MALAYSIA
Komuniti global pelancongan mesti bawa transformasi, bukan sekadar retorik - Tiong
Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) ketujuh di Melaka tahun ini perlu menjadi satu peristiwa penting yang mendorong perubahan sebenar. - Bernama
MELAKA: Malaysia hari ini menggesa komuniti pelancongan global untuk bergerak melangkaui komitmen terhadap majlis dan sambutan serta memastikan perbincangan mengenai kemampanan, inovasi dan keterangkuman membawa kepada hasil yang konkrit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) ketujuh di Melaka tahun ini perlu menjadi satu peristiwa penting yang mendorong perubahan sebenar dan bukan sekadar 'pertemuan yang menggembirakan' .
"Dalam kita berkumpul di Melaka, janganlah menganggap (acara) ini sebagai majlis sambutan semata-mata, sebaliknya peluang bersama untuk menterjemahkan dialog kepada penyampaian, daripada niat kepada pelaksanaan, daripada kata-kata kepada tindakan," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis perasmian WTD 2025 dan WTC ketujuh di sini, hari ini.
Tiong merakamkan ucapan terima kasih kepada Setiausaha Agung Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Zurab Pololikashvili dan jawatankuasa tersebut kerana memberikan kepercayaan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah WTD 2025 dan WTC.
Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, kerajaan negeri dan masyarakat di kota bersejarah itu atas layanan dan sokongan tulus.
Beliau berkata Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan pelabuhan perdagangan bersejarah, merupakan persekitaran ideal sempena tema tahun ini 'Pelancongan dan Transformasi Mampan' kerana ia menunjukkan bagaimana warisan boleh dipelihara sambil menyokong ekonomi moden.
Tiong berkata pelancongan kekal sebagai antara sektor paling dinamik dan paling pesat berkembang di dunia namun kemajuan sebenar tidak seharusnya diukur dengan pertumbuhan semata-mata, sebaliknya dengan keupayaannya untuk meningkatkan komuniti, memelihara budaya, melindungi ekosistem dan mengukuhkan daya tahan terhadap kejutan masa depan.
"Secara global, industri (pelancongan) pulih sepenuhnya pada 2024 dan terus berkembang hingga lima peratus dalam separuh pertama 2025. Ketahanan ini turut dicerminkan oleh pemulihan Malaysia sendiri iaitu tahun lepas, kita menyambut kedatangan 38 juta pelancong antarabangsa manakala pada separuh pertama 2025, kita merekodkan 20.6 juta ketibaan iaitu 17. 9 peratus peningkatan berbanding tempoh sama pada 2024," katanya.
Sementara itu, Tiong mengingatkan bahawa industri global berdepan kebenaran pahit termasuk pelancongan berlebihan di tapak yang tidak kukuh, faedah tempatan yang terhad dan keperluan mendesak untuk meningkatkan daya saing.
"Di Malaysia, pelaburan tidak sekata dan kesesakan di bandar warisan telah menyumbang kepada penurunan Indeks Pembangunan Perjalanan dan Pelancongan kami, daripada kedudukan ke-27 pada 2019 kepada ke-35 pada 2024, disebabkan oleh infrastruktur dan kesediaan perkhidmatan yang lemah," katanya.
Beliau berkata Malaysia telah pun melaksanakan penyelesaian tempatan yang selaras dengan agenda kelestarian seperti Miso Walai Homestay di Sabah yang melindungi ekosistem hutan hujan sambil menyokong lebih 350 keluarga, The Habitat di Pulau Pinang yang melabur semula pendapatan pelancongan kepada pemuliharaan dan latihan serta Penang Heritage Trust yang melindungi warisan hidup.
Bagi mengukuhkan sokongan struktur, Tiong berkata kementerian bersama Jabatan Perangkaan Malaysia sedang merintis petunjuk Pengukuran Kelestarian Pelancongan (MST) Pelancongan PBB, dengan rancangan untuk memasukkannya ke dalam Akaun Satelit Pelancongan.
Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat digalakkan untuk mengguna pakai piawaian antarabangsa seperti GSTC, ESG, B-Corp dan INSTO, sambil menyatakan bahawa lima hotel Malaysia diberi penghormatan Anugerah Hotel Hijau ASEAN baru-baru ini.
-- BERNAMA