Skip to main content

Malaysia

Konflik Asia Barat: Negara Teluk boleh terlibat serang Iran jika perang memuncak

Smoke rises after an Israeli military strike on Iran's Basij forces headquarters in Tehran, Iran, in this screengrab taken from a handout video released on March 1, 2026. Israeli Military/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. OVERLAY FROM SOURCE.
Penganalisis pertahanan, Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata senario tersebut boleh berlaku sekiranya serangan menyebabkan korban awam di beberapa negara Teluk yang diserang.

KUALA LUMPUR: Konflik melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran ketika ini berpotensi melibatkan lebih banyak negara di Asia Barat sekiranya keadaan terus memuncak.

Penganalisis pertahanan, Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata senario tersebut boleh berlaku sekiranya serangan menyebabkan korban awam di beberapa negara Teluk yang diserang.

Advertisement

Beliau berkata Israel sememangnya mempunyai hasrat meningkatkan ketegangan konflik dan berharap negara lain turut serta menyerang Iran sebagaimana yang pernah berlaku dalam Perang Teluk pada 1990-an.

"Tetapi dalam situasi sekarang ini kita dapati bahawa ianya tidak berlaku de-aggression ataupun penjajahan oleh pihak Iran kepada mana-mana negara, lebih kepada hanya dua kuasa iaitu Israel dan Amerika yang berusaha untuk mengubah rejimnya (Iran).

"Negara-negara lain saya fikir mereka tidak mahu terlibat dan sebab itu kalau kita lihat NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan juga negara-negara barat lain pun tidak mahu terlibat. Mereka hanya membiarkan kegilaan ini dilakukan oleh dua kuasa negara tersebut," katanya.

Bagaimanapun katanya, situasi boleh berubah sekiranya serangan ke atas pangkalan tentera yang berada di negara-negara Teluk tersasar sehingga mengorbankan penduduk awam.

"Jika itu berlaku, mungkin (negara-negara teluk) akan menyebabkan mereka bersama-sama dengan AS dan juga Israel untuk menyerang Iran," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Fokus Minggu Depan terbitan Astro AWANI bagi mengulas perkembangan terkini situasi konflik di Asia Barat membabitkan AS, Israel dan Iran.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas beberapa kawasan strategik di Tehran susulan operasi ketenteraan bersama AS.

Dalam satu kenyataan di saluran Telegram, tentera Israel mendakwa serangan tersebut bertujuan menembusi pertahanan udara Iran serta melemahkan pusat kawalan penting negara itu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found