MALAYSIA
Kompaun terhadap Sin Chew, Sinar Harian keterlaluan, tidak seimbang - MMM
Menurut MMM, penalti yang melampau boleh mewujudkan ketidaktentuan dalam industri media, sekali gus menghalang bilik berita daripada bereksperimen serta berinovasi.
KUALA LUMPUR : Majlis Media Malaysia (MMM) menyifatkan kompaun RM100,000 yang dikenakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap dua syarikat akhbar tempatan, Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai keterlaluan serta tidak seimbang dengan kesalahan yang didakwa.
Ringkasan AI
MMM berkata, meskipun pihaknya mengakui kepentingan ketepatan maklumat dan keperluan menghormati simbol negara, hukuman berat seperti itu hanya akan menimbulkan suasana ketakutan dan penapisan sendiri dalam kalangan wartawan serta pengarang.
"Kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun dikesali, wajar ditangani dengan langkah pembetulan yang berpatutan. Hukuman berat pula hanya akan menjejaskan operasi bilik berita, laporan berkepentingan awam dan kepelbagaian suara dalam ekosistem media negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Menurut MMM, penalti yang melampau boleh mewujudkan ketidaktentuan dalam industri media, sekali gus menghalang bilik berita daripada bereksperimen serta berinovasi, khususnya ketika landskap kewartawanan berdepan perubahan pesat akibat teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Sehubungan itu, MMM menyeru MCMC, Kementerian Dalam Negeri, organisasi media serta pihak berkepentingan lain mengadakan dialog konstruktif bagi membangunkan garis panduan lebih jelas dan rangka kerja yang telus dalam menangani isu seumpama ini.
"Matlamat bersama adalah melindungi integriti kewartawanan dan hak orang ramai terhadap maklumat, sambil memberi ruang kepada media untuk berkembang, menyesuaikan diri serta berinovasi," katanya.
MMM menegaskan pihaknya komited bekerjasama dengan semua pihak bagi menegakkan kewartawanan bertanggungjawab serta mempertahankan kebebasan media sebagai tonggak penting demokrasi negara.
Pada April lalu, Sin Chew Daily menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka depannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.
Susulan itu, polis menahan ketua editor dan timbalan ketua penyunting akhbar berbahasa Cina bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
Sementara itu, akhbar Sinar Harian pada Jun lalu memohon maaf atas kesilapan penyiaran infografik di media sosial yang memaparkan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Khalid Ismail, sebagai ahli PKR.
Dalam kenyataan, Sinar Harian berkata mendapati kesilapan tersebut berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial yang menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.
Ringkasan AI
- Majlis Media Malaysia (MMM menyifatkan kompaun RM100,000 oleh MCMC terhadap dua akhbar tempatan sebagai keterlaluan, dan boleh menjejaskan kebebasan serta inovasi dalam industri media.
- MMM menyeru dialog konstruktif antara MCMC, KDN dan organisasi media bagi membangunkan garis panduan yang lebih jelas dan telus dalam menangani kesilapan editorial.
- Kes melibatkan Sin Chew dan Sinar Harian berpunca daripada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan, dan MMM menegaskan bahawa pembetulan berpatutan lebih wajar daripada hukuman berat.