Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Malaysia pelbagaikan sumber bekalan tenaga, usaha kurang kebergantungan Selat Hormuz

Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. - Gambar/ X Anwar Ibrahim
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini. - Gambar/ X Anwar Ibrahim

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz, dalam menghadapi kesan konflik Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan menyeluruh dengan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya hari ini.

"Walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sara hidup kekal menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. 

"Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat. Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement