awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks letak kenderaan bertingkat selesai isu kekurangan parkir HRPB

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
26/06/2023
04:51 MYT
Kompleks letak kenderaan bertingkat selesai isu kekurangan parkir HRPB
Susulan masalah kekurangan tempat letak kereta di HRPB, orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan di sekeliling dan berhampiran bangunan hospital. - Foto Astro AWANI
IPOH: Sebuah kompleks letak kenderaan bertingkat bakal dibina bagi menyelesaikan isu kekurangan ruang parkir yang membelenggu pelawat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sejak puluhan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kos pembinaan kompleks itu akan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah syarikat dari China.
Katanya, perkara berkenaan diputuskan hasil pertemuan antara beliau dan syarikat tersebut pada April lalu, namun kerajaan negeri masih belum menerima kertas kerja projek itu.
“Kita dalam sedang dalam perbincangan, namun masih belum menerima kertas kerja daripada syarikat China berkenaan. Apabila saya sudah menerimanya nanti, saya akan kemukakan pada Mesyuarat Exco.
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan beliau maklumkan akan melihat kertas kerjanya nanti.
“Kemudian, saya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan, dan sekiranya ia berjaya di HRPB (menyelesaikan isu kekurangan parkir), kita akan laksanakan pula projek sama di Hospital Taiping yang dilihat mempunyai masalah sama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Selain itu, Sivanesan berharap caj yang akan dikenakan syarikat berkenaan kepada pelawat yang akan menggunakan kompleks itu kelak ditetapkan pada kadar yang munasabah.
Beliau juga memaklumkan, kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang syarat atau tempoh masa kepada syarikat tersebut untuk menyiapkan projek itu, namun ia dijangka bermula pada tahun hadapan.
“Buat sementara waktu ini, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan van shuttle yang disediakan HRPB di Stadium Perak untuk berurusan di hospital.
“Isu ketidakcukupan ruang parkir ini bukan hanya dialami HRPB sebaliknya ia turut dialami kebanyakan hospital awam di seluruh negara,” ujarnya.
Masalah kekurangan tempat letak kenderaan antara isu utama yang menjadi rungutan dan keluhan orang ramai apabila berurusan di HRPB.
Susulan itu, orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan di sekeliling dan berhampiran dengan bangunan hospital tersebut.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#parkir kenderaan bertingkat
#hospital awam
#A Sivanesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan