MALAYSIA
Kompleks pentadbiran, komersial MAIPk tampil seni bina nusantara Melayu
Wan Zahidi (tengah) dan Mohd Annuar (tiga dari kiri) melakukan gimik pecah tanah kompleks pentadbiran, komersial MAIPk di Ipoh, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memulakan kerja pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Pusat Komersial (KPPK) MAIPk, yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bandaraya Ipoh yang memperlihatkan warisan sejarah.
Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, projek itu menampilkan reka bentuk seni bina Nusantara Melayu, berinspirasikan elemen dan motif rumah tradisional Melayu Perak, khususnya rumah kutai.
Menurutnya, usaha itu merupakan sebahagian daripada usaha MAIPk memberi nafas baharu dan menyuntik roh dalam hasrat memartabatkan seni bina warisan Melayu yang kian terpinggir dalam arus pembangunan moden.
“Pembangunan KPPK bukan sahaja menitikberatkan aspek fungsi dan kemudahan moden malah turut mengangkat estetika seni warisan tempatan sebagai teras utama reka bentuk,” katanya ketika berucap pada majlis doa selamat bagi memulakan projek berkenaan, di sini, hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Muti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.
Mohd Annuar berkata, antara ciri utama bangunan ini ialah bumbung lima yang sinonim dengan reka bentuk rumah tradisional Perak serta ukiran kayu halus pada tiang siling dan tingkap, mencerminkan ketukangan halus masyarakat Melayu.
Selain itu, katanya, tingkap bangunan ini mempunyai peneduh suria, yang mengekalkan nilai estetik di samping berfungsi sebagai kawalan cahaya dan haba di samping penggunaan elemen serta bahan binaan tradisional, bagi mengekalkan keaslian rupa bentuk warisan dan tona warna berinspirasikan alam semula jadi, melambangkan kelestarian, keaslian dan kesederhanaan seni bina terdahulu.
Menurutnya, konsep dan reka bentuk kompleks diterajui oleh sebuah syarikat arkitek tempatan, selaku perunding utama projek.
Katanya, KPPK merangkumi pembinaan sebuah bangunan setinggi enam tingkat, serta dua tingkat ‘basement' untuk 314 lot tempat letak kereta dan 70 lot tempat letak motosikal.
“Kompleks akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden di samping ruang pejabat dan lantai komersial dan ruang niaga, satu lantai dikhususkan untuk galeri warisan,” ujar beliau lagi.
Menurutnya, pembinaan kompleks itu melibatkan kos kira-kira RM74.6 juta dan dijangka mengambil masa 30 bulan dengan sasaran siap pada April 2028.
Mohd Annuar dalam masa sama optimis pembangunan KPPK kelak akan menjadi penanda aras baharu dalam pendekatan pembangunan yang menggabungkan tradisi dengan modenisasi, memenuhi agenda memulihara budaya dan warisan Melayu.
Tambahnya, kompleks itu bukan sahaja akan berfungsi sebagai pusat urusan pentadbiran, malah dirancangkan untuk menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong, pendidikan serta sejarah untuk generasi akan datang.