Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Kedutaan Malaysia di Doha nasihatkan rakyat Malaysia terus berwaspada

wisma putra, logo, generic
Sekiranya ada rakyat Malaysia yang diarahkan untuk berpindah dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Doha melalui talian +974 3374 6733 yang beroperasi 24 jam atau emel [email protected].

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya terus berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan susulan perkembangan keselamatan semasa di rantau Teluk.

Dalam satu notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Isnin, pihak kedutaan mengemas kini keadaan semasa di Qatar susulan amaran terbaharu yang dikeluarkan Iran kepada beberapa negara di rantau Teluk.

Advertisement

Ia berkata, Kerajaan Qatar telah memaklumkan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana Angkatan Tentera Qatar sentiasa dalam keadaan siap siaga dan mampu mempertahankan negara itu. 

Selain itu, kemampuan Angkatan Tentera Qatar telah terbukti apabila berjaya menangkis hampir semua serangan serta meminimumkan kerosakan dan kecederaan, katanya.

“Walau bagaimanapun, semua rakyat Malaysia adalah dinasihatkan agar terus berwaspada dan sentiasa mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar.

“Elakkan dari berada di luar bangunan atau kawasan berisiko serta sentiasa peka terhadap perkembangan di sekeliling,” menurut notis itu. 

Sekiranya ada rakyat Malaysia yang diarahkan untuk berpindah dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Doha melalui talian +974 3374 6733 yang beroperasi 24 jam atau emel [email protected].

-- BERNAMA

Must Watch Video