NILAI: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Twitter yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai pelaksanaan kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian semalam
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun itu, yang dikenal pasti sebagai 'No War But Class War' @ Icsmxms, akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Pemilik akaun itu memuat naik status 'Area Rumah Aku Nilai Impian. Tuan Rumah RM25K, Tetamu RM5K pada 4.33 petang Khamis.
"Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021," menurutnya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial masing-masing.
Hari ini, Bernama melaporkan polis memberi penjelasan bahawa gambar yang tular di media sosial merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama di kawasan perumahan Nilai Impian.
Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah polis melakukan tinjauan bersama dengan pengamal media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021
Pemilik akaun itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. -Gambar hiasan
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.