awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Nasional PKR ke-16 bermula hari ini

Bernama
Bernama
15/07/2022
02:10 MYT
Kongres Nasional PKR ke-16 bermula hari ini
Lebih 2,000 perwakilan dijangka mengambil bahagian dalam Kongres Tahunan Wanita PKR dan AMK yang bermula serentak pada 8.30 pagi ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Kongres Nasional Ke-16 Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga hari memulakan persidangannya hari ini dengan kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lepas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Kongres tahunan ke-16 itu bermula dengan Kongres Wanita hari ini dengan ucapan daripada pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 9 pagi, diikuti ucapan dasar oleh Ketua Wanita Fuziah Salleh.
Sementara itu Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bermula hari ini dan akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, diikuti ucapan dasar oleh ketuanya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Lebih 2,000 perwakilan dijangka mengambil bahagian dalam Kongres Tahunan Wanita PKR dan AMK yang bermula serentak pada 8.30 pagi ini.
Selesai ucapan, persidangan kedua-dua sayap itu akan diteruskan dengan sesi debat mengenai usul daripada perwakilan masing-masing.
Pemilihan bagi kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta 20 kerusi untuk Majlis Pimpinan AMK dan 20 kerusi untuk Majlis Pimpinan Wanita akan turut diadakan.
Kongres Nasional PKR Ke-16 dengan tema Menjulang Keadilan berlangsung sehingga Ahad ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#COVID-19
#PKP
#Kongres Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan