Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Institusi pendidikan perlu main peranan bentuk pemikiran kritis - Zambry

PUTRAJAYA, 12 Mei -- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi ucapan pembukaan pada Syarahan Umum Profesor Majid Khadduri bagi Pengajian Asia Barat dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Pengajian Antarabangsa Lanjutan (SAIS) Universiti John Hopkins, Prof Dr Seyyed Vali Reza Nasr, bertajuk Tamadun Di Bawah Tekanan: Pengetahuan, Etika dan Kepimpinan dalam Zaman Konflik Global di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Zambry berucap pada pembukaan Syarahan Umum oleh ahli akademik, Profesor Seyyed Vali Reza Nasr, di sini, pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Institusi pendidikan dan universiti perlu memainkan peranan lebih besar untuk membantu masyarakat memahami konflik di rantau Asia Barat secara matang dan berteraskan ilmu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata dalam suasana dunia yang tidak menentu akibat peperangan dan pertembungan geopolitik, badan intelektual perlu menjadi medan untuk membina pemikiran kritis dan kefahaman seimbang.

"Kita mesti memupuk keberanian untuk berfikir secara mendalam, meraikan pelbagai perspektif dan memahami sesuatu kerumitan dengan kebijaksanaan, bukannya prejudis," kata Zambry dalam ucapan pembukaan Syarahan Umum oleh ahli akademik, Profesor Seyyed Vali Reza Nasr, di sini, pada Selasa.

Tambah Zambry, penulisan ilmiah oleh Vali Nasr turut memperlihatkan Iran sebagai bukan sebuah negara revolusioner semata-mata, tetapi negara bertamadun dengan sejarah panjang yang mahu mempertahankan maruah dan kedaulatannya.

Menurutnya, pandangan sarjana seperti Vali Nasr penting kerana ia membantu masyarakat memahami konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat secara lebih bernuansa, dan tidak hanya berdasarkan sentimen. 

Must Watch Video