NATIONAL

Komunikasi awal elak serangan pembangkang - Lokman Adam

Hilal Azmi 02/01/2017 | 14:25 MYT
LOKMAN: Amalan komunikasi awal oleh kerajaan menjadikan rakyat lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan perubahan dasar yang berlaku. - Gambar fail
Amalan komunikasi awal oleh kerajaan menjadikan rakyat lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan perubahan dasar yang berlaku.
Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pendekatan itu penting agar jawapan jelas diberikan sebelum sebarang serangan atau manipulasi maklumat daripada pihak pembangkang.
"Saya nampak usaha ini perlu dipertingkatkan lagi pada tahun ini terutamanya dalam hal yang membabitkan perubahan dasar kerajaan," katanya ketika ditemubual secara eksklusif dalam Awani 745 pada Isnin.
#Kementerian Kewangan #komunikasi awal #Lokman Noor Adam #pembangkang