemui di Majlis Kecemerlangan ESG di Seluruh Asia Malam Gala anjuran bersama Kompas, semalam. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Peranan sektor awam dan swasta dalam memacu kelestarian menjadi tumpuan utama pada Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2025, apabila seramai 52 pemenang dari Malaysia, Filipina dan Indonesia diraikan atas usaha mereka dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Para pemenang dipilih berdasarkan 12 kategori berbeza, termasuk pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sisa, tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pengurusan rantaian bekalan, perkongsian inovatif serta transformasi, oleh panel juri antarabangsa.
Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ke syarikat bersaiz pertengahan serta korporat besar, dan diiktiraf atas komitmen luar biasa mereka terhadap kelestarian, usaha memperkasa daya tahan iklim dan amalan perniagaan beretika.
Naib Presiden Kelestarian KG Media, Wisnu Nugroho berkata, beliau berharap anugerah ini menjadi titik penyatuan bagi transformasi ESG bersama di seluruh rantau.
"Sebelum kami menerapkannya kepada pihak luar, kami sendiri telah mengambil langkah-langkah dalaman yang lebih intensif, termasuk pengiraan jejak karbon di peringkat syarikat, merangkumi pencegahan, pengurangan dan pembaikan (offset) jejak karbon.
"Ketiga-tiga langkah ini menjadi asas untuk kami membina naratif serta bekerjasama dengan pihak-pihak luar bagi mengembangkan dan memperluas inisiatif ini, bukan hanya sebagai kewajipan tetapi sebagai satu seruan untuk kebaikan alam dan kelestarian manusia," katanya kepada Astro AWANI ketika Majlis Kecemerlangan ESG di Seluruh Asia Malam Gala anjuran bersama Kompas, semalam.
Wisnu turut memaklumkan bahawa tahun depan, pendekatan ESG akan diperluaskan ke unit-unit media lain di bawah Kompas Gramedia sebagai langkah memperkukuh komitmen kelestarian secara menyeluruh.
“Kami membina naratif, membina cerita yang bukan hanya untuk kami sendiri tetapi untuk dikembangkan bersama rakan-rakan industri lain.
"Lebih banyak kerjasama dan kolaborasi akan dijalin dengan organisasi yang mempunyai matlamat kelestarian yang sama, bagi memperluas impak dan memacu gerakan ESG sebagai budaya serantau," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Peranan sektor awam dan swasta dalam memacu kelestarian menjadi tumpuan utama Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2025, dengan 52 pemenang dari Malaysia, Filipina, dan Indonesia diiktiraf atas usaha ESG.
- Pemenang dipilih dalam 12 kategori termasuk pemuliharaan biodiversiti, tenaga boleh baharu, dan inovasi, oleh panel juri antarabangsa, merangkumi syarikat dari PKS hingga korporat besar.
- Naib Presiden Kelestarian KG Media, Wisnu Nugroho, menekankan pengurusan jejak karbon sebagai asas, serta rancangan untuk memperluas inisiatif ESG ke unit media lain demi memperkukuh komitmen kelestarian dan kolaborasi serantau.
Para pemenang dipilih berdasarkan 12 kategori berbeza, termasuk pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sisa, tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pengurusan rantaian bekalan, perkongsian inovatif serta transformasi, oleh panel juri antarabangsa.
Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga ke syarikat bersaiz pertengahan serta korporat besar, dan diiktiraf atas komitmen luar biasa mereka terhadap kelestarian, usaha memperkasa daya tahan iklim dan amalan perniagaan beretika.
Naib Presiden Kelestarian KG Media, Wisnu Nugroho berkata, beliau berharap anugerah ini menjadi titik penyatuan bagi transformasi ESG bersama di seluruh rantau.
"Sebelum kami menerapkannya kepada pihak luar, kami sendiri telah mengambil langkah-langkah dalaman yang lebih intensif, termasuk pengiraan jejak karbon di peringkat syarikat, merangkumi pencegahan, pengurangan dan pembaikan (offset) jejak karbon.
"Ketiga-tiga langkah ini menjadi asas untuk kami membina naratif serta bekerjasama dengan pihak-pihak luar bagi mengembangkan dan memperluas inisiatif ini, bukan hanya sebagai kewajipan tetapi sebagai satu seruan untuk kebaikan alam dan kelestarian manusia," katanya kepada Astro AWANI ketika Majlis Kecemerlangan ESG di Seluruh Asia Malam Gala anjuran bersama Kompas, semalam.
Wisnu turut memaklumkan bahawa tahun depan, pendekatan ESG akan diperluaskan ke unit-unit media lain di bawah Kompas Gramedia sebagai langkah memperkukuh komitmen kelestarian secara menyeluruh.
“Kami membina naratif, membina cerita yang bukan hanya untuk kami sendiri tetapi untuk dikembangkan bersama rakan-rakan industri lain.
"Lebih banyak kerjasama dan kolaborasi akan dijalin dengan organisasi yang mempunyai matlamat kelestarian yang sama, bagi memperluas impak dan memacu gerakan ESG sebagai budaya serantau," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berdasarkan artikel, apakah yang menjadi tumpuan utama Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2025?
A: Peranan sektor awam dan swasta dalam memacu kelestarian. - Q: Apa yang menjadi kriteria pemilihan pemenang Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2025?
A: Pemenang dipilih berdasarkan 12 kategori berbeza, termasuk pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sisa, tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, pengurusan rantaian bekalan, perkongsian inovatif serta transformasi. - Q: Siapakah yang mengiktiraf syarikat-syarikat pemenang Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2025?
A: Panel juri antarabangsa. - Q: Apakah langkah dalaman yang diambil oleh KG Media sebelum menerapkan transformasi ESG kepada pihak luar?
A: Mengambil langkah-langkah intensif seperti pengiraan jejak karbon di peringkat syarikat, pencegahan, pengurangan, dan pembaikan jejak karbon. - Q: Apakah pelan KG Media bagi memperluaskan pendekatan ESG ke unit-media lain di bawah Kompas Gramedia?
A: Pendekatan ESG akan diperluaskan ke unit-media lain sebagai langkah memperkukuh komitmen kelestarian secara menyeluruh, dengan membina naratif dan kerjasama bersama rakan industri untuk memperluas impak dan memacu gerakan ESG sebagai budaya serantau.