KUALA LUMPUR: Pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung konflik antara Iran dan Israel harus dipuji, kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Dr Azmi Hassan.
Beliau berkata ketegasan Perdana Menteri itu membuatkan Malaysia dilihat sebagai sebuah negara "kecil" yang berani menyatakan pendiriannya pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Dalam perkara ini, kita patut beri penghargaan (atas) ketegasan Perdana Menteri yang berani, bukan secara sorok-sorok (tetapi) berterus-terang (menunjukkan) kita bersama-sama dengan Iran dalam perkara ini," katanya ketika menjadi tetamu pada rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Azmi berkata perbezaan mazhab tidak seharusnya menjadi isu memandangkan negara Barat sememangnya mahu menekan Iran bagi menukar kepimpinan di negara itu.
"Dalam isu Palestin, Malaysia bersama Brunei menyokong Palestin secara terang-terangan. Dalam isu Iran ini sama juga hanya Malaysia dan Brunei yang nampaknya menyokong Iran, lebih-lebih lagi Malaysia yang amat berterus-terang menyokong Iran.
"Kalau kita baca kenyataan Wisma Putra mengenai konflik ini, mereka menyatakan Iran berhak mempertahankan diri sendiri mengikut Perkara 41 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan konflik antara Iran dan Israel itu tidak akan berpanjangan sehingga membawa kepada tercetusnya perang dunia ketiga seperti yang banyak digembar-gemburkan.
"Saya percaya Israel tidak akan melakukan serangan balas kerana (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu berada dalam kedudukan paling lemah sekali untuk mendapat sokongan antarabangsa. Apa yang berlaku di Gaza itu (menyebabkan) sukar bagi beliau (mendapatkan sokongan), jadi tiada sebab untuknya memanjangkan konflik ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
![Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713223071_antimissile.jpg)
Sebuah sistem antipeluru berpandu beroperasi selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel, seperti yang dilihat dari Ashkelon, Israel, 14 Apr 2024. - REUTERS
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721985963_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu pembangunan semula Pasar Dato Keramat diberi perhatian
Perdana Menteri mahu DBKL memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat yang dilihat sangat daif.
![Meskipun ekonomi makin baik, PM tegaskan beliau masih belum berpuas hati Meskipun ekonomi makin baik, PM tegaskan beliau masih belum berpuas hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721976745_AnwarIbrahim.jpg)
Meskipun ekonomi makin baik, PM tegaskan beliau masih belum berpuas hati
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih belum berpuas hati dengan perkembangan terkini negara.
![Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721977019_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.
![Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721886318_AnwarIbrahim.jpg)
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
![Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721820789_TBTOkMat.jpg)
Malaysia sudah bersedia hantar pasukan tentera pengaman ke Palestin
Malaysia sudah bersedia untuk menghantar pasukan tentera pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan pada bila-bila masa, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
![Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721467488_DhakaBangladesh.jpg)
Rusuhan Bangladesh: Semua pelajar Malaysia akan dibawa pulang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu adalah susualan pemantauan Kementerian Luar terhadap perkembangan rusuhan di Bangladesh yang bertambah getir sejak kebelakangan ini.
![Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721627213_tbAwangBemee.jpg)
Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri dan Persekutuan.
![LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721630406_TBAnwarIbrahim.jpg)
LHDN digesa tingkat kecekapan, bantu kerajaan tambah hasil negara
Anwar berkata, LHDN berperanan besar dalam memastikan kelangsungan kewangan Malaysia di masa hadapan.
![Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721630187_TBAnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran rasionalisasi subsidi RON95 tidak berbangkit - PM Anwar
Kerajaan ingin terus memberi fokus mengenai penjelasan rasionalisasi subsidi diesel kepada rakyat terlebih dahulu.