MALAYSIA
Komunikasi palsu: Mahkamah putuskan wanita tak perlu jalani pemeriksaan psikiatri kali kedua
Mahkamah putuskan Persana Avril (kiri) layak dibicarakan dan tidak perlu jalani pemeriksaan psikiatri kali kedua. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan bahawa tukang urut wanita yang berdepan pertuduhan memuat naik hantaran video dan gambar sijil nikah palsu membabitkan dirinya dengan seorang kerabat diraja tidak perlu menjalani pemeriksaan psikiatri kali kedua.
Ringkasan AI
Hakim Suhaila Haron berkata laporan perubatan psikiatri Persana Avril Sollunda, 43, yang diperoleh daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak menunjukkan bahawa dia layak dibicarakan.
"Sebarang isu berkaitan ubat boleh dirujuk terus kepada pihak hospital. Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 31 Okt ini manakala tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 3 hingga 5 Dis ini dikekalkan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham membantah permohonan tertuduh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sekali lagi kerana laporan perubatan yang diperoleh sebelum ini adalah memadai.
Peguam Rubhern Raj pula berkata pihaknya memohon pemeriksaan psikiatri dibuat sekali lagi kerana ubat sedia ada tidak berkesan dan Persana Avril juga mengadu sering mundar-mandir dan sukar untuk dikawal sehingga menimbulkan masalah kepada pihak penjara.
Pada prosiding itu, Izzat Amir turut memaklumkan bahawa terdapat pindaan dalam pertuduhan iaitu ayat "menyakiti hati orang lain" ditukar kepada "mengganggu orang lain".
Pertuduhan itu kemudian dibacakan semula kepada tertuduh yang masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat untuk mengganggu orang lain pada 25 Feb lepas.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, Persana Avril boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah putuskan Persana Avril layak dibicarakan dan tidak perlu jalani pemeriksaan psikiatri kali kedua.
- Tertuduh didakwa memuat naik video dan gambar sijil nikah palsu melibatkan kerabat diraja di TikTok dengan niat mengganggu orang lain.
- Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM500,000, serta denda tambahan harian jika kesalahan diteruskan.
Hakim Suhaila Haron berkata laporan perubatan psikiatri Persana Avril Sollunda, 43, yang diperoleh daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak menunjukkan bahawa dia layak dibicarakan.
"Sebarang isu berkaitan ubat boleh dirujuk terus kepada pihak hospital. Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 31 Okt ini manakala tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 3 hingga 5 Dis ini dikekalkan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham membantah permohonan tertuduh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sekali lagi kerana laporan perubatan yang diperoleh sebelum ini adalah memadai.
Peguam Rubhern Raj pula berkata pihaknya memohon pemeriksaan psikiatri dibuat sekali lagi kerana ubat sedia ada tidak berkesan dan Persana Avril juga mengadu sering mundar-mandir dan sukar untuk dikawal sehingga menimbulkan masalah kepada pihak penjara.
Pada prosiding itu, Izzat Amir turut memaklumkan bahawa terdapat pindaan dalam pertuduhan iaitu ayat "menyakiti hati orang lain" ditukar kepada "mengganggu orang lain".
Pertuduhan itu kemudian dibacakan semula kepada tertuduh yang masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Persana Avril didakwa membuat dan memulakan penghantaran gambar dalam satu video palsu di aplikasi TikTok melalui akaun "king.charles.ratu" yang memaparkan sijil pernikahan palsu antara seorang kerabat diraja dan Crown Princess Ratu Shana dengan niat untuk mengganggu orang lain pada 25 Feb lepas.
Hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 26 Feb lepas mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, Persana Avril boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, dan boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
-- BERNAMA

#tukang urut wanita
#sijil nikah palsu
#kahwin kerabat diraja
#Persana Avril Sollunda
#Hospital Bahagia