awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komunikasi palsu terhadap kerabat diraja: Waran tangkap untuk wanita gagal hadir ke mahkamah

Bernama
Bernama
22/05/2025
15:45 MYT
Komunikasi palsu terhadap kerabat diraja: Waran tangkap untuk wanita gagal hadir ke mahkamah
Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan waran tangkap itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita yang gagal hadir untuk dituduh berkaitan kes memulakan komunikasi palsu terhadap seorang kerabat diraja.
Hakim Norma Ismail mengeluarkan perintah itu terhadap Persana Avril Sollunda, 43, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hanif Ahijman.
Terdahulu, Muhammad Amir Hanif berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa Persana Avril, yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah sepatutnya didakwa hari ini namun wanita itu tidak hadir ke mahkamah.
"Sebelum ini, pegawai penyiasat telah memohon satu saman kehadiran daripada Mahkamah Majistret di sini bagi mengarahkan Persana Avril hadir untuk menghadapi pertuduhan ke atasnya dan dia sendiri telah menandatangani saman tersebut pada 29 April," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan waran tangkap itu.
Difahamkan, Persana Avril akan berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia kerana didakwa memuat naik sijil perkahwinan palsu dengan niat untuk mengganggu orang lain di akaun TikTok pada Februari lepas.
Pada Mac lepas, dia ditahan untuk disoal siasat oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu sebelum dibebaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#komunikasi palsu
#saman kehadiran
#Pegawai Penyiasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan