SHAH ALAM: Menyedari keperluan semasa untuk sama-sama membantu ketika berdepan dengan sebarang bencana termasuk banjir, beberapa komuniti masyarakat daripada beberapa daerah di Selangor berkumpul untuk membuat perancangan lebih rapi.
Atas nama ‘Muafakat Komuniti’ yang terdiri daripada wakil penduduk setempat dari 21 kawasan komuniti dari pelbagai daerah, ia bertujuan bagi memastikan sebarang bantuan awal kepada mangsa bencana dapat diberikan.
Menurut Fadzli Bidin yang juga Penyelaras Muafakat Komuniti Alam Megah, pertemuan yang dianjurkan di Seksyen 27, Shah Alam hari ini adalah menyusun atur perancangan yang lebih kemas dan rapi dalam kalangan komuniti sebagai persediaan wajar menghadapi fasa bencana seterusnya, seandainya berlaku.
“Rakyat telah melihat bagaimana senario 'rakyat bantu rakyat telah dizahirkan. Ketika keadaan menjadi genting, rakyat telah menggembleng tenaga, mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing untuk membantu mereka yang sedang menghadapi ujian malapetaka banjir.
“Kesiapsiagaan setempat melalui kemuafakatan komuniti ini amat penting disediakan dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat. Kita melihat rakyat dari seluruh pelusuk negara, pelbagai agama, bangsa, kerakyatan serta umur mengenepikan semua jurang perbezaan dan berganding bahu membantu mangsa yang terlibat sebelum bantuan di peringkat pusat," jelasnya dalam sidang media yang diadakan di Shah Alam hari ini
Tambahnya, dengan mengambil kira apa yang berlaku ketika bencana banjir baru-baru ini, ia telah membuka mata banyak pihak akan keperluan peranan yang perlu dimainkan oleh kelompok masyarakat setempat.
Program Muafakat Komuniti ini juga katanya telah membuktikan bahawa konsep berganding bahu dan saling membantu mampu menyelesaikan banyak masalah dengan lebih berkesan.
Malah program itu jelasnya turut mendapat kerjasama yang baik dengan beberapa institusi setempat seperti masjid-masjid, surau, ketua persatuan penduduk serta lain-lain institusi membabitkan masyarakat.
“Menginsafi apa yang berlaku jelaslah betapa Muafakat Komuniti ini amat perlu diwujudkan dalam kalangan penduduk setempat. Penubuhan ini amar signifikan dalam menghadapi bencana seperti banjir kerana mereka akan lebih cakna terhadap kawasan mereka.
“Oleh itu kita dapat bertindak pantas untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan. Tindakan pantas ini juga akan dapat mengurangkan risiko yang lebih teruk seperti kematian," katanya lagi.
Muafakat Komuniti bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia adalah sebuah kesepakatan anggota komuniti yang merangkumi individu, persatuan penduduk, kerukunan tetangga, jawatankuasa masjid dan surau selain NGO.
Ia wujud atas inisiatif penduduk setempat sendiri dengan tujuan membantu sesama kalangan penduduk.
Walaupun ia bukanlah pertubuhan berdaftar jelasnya, ia melangkaui sempadan perbezaan agama, bangsa dan juga tanpa sebarang kepentingan politik mana-mana parti.
Justeru ia lebih memudahkan urusan bantuan dihulurkan memandangkan masyarakat setempat itu sendiri lebih cepat menyedari setiap masalah yang dihadapi.
Ia juga katanya bukanlah bermaksud membelakangkan fungsi badan-badan berwajib yang ada, malah program itu mampu berfungsi sebagai mekanisme bantuan yang mampu memudahkan tugas pihak terbabit.
“Melalui Muafakat Komuniti, kesiagaan setempat dapat disediakan melalui penubuhan jawatankuasa khusus seperti kebajikan, sukarelawan, pendidikan, ekonomi serta Pasukan Tindakan Kecemasan (Community Emergency Response Team) bagi tujuan meningkatkan kerjasama sesama masyarakat," jelasnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Jan 04 2022
21 wakil komuniti masyarakat sekitar Selangor berkumpul untuk membincangkan persediaan menghadapi kemungkinan bencana seterusnya. - Astro AWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).