awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2021
00:27 MYT
Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari
Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar ditutup tiga hari untuk kerja-kerja sanitasi bangunan berkenaan. -Bernama
ALOR SETAR: Kompleks Pekan Rabu, di sini, ditutup selama tiga hari bermula Ahad sebagai langkah pencegahan untuk mengekang penularan COVID-19.
Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa berkata, penutupan kompleks perniagaan ini bermula 16 hingga 18 Mei untuk membolehkan kerja-kerja sanitasi bangunan secara keseluruhan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, penutupan kompleks berkenaan bukanlah dibuat disebabkan jangkitan dalam kalangan peniaga.
"Dakwaan bahawa Pekan Rabu ditutup disebabkan ada jangkitan dalam kalangan peniaga hanya salah faham dan khabar angin.
"Kita tutup untuk sanitasi selepas mendapati ada beberapa pengunjung dikhuatiri memakai gelang merah jambu cuba memasuki premis," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Ridhuwan berkata, walaupun pengunjung berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Pekan Rabu dan belum disahkan dijangkiti virus, namun warga Pekan Rabu mengambil langkah berjaga-jaga.
Sehubungan itu, katanya, kompleks peniagaan ini ditutup atas inisiatif warga Pekan Rabu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung ke Pekan Rabu," katanya.
Menurut Ridhuwan, beliau meminta pengunjung tidak bimbang berikutan pihaknya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan penutupan kompleks perniagaan berkenaan hanyalah untuk proses sanitasi semata-mata.
Artikel asal di Sinar Harian: Kompleks Pekan Rabu ditutup tiga hari
Topic Berkaitan
#Pekan Rabu
#ditutup tiga hari
#langkah pencegahan
#Ridhuwan Mustafa
#khabar angin
#COVID-19
#peniaga
#SOP
#sanitasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan