awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat masih jalani rawatan - Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Nasional PKR secara hibrid bermula 5 Jun

Bernama
Bernama
03/05/2021
08:04 MYT
Kongres Nasional PKR secara hibrid bermula 5 Jun
Saifuddin Nasution berkata, kongres bertemakan 'Pentas Rakyat' akan diadakan secara hibrid bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. - Gambar fail
PETALING JAYA: Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke-15 akan diadakan selama dua hari bermula 5 Jun ini di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres pada kali ini yang bertemakan 'Pentas Rakyat' akan diadakan secara hibrid bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
"Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan akan mengadakan Kongres Nasional secara serentak pada 5 Jun manakala Keadilan Pusat pada 6 Jun.
"Keadilan menjangkakan 1,000 perwakilan sahaja yang akan hadir secara fizikal dari 152 cabang di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak kerana mereka akan mengikuti persidangan kongres secara dalam talian melalui aplikasi zoom," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, kongres pada kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar Presiden parti yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam dan diikuti sesi perbahasan dan penggulungan pada hari berikutnya.
"Perbahasan akan sentuh satu usul iaitu usul ucapan dasar Presiden...pembahas dan perwakilan negeri akan bahas usul ucapan dasar dari segi politik, ekonomi, kesihatan dan rakyat.
"Kita sedia maklum, COVID-19 yang berlaku memberi kesan langsung kepada rakyat dari segi ekonomi dan kesihatan justeru kongres akan memberi tumpuan lebih kepada dua topik ini di samping isu politik," katanya.
Tambahnya, kongres pada kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing seperti sebelum ini sebaliknya jemputan hanya dibuat kepada pimpinan parti DAP dan Amanah.
Beliau turut memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan Kongres Nasional pada kali ini seperti apa yang telah berlaku sebelum ini melihat kepada perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang yang berakhir dalam keadaan baik, semalam.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, pemilihan parti tidak akan diadakan pada tahun ini dan ia ditangguhkan selama tempoh tidak melebihi 18 bulan.
"Ada satu dasar dalam perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan ditangguh tidak melebihi 18 bulan... kalau ikut pemilihan dibuat Disember tahun ini tetapi guna pakai tempoh 18 bulan ini, jadi ia perlu diadakan selewat-selewatnya Jun 2023," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kongres nasional PKR
#Pentas Rakyat
#PKR
#Angkatan Muda Keadilan
#Wanita Keadilan
#presiden
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan