awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompetensi makmal forensik digital SPRM diiktiraf - Azam

Bernama
Bernama
19/12/2024
22:20 MYT
Kompetensi makmal forensik digital SPRM diiktiraf - Azam
Azam Baki dalam kenyataan pada Khamis berkata akreditasi tersebut ditauliahkan kepada Bahagian Forensik Digital (BFT) SPRM pada 13 Nov lepas di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan kompetensi makmal forensik digitalnya selepas memperoleh Sijil Akreditasi ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia.
Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan pada Khamis berkata akreditasi tersebut ditauliahkan kepada Bahagian Forensik Digital (BFT) SPRM pada 13 Nov lepas di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia.
Beliau berkata ia menjadi penanda aras keupayaan teknikal makmal forensik digital SPRM untuk menghasilkan keputusan analisis forensik yang tepat serta mematuhi aspek sistem pengurusan, pengesahan kaedah analisis, kawalan proses analisis dan kompetensi petugas makmal.
"Dengan akreditasi ini, hasil analisis forensik digital kita bukan sahaja diperakui di Malaysia tetapi juga diiktiraf di peringkat global, membuka ruang untuk kerjasama rentas sempadan dalam siasatan dan penyelidikan," katanya.
Azam berkata akreditasi itu melibatkan empat skop iaitu forensik komputer; forensik audio video dan imej; forensik telefon bimbit; serta forensik tulisan tangan pengubahsuaian dokumen dan stamp impression.
"Dengan pencapaian ini, BFT kini mempunyai mandat untuk memastikan semua proses analisis forensik digital berjalan mengikut piawaian yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Sijil Akreditasi ISO
#makmal forensik digital
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan