awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kondo mewah lokasi sindiket penipuan dalam talian diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
23:00 MYT
Kondo mewah lokasi sindiket penipuan dalam talian diserbu
Polis memeriksa individu dan peralatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Medan Tuanku, pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium mewah di Medan Tuanku di sini, yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian diserbu sepasukan anggota polis, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 36 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan jam 1.30 petang itu.
"Kita telah merampas 32 peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan, antaranya telefon bimbit, tablet, Ipad dan komputer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Noor Dellhan berkata, modus operandi sindiket penipuan dalam talian itu menjadikan kondominium mewah yang memiliki kawalan keselamatan 24 jam untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa dan menyukarkan kemasukan pelawat.
"Kesemua individu itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan," katanya.
Noor Dellhan menggesa pihak pengurusan bangunan dan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti yang mencurigakan.
"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kondominium mewah
#medan tuanku
#Noor Dellhan Yahaya
#Sindiket penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan